Thursday, August 27, 2009

Belasungkawa

Prof Dr Ismail Md Salleh Kembali ke Rahmatullah

NEGARA kehilangan seorang lagi tokoh ekonomi dan pendidikan terkenal dan komited apabila Prof Ismail Md Salleh,61 telah meninggal dunia hari. Menurut laporan agensi berita rasmi Kerajaan beliau mati awal pagi ini di Singapura sebaik tiba ke negara itu dalam penerbangan dari China.

Allahyarham berasal dari Salor seberang Pasir Pas, Kelantan dianggap sebagai seorang insan yang gigih tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya. Beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU)(buta) yang pertama di negara ini dilantik menjadi anggota Dewan Negara.

Selain itu Allahyarham juga merupakan orang buta pertama mendapat anugerah Doktor Falsafah. Pernah menjadi pensyarah. Beliau juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).
Pada masa ini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech sebuah institusi pengajian tinggi swasta miliknya.

Allahyarham meninggalkan enam orang anak. [wm.kl. 2:05 pm 27/08/09]

2 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

Kurniaan Allah kepada mana mana hamba yang dikehendakinya,walaupun kekurangan disegi fizikal (cacat penglihatan)namun kecerahan hati tetap memancarkan suria kehidupan yang menceriakan bukan sahaja untuk dirinya malah orang ramai juga mendapat menafaat dari kelebihannya itu...tahziah untuk keluarga allahyarham prof... alfatihah !

Zulkarnain said...

Walaupun fizikal beliau tidak sama dengan manusia yang lain tapi beliau seorang tokoh ekonomi yang hebat. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.AMIN