Tuesday, August 4, 2009

Berita Tengahari

Dharmala NS Dimasukan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung

BARU sekejap tadi saya ke hospital Selayang melawat sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud, 62 (foto) yang kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Jantung (CCU) tingkat lima hospital Selayang, Selangor.

Beliau dikejarkan ke hospital pagi tadi apabila diserang jantung selepas bersahur menjelang Subuh tadi.

Menurut isterinya, Diah Mat Lanan, Dharmala sehari sebelum ini mengadu sesak nafas dan sakit di bahagian dada dan tidak menyangka diserang jantung. "Selepas bersahur pagi tadi beliau mengadu sakit di bahagian dada dan minta di picit belakang, Badannya juga sejuk dan berpeluh," ceritanya.

Katanya kerana mengesyaki serangan jantung menyebabkan Dharmala dikejar ke hospital Selayang.

Dharmala kini tidak sedarkan diri dan diberi bantuan peralatan pernafasan sepenuhnya.

Beberapa rakan baik beliau turut melewat Dharmala antaran yang awal Abu Bakar Ninggal, Yahya Ismail, Rashid, Roze isteri Kamal Amir. Semua keluarga terdekat Dharmala juga sudah berkumpul di luar bilik CCU.
Diah bersama keluarnya memohon kepada segenap rakan dan taulan serta mereka yang mengenali suaminya mendoakan keselamatan untuk suaminya. [wm.kl. 1:50 pm 04/08/09]

1 comment:

elmifadzimah said...

terima kasih pak cik sayuti kerana mengeluarkan berita mengenai kesihatan bapa saya.dan terima kasih juga kerana melawat bapa saya tadi.