Saturday, August 22, 2009

Jawab Nasrudin

Terima Kasih Kepada Nasrudin Tantawi

TEGURAN saya terhadap cara Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan al Tantawi (foto) agak panas sikit. Para penyokongnya cuba memperbetulkan saya, menjelaskan agar memahami apa maksud sebenarnya maka Nasrudin yang boleh saya sifatkan sebagai adik itu menimbulkan isu isteri calon UBN, Rohaizat Othman itu.

Daripada komen-komen yang masuk menunjukkan Nasrudin mempunyai penyokong dan peminat yang ramai. Sykurlah. Itulah yang diharapkan semoga Nasrudin akan muncul menjadi pemimpin pelapis (Pas) yang popular dan komited dengan Islam dan istiqamah berimej ulama yang ada hari ini.

Dan pagi ini saya menerima emil penjelasan dari Nasrudin berhubung isu yang timbul dan menjadi teguran saya itu. Kesediaan Nasrudin memberi penjelasan ini ternyata beliau terbuka dan sedia mendengar teguran dan boleh ditegur. Saya bangga dengan sikap ini dan terima kasih.

Di sini saya turunkan email Nasrudin itu;

Assalamualaikum... Teruk juga Abg Sayuthi belasah saya . Tidak mengapalah, tapi haraplah kiranya Abg Sayuthi dapat siarkan artikel saya berkait isu ini dari blog saya untuk tatapan umum. Saya dedah yang kasar kasar sahaja. Tidak tergamak nak dedah semua kalau keadaan tidak memaksa. Saya hanya dedah setakat yang diizinkan oleh isterinya.

Tujuan saya supaya Rohaizat kembali kepada isterinya dan berlaku adil. Kalau dia tidak boleh berlaku adil hanya kepada 2 org isteri, persoalannya bagaimana dia nak berlaku adil terhadap lebih 20 ribu pengundi di Permatang Pasir kelak. Ini bukan soal peribadi. Kalau dia hanya nama Rohaizat semata - mata. Tetapi kini ia Rohaizat yang menawar diri nak jadi pemimpin.

Peribadi pemimpin mesti baik , bertanggungjawab dan berlaku adil..Dia nak kahwin 2 atau 3 bukan persoalan saya, tetapi jgn zalimi isteri. Bagi saya , zalim pada seorang isteri oleh sang suami samalah dosanya zalim kerajaan pada seorang tahanan bawah ISA yang ditahan tanpa bicara, yang kita bantah ramai - ramai hari tu.

Saya bukan nak berhujjah dengan Abg Sayuthi ni tetapi sekadar nak maklumkan maksud saya . Pun begitu, benarlah saya masih muda dalam politik dan saya perlu tunjuk ajar.Tapi dalam mengenal kezaliman untuk di tentang, rasanya saya sudah cukup ajar Insyallah.Selamat berpuasa bang ! tolong siar deh artikel ambo tuh.

Itulah bunyi email Nasrudin. Di sini saya tidak mahu mengulas dan menerimanya dengan niat baik penjelasan itu walaupun ada sudut-sudut yang boleh dijelas dan dibahaskan lagi. Mengenai permintaan agar menyiarkan artikelnya itu cukup kalau saya linkkan di sini saja. Silalah... http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/08/kezaliman-ke-atas-seorang-muslimah.html

Penjelasan beliau itu saya terima dengan baik. Iya, mungkin saya silap dalam hal ini kerana seolah-olah cuba menjawab persoalan di sebalik poligami dan bukan isu penganiayaan wanita (Hafizah) seperti mana diungkitkan itu.

Seperti mana saya jawab di hujung posting iu, persoalan yang saya bangkitkan ialah kenapa isu itu diungkit oleh Nasrudin. Bagi saya ia adalah isu personal yang perlu elakkan dibahaskan oleh seorang pemimpin. Ini yang menyebabkan saya terkilan. Kalau Nasrudin ingin menegurnya bukan menerusi ruang terbuka sebab ia adalah masalah peribadi. Berhikmah adalah antara sifat yang patut menjadi pakaian pemimpin.

Saya hormat perjuangan sosial yang dibawa oleh beliau soal penganiayaan wanita, kezaliman ISA, penjualan arak dan sebagainya. Tetapi ia kurang tepat apabila isu isteri Rohaizat itu dibangkitkan dalam suasana pilihan raya atas apa nawaitu tersirat atau terbuka sekali pun. Ini menyebabkan orang mudah meneka ia dibangitkan kerana politik semata-mata sedangkan niat ikhlas itu tidak kelihatan.

Sebagai seorang pemimpin di barisan atas, isu-isu peribadi biarkan saja kepada pemimpin yang setaraf denganya yang menimbulkannya. Masih ramai pemimpin Pas yang layak dan sesuai membawanya kalaupun ia dikira dapat meraih undi, tetapi bukan orang seperti Nasrudin yang telah saya mengecaminya sebagai sosok ulama muda berpotensi. Lihat bagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man, kenapa beliau tidak mengungkitkannya sedangkan dia lebih tahu mengenai Hafizah itu? Di sinilah kebijaksanaannya.

Nasrddin mungkin tidak sedar bahawa dia sedang diperhati, sedang digembur untuk menjadi pemimpin Pas di masa akan datang. Saya sendiri mulai mengikuti ucapan dan tertarik dengan gaya syarahannya sejak lama sebelum ini. Ucapan pertama beliau saya ikuti di Kuala Lipis, Pahang tahun 1989.

Kerana itu walaupun ada pihak sekular alias Pas klon tidak senang dengan cara Nasrudin berpakaian, berserban, berjubah, tetapi itu tidak pada saya. Saya senang dengan penampilan yang membawa imej dan rupawan ulama sejati dan relevan dengan gerakan Pas.

Jadi bila beliau urut tersasau dengan mengungkitkan isu peribadi itu maka saya jadi teralat dan membuat teguran itu. Iya... nawaitu dan keikhlasan kita tidak mudah untuk dihayati oleh orang luar. Maka Nasrudin yang diharapkan menjadi pemimpin pelapis perlu bijaksana dalam membangkitkan sesuatu isu jangan isu itu bertentangan dengan sahsiah yang dianggap oleh umum menyebabkan kita nanti dikelaskan sama sebagai pemimpin jenis ayam raga.

Mungkin orang Pas seronok melihat apa saja yang Nasrudin lalukan. Mereka tidak akan mengira apakah kesan dan impilikasinya kepada swadaya dan keperibadian kepimpinannya, janji ia sedap didengar saja. Tetapi bagi pemerhati seperti saya akan membuat penilaian dari sudut-sudut lain yang terlepas disuluh oleh orang Pas. Dan teguran saya ini rasanya kali kedua ke atas Nasrudin, manakala banyak aksi politiknya sebelum ini dapat diterima baik oleh saya.

Apapun terima kasih atas sikap responsif adiknda Nasaruddin dalam menjelaskan perkara ini. Semoga perbezaan pandangan ini baik dibelah saya dan dibelah adiknda dapat merapatkan lagi hubungan minda dan menyemarakkan perjuangan demi Allah. Selamat berpuasa semoga kita semua diberakti Allah. [wm.kl. 11:00 am 22/08/09]

7 comments:

subulus salam said...

Assalamualaikum.
Mso paham, nasrudin pun paham, cuma ada ruang yg perlu dibaiki antara satu sama lain. Sebaiknya saling bertolak ansur sesama muslim demi melihat kebenaran tertegak menurut paksi yg sebenarnya... Hujjah adalah sebahagian cara mencari kebenaran.

ws.

abu muaz said...

Bukan sehari dua derita yg ditanggung isteri kedua sirohaizat ni.Barangkali ini waktunya doa orang yg teraniaya didengari.

The Lying Eyes said...

Kita sentiasa beringat...

Satu jari tuding kedapa orang, 3 jari tuding kepada kita kembali.. 1 jari tidak mengerti apa-apa..

Serangan peribadi bukanlah suatu yang elok dilakukan pada ketika ini.

Pemimpin PAS juga kena ingat ada juga dikalangan pemimpin PAS sendiri mengamalkan poligami.

Nilaikan diri sendiri sebelum menyerang keperibadian orang lain.

Jika Calon BN menzalimi wanita, apakah tidak pernah dikalangan MP PAS tidak pernah menzalimi wanita ?

Jangan suka menuding kelak bahaya menimpa...

Unknown said...

Pesuruhjaya PAS Perlis apa kurangnya.
Begitu juga kes Ust Akhil Haiy, jadi Ust Nasaruddin seharusnya dapat membezakan antara tuntutan agama dengan kepentingan politik. Sekali kita mengajar orang berpolitik sedemikian, sy percaya kelak perbuatan sedemikian akan dibalas balik. Maka waktu itu utk menyelamatkan diri serta jemaah kita maka diciptakan fatwa baru. Tak habis-habis agama dijual sebegitu murah. Sy sebagai ahli pas di seksyen 23 merasa amat kecewa atas apa yg berlaku. Tidakkah kita terfikir segala yang berlaku ini adalah atas ketentuan Allah jua. Kenapa kita mesti mengikut rentak serta permainan pihak lain hanya kuasa sedikit?. Insyaallah, jika diizinkan Allah pada PRU13 sy serta keluarga tidak akan mengundi calun dari Parti PAS.

Ku ingat Taqwa said...

apsal emo sgt sdr. azrul. betul ker ahli pas sek.23?

Nor Azman bin Sukerman said...

Tak apalah Azrul, buatlah apa yang patut. Kan negara ni negara demokrasi. Undi PAS TAK KURANG undi UMNO pun tak tambah.

Unknown said...

Saudara Azrul kalau benar2 ahli pas kamu takkan buat kptsn mcm tu...undi boleh dijual beli ker...kalu itu hak kamu buatlah tapi carilah tuntutan Al Quran dan As Sunnah dlm perjuangan kamu dan semoga kamu tahu hala tujunya