Monday, August 10, 2009

Lawak Politik

Cerita Lain Disebalik Ekspedisi Ukur Laut?

“DEMO tak kelek ukur laut ke wei...?” begitulah tanya satu suara di hujung terlefon saya beberapa hari lalu. Selamba saja suara itu semacam selalu bila ada acara besar dia akan menghubungi bertanyakan diri saya, balik atau tidak. Saya jadi melungun sekejap. Ukur laut, buat apa? Bingung sendiri lambat menangkap maksudnya. Tak dak kerja sangat ke aku ni sampai nak buat kerja tu?

“Ukur laut apa wei, kawe tak faham?” tanya saya balik kepada si pemanggil itu. Dalam pada itu saya teringat kepada gelagat tiga orang sahabat pendekar bujang lapuk dalam filem itu. Gelagat P Ramlee, Sudin dan Aziz. Apabila ditanya oleh pendekar Musta mengenai latar belakang dan kerja masing-masing menjelaskan.

P Ramlee menjelaskan kerjanya mengira bulu kambing, Aziz menunggu ayam jantan bertelor dan Sudin menyambung ekor beruang. Semua kerja-kerja dilakukan pendenkar itu pelik dan merbahaya. Sampai terheleng-heleng kepada pendekar Musta kerana terkejut dan merasa ganjil. Eish...eish.... kata Musta sambil menggeleng-gelengkan kepala heran.

Jadi bila kawan itu menanyakan tak kelek mengukur laut saya teringat kepada gelagat pendek bujang lapuk itu. Sudah pasti jika ada seorang lagi watak dalam filem itu kerjanya ialah mengukur laut! Eish...eish...eishhh.

Lepas itu baru saya faham dengan pertanyaan kawan itu dia ingin bercerita mengenai perihal ada sekumpulan wakil rakyat; Adun dan ahli Parlimen Kelantan telah mengadakan ekspedisi ke tapi lautan Kelantan untuk meninjau kedudukan pelantar minyak Cakrawala milik Petronas. Ekepedisi itu sebagai menentukan apakah pelantar itu berada dalam kawasan Kelantan atau tidak.

“Dak... kawan tak buat kerja-kerja bahaya dan tak masuk akal begitu,” jelas saya juga selamba.

“Lagipun tak ada kena mengena dengan kawan. Kita serahkan sajalah kepada orang bijak pandai dan pakar dalam hal ehwal cari duit di Kelantan itu,” sambung saya lagi malas untuk melayan kawan seorang ini.

“Bakpanya..keleklah ukur laut, mana tahu kalau bernasib baik, dapat minyak.. banyaklah duitnya. Takkan demo pun tak sir berbini dua?,” katanya lagi sambil ketawa melucu terkekeh-kekeh macam tupai jantan naik miang. Begitulah orang Pas kalau sudah banyak duit tak ada kerja lain nak kahwin lebih dari satu...

Hati saya jadi geram. Ini jenis yang dengkilah ni. Dengki kepada usaha kumpulan wakil rakyat berkenaan. Ini tentu yang tidak sebulu dengan rombongan ekspedisi itu. Lepas itu saya banyak mendengar saja daripada bercakap. Dalam hati tidak bersetuju dengan telatah sinisnya. Agak melebih-lebih. Dahlah kalau tak setuju jangan cuba nak persendakan kerja orang lain pula.

“Demo kena tahu wei... ekspedisi itu siapa yang menyertainya dan apakah tujuannya. Ia bukan saja setakat ukur laut tetapi ada agenda lain,” katanya cuba menarik perhatian saya.

“Apa tujaunnya?” saya buat-buat bodoh tetapi terbuka sedikit minat untuk mengetahuinya. Sebenarnya saya memang pun tidak tahu. Hal Kelantan ni sudah tidak menjadi minat sangatlah kebelakangan ini. Entahlah...

“Ekspedisi itu taktik saja. Tetapi ada benda lain wei?” dia terus mengajak saya berpolemik dengannya.

“Apa dia pulak?” saya jadi tambah berminat.

“Semua hak gi tu satu kroni wei... satu kompeni sahaja. Mana-mana hak tak sebulu dengan ketua ekspedisi itu tidak diajak walaupun sudah ada di pengkalan,” jelasnya. Nampaknya semakin melilau kawan ini, tetapi saya terpaksa dengar dan tak tergamak nak putuskan telefon. Lagipun dia yang call, bil dia yang kena bayar.

“Cuba demo tengok sap-sapa yang gi tu. Semuanya kroni, orang Kuala Lumpur pun ada. Orang Kelantan sendiri ada, tak dibawa. Kalau nak ukur laut sungguh kenapa tak bawa orang Kelantan. Orang Kelantan rasanya lebih tahun hal meritim Kelantan berbanding dengan orang Kuala Lumpur?” bebelnya lagi. Saya terus tadah telinga yang dah mula rasa senak dan berdengung-dengung macam suara puyuh jantan berkokok mencari lawan.

“Sapa-sapa yang ginya?” akhirnya saya menyoal nak tahu. Memang saya tidak tahu sesiapa yang pergi ke laut tempoh hari. Dalam surat khabar pun tidak disebut satu persatu kecuali si ketuanya saja yang memang saya cukup kenal dengan watak dan hati budinya. Dia memang suka buat kerja-kerja anih tidak masuk akal sebelum ini. Semua kerjanya elok diawal tetapi berakhir dengan kemusnahan.

“Ahli parlimen ada empat orang, Adun empat orang. Bekas Adun ada dua orang. Kuli batak ada dua tiga orang. Taukeh besar dari Kuala Lumpur dua tiga orang. Kira-kira semuanya dekat 40 orang,” ceritanya panjang lebear. Tambahnya, wartawan dan jong dongdang juga dibawa dengan bot lain untuk melaporkan ekspedisi itu.

“Sapa sapa ahli parlimen tu, sebutlah betul-betul..” minta saya malas untuk kelebek ke Kelantan untuk mengetahui sesiapa yang ikut serta..

“Demo carilah sendiri...” balasnya gelak.

“Sapa yang tukang ukur pulak...takkan wakil rakyat,?’ soal saya.

“Yang ukurnya saing demo, bekas wakil rakyat juga,” dia masih berteka teki tanpa menyebut namanya. Tetapi secepat kilat itu juga saya kenal bekas wakil rakyat ini, dia bekas ahli parlimen. Memang si tukang ukur ini suka mengukur. Banyak tanah di Kelantan yang diukur termasuk di bandar Tanah Merah. Tanah kerajaan selepas diukur menjadi miliknya. Adapun pegangan politik si tukang ukur ini sukar untuk diukur ia berubah macam bulan naik mengikut musim.

“Arrrlh... inilah kalau demo nak tahu gat. Puak-puak kroni itu saja dibawa ke tengah laut bukan sangat nak ukur laut, tetapi untuk menguji ketahanan mereka. Nak uji sejauh mana mereka sanggup bersama kepala rombongan itu. Kalau sanggup ke tengah laut bergelombang itu, dia boleh tahu bahawa kroni itu memang kuat menyokongnya.... bukan saja setakat naik pokok untuk pasang banner gambarnya dengan gambar tok guru, tetapi sanggup ke tengah laut...” ceritanya memecahkan hajatnya.

“Kawe tak berapa faham wei... apa ertinya semua ni?” tanya saya.

“Di Kelantan la ni sudah ada gerakan semacam grand design nak singkir semua orang yang tak sebulu dengannya dan diganti dengan orangnya. Inilah yang demo kena siasat betul-betul. Ekpedisi itu boleh dijadikan petunjuk kerja grand design itu?” katanya. Saya hanya mendengar dan tidak bertanya apa-apa. Dengar. Cuma di hujung percakapan apabila orang ini mendedahkan secara mendalam bagaimana grand design itu dilalukan baru saya berasa nak membalas...

“Untuk sementara demo carilah penulis lain untuk dedahnya. Kawe tidak akan buat kalau tidak ada bukti dan kawa nampak sendiri. Bagaimana pun insyaAllah kawe akan jenguk-jenguk juga Kelantan untuk lihat grand design yang demo kata ni. Ni perkara baru... menarik!” balas saya sambil mengucapkan terima kasih.... dan mohon untuk berundur!

Sampai kini saya sedang menunggu pemanggil itu untuk terus bercerita mengenai apa yang dikatakan grand design itu! Eis.... eis...eisss.... [wm.kl. 12:10 t/hari 10/08/09]

1 comment:

Anonymous said...

teka teki

tukang ukur itu macam bekas YB PAS di Jeli

sekadar teka je.. letih doh dengan berpuak-puak dalam kaum muslimin ini

wan ziarahsufi