Sunday, August 23, 2009

Ulasan Adun PKR Keluar Parti

Apa Sebab Adun Lunas Keluar Parti?

MASALAH yang dihadapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak habis-habis, parti itu menghadapi masalah bertimpa-timpa. Lepas satu, satu timbul kejadian mengilankan. Apakah PKR diwujudkan untuk menghadapi masalah dan ikut sama menyusahkan orang lain? Barang kali tidak begitu. Tetapi itulah hakikatnya.

Ataupun masalah yang menerpa PKR kerana hebatnya serangan UBN ke atas parti berkenaan. UBN beriya mahu mengocakkan PKR kerana parti itu adalah parti bekas TPM, Anwar Ibrahim. Disebabkan kehebatan Anwar maka PKR yang menjadi sarangnya kini perlu dirobohkan sebelum ianya membiak dan berkuasa.

Jika dilihat kepada kronologi perisitwa politik negara ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, masalah dalam Pakatan Rakyat berpunca dari masalah dalam PKR. Masalah wakil rakyat atau pemimpin mereka yang tidak mempunyai intergriti dan dijadikan umpan ugutan oleh UBN?

Runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak awal tahun lalu misalnya disebabkan ulah dan perangai dua Adun dari PKR, Othman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi. Mulanya mereka diserkup oleh SPRM. Lepas itu bertindak mengumumkan keluar dari PKR. Bertolak dari bahana kedua-dua wakil rakyat itulah akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini terbaru ialah Adun Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh (foto) pula buat hal dengan mengumumkan keluar dari PKR semalam. Radzhi juga seorang Exco kerajaan Kedah. Apakah peristiwa yang berlaku ke atas dua Adun Perak itu menimpa Adun Lunas ini, diugut dan akan diserkup oleh SPRM?

Jika melihat kepada kedudukan Adun itu tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan parti. Tiada tekanan dari dalaman parti terhadapnya. Dan kedudukan sebagai Exco Pelancongan Pembangunan dan Sumber Tenaga Manusia itu juga sudah lumayan buatnya. Kedudukan itu sudah cukup untuk menyara dia dan anak bini setahun dua ini. Apa lagi yang kejar dalam politik kalau bukan kedudukan? Kononnya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara dalam politik hanya gula-gula saja.

Alasan kenapa beliau keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR nampaknya sebagai alasan saja. Radzhi mencari-cari alasan menghalalkan tindakannya. Katanya dia juga keluar parti setelah pemangku ketua bahagian PKR Padang Serai keluar parti maka beliau kena keluar parti. Sebabnya pemangku ketua bahagian itu berjasa kepadanya.

Ternyata alasan itu dangkal dan naif sekali. Kenapa sekarang perlu menilai perjuangan PKR samada betul atau tidak, kenapa tidak dari mula. Jelas alasan itu sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan masalah sebenarnya.

Justeru dalam hal ini apa yang mungkin berlaku ialah Radzhi diugut. Mungkin SPRM sudah pun melingkungi rumahnya. Sekiranya beliau tidak melepaskan diri dari PKR dan menyatakan sokongan kepada 1 Malaysia maka beliau mungkin akan dicekup dan diheret ke mahkamah. Sebab itulah kalau dilihat kepada kenyataan keluar partinya itu Radzi menyatakan sokongan kepada PM? Mengapa sekonyong-konyong menyokong Najib Razak?

Sebelum ini sudah tersebar Adun ini ada masalah dalam kes membuat tuntutan melampau. Mungkin kes tuntutan melampau inilah yang mencengkik lehernya dan terpaksa mencari tali hayat untuk menyelamatkan keadaan dirinya. Bila diri sudah lemas untuk apa dipedulikan kepada nasib orang lain.

Katanya Anwar Ibrahim telah tahu masalah Radzhi ini dan menyerahkan kedudukan Radhzi ini kepada MB, Azizan Abdul Razak? Cuma Azizan masih bersikap tunggu dan lihat dan tidak mengambil tindakan malahan terus merekmen Radzhi menyambungkan kedududunya sebagai Exco. Ertinya masalah Radzhi sudah lama memburuk dalam kerajaan Kedah.

Saya cukup yakin kalau tidak ditekan dan dibelit masalah rumit Radzhi tidak akan meninggalkan PKR. Apa lagi jawatan Exco yang disandang itu tidak mudah untuk diperolehi. Belum tentu kalau dia bersama Umno akan dilantik menjadi Exco. Tetapi mungkin kerana ditekan menyebabkan dia bertindak demikian. Itulah politik dan jahat serta licitnya politik UBN.

Pengumuman yang dibuat Radzhi menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir ini bagaimana dipercayai tidak memberi apa-apa kesan kepada pilihan raya berkenaan. Pengundi Permatang Pasir tidak akan tergugah dengan langkah beliau itu. Malahan pengumuman yang diatur itu dikira memberi kesan baik kepada calon Pas, Mohd Salleh Man. Pengundi yang sudah arif dengan taktik UBN akan jadi lebih berkobar lagi untuk memenangkan Pas sebagai melepaskan perasaan terkilan atas tindakan Radzhi itu.

Dan kalau tindakan Radzhi itu untuk menyelamatkan nyawa politiknya ia juga tidak selamat. Apa kata kalau selepas ini pihak kerajaan Kedah pula akan membuat laporan ke atasnya berhubung apa-apa penyelewengan yang mungkin dilakukannya? Bukankah kes ini boleh disifatkan takutkan ular di depan diterkam harimau di belakang?

Ahli PKR juga tidak perlu walang dan berdukacita atas keputusan Radhzi itu. Sebaliknya ahli PKR perlu rasa gembria kerana orang-orang yang lemah semangat, bermasalah, tidak mempunyai waja dalam perjuangan tidak lagi berada dalam parti mereka.

Anggaplah penghijrahan keluar oleh mana-mana ahli itu sebagai proses untuk menyucikan PKR daripada terbelenggu dengan mereka yang berstatus habuk dan sampah dalam perjuangan. Tidak ada makna dan gunanya kalau kebenaran itu berbelit dengan kebatilan! [wm.kl.6:30 pm 23/08/09]

9 comments:

deepblue said...

Memang benar alam politik tak lebih dari baju yg dipakai pada badan. Nampak luaranya cantik dan baru.. bila dah lama dan lusuh di tukar.. tp niatnya tetap sama..sekadar menyembunyi kerak kurap dan panau pada badan.
Sungguh dikesali rakyat di Malaysia hudup dihantui berbagai kerenah politik..tapi hidup nasib tak pernah berubah..
Cukuplah..rakyat makin penat, pening dan muak dgn semua nie..apa yang dituntu, bela lah nasib kami.. tingkatkan mutu dan taraf hidup kami.. Apa yang kami perlukan hanya lah kebahagian dan ketenangan hidup di dunia dan keberkhatan hidup diakhirat.. wahai pemimpin bimbing lah kami.. sudah-sudah la berpolitik.. kami dah penat.

pcbahar said...

Tuan MSO,
Ulasan tuan amat menarik dan boleh dikira sebagai ulasan yang terbuka. Saya amat terkilan menonton media TV tadi yang rata-rata mengeksploitasi berita ini seolah-olah PR sudah tidak ada tempat di hati rakyat. Namun umum tahu bahawa propaganda media perdana sudah sampai ke penghujungnya. Kita amat berharap agar media alternatif akan menjadi sumber rujukan utama kepada rakyat jelata.. Be End...

harmza said...

setuju dengan saudara MSO..UBN lah sebenarnya yang membersihkan parasit dan anai-anai di dalam pakatan rakyat. Tahniah UBN. Teruskan usaha anda, rakyat tidak mahukan parasit di dalam perjuangan..sekian

mail lambong said...

MASIH RAMAI PEMIMPIN PKR YANG BERSIKAP BEGITU...


KESIAN RAKYAT DIPERBODOHKAN OLEH PKR DAN UMNO..KEDUA-DUA PARTI TERSEBUT DARI LUBUK YANG SAMA.

BERUK DAN KERA ADALAH SAMA YANG MEMBEZAKAN HANYA PANJANG PENDEK EKOR BINATANG TERSEBUT.

john said...

setuju dengan komen tuan mso hari ni..harap2 ini adalah proses pembersihan pkr (ayat penyedap hati)..tapi selaku penyokong pakatan ia adalah sesuatu yg mendukacitakan...

Unknown said...

Kadang2 masuk juga dlm kepala orang2 pkr tak buleh diharap sangat,caca
merba silap2 kita kena jual,saya semasa kecil dulu ada spupu seperti
orang2 pkr ni , kami ashik bermain2
pantang ada orang ajak naik basyek
al dia terus meninggalkan kita sa kit hati dibuat nya.nah macam tula
h lah di buat nya sekarang ini.ta
pi tak apa ,sebab nya asal mereka
adalah ubn. letak saja mereka ini
di belakang gerubak terutama di negeri2 yg pas kuat atau dap kuat.
ada atau tak ada pkr ini jangan di
kira sangat.mereka kurang ideologi
kena banyak tarbiah,,,

Hakeem Zahardi said...

Abe MSo Dan TERC

Sebenarnya eksploitasi yang dibuat oleh TV dan media cetak adalah satu tindakan suicidal jangka panjng yang dibuat oleh UBN dan dalam masa yang sama merupakan satu pulisiti free bagi Pakatan rakyat.

Memang ada rakyat yang termakan dengan dakyah murah tersebut tetapi majoriti rakyat akan merasa muak dengan tindakan overkill oleh TV dan media cetak pro UBN ini.

Setuju dengan pendapat abe MSO - bahawa apa yang berlaku di perak dan kedah adalah proses pembersihan dalaman PKR. Perlu diingat bahawa pendokong-pendokong awal PKR semasa DSAI masih dalam penjara adalah merupakan gerombolan UMNO(BAru) yang tidak mendapat tempat dalam UMNO(BAru) dipelbagai peringkat.

Mereka ini adalah oportunis semata-mata. Apabila mereka tidak mendapat tempat dalam UMNO(baru), mereka tanpa segan sili meninggalkan UMNO(Baru) dan masuk PKR. PKR pada masa itu menerima mereka kerana kita tahu mereka pada masa itu tidak mempunyai aktivis politik yang berpegalaman.

Jadi, buat masa ini, kita semua hendaklah berdoa bahawa pembersihan ini dan yang akan berlaku seterusnya dalam PKR tidak akan meruntuhkan barisan Pakatan Rakyat.

Buat masa ini bukan PKR sahaja diasak oleh UBN dari pelbagai peenjuru, tetapi parti-parti komponen Pakatan rakyat juga sedang diasak hebat.

Jika Pakatan rakyat dapat bertahan dan berjaya menghadapi serangan pelbagai penjuru dan cara ini dengan jaya, Insya Allah UBN akan berkubur perlahan-lahan.


wice

uop said...

Kadang-kadang saya lihat komen saudara MSO bernas dan neutral, kadang-kadang "bias" dan cuma nak sedapkan hati saja.

affandi said...

salam,,
keadaan seperti itu adakah perkra biasa yang harus ditelan oleh rakyat dan mana2 penyokong parti politik..oleh yang demikian kita sebagai rakyat tidak harus menjadi taksub dg mana2 parti politik.