Friday, August 21, 2009

Qiaserey Goodbye

Dr Rosli Sudah Tidak Lagi Berkerja Dengan Husam?

SEMALAM saya menerima satu SMS ringkas dari Kota Bharu Kelantan yang memberi tahu Dr Rosli Alani Abdul Kadir (foto) tidak lagi menjadi Pembantu Khas (PA) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat, Husam Musa.

Tidak pula dibilang sebab musabab kenapa Dr Rosli tidak lagi bekerja. Apakah ianya dipecat kerana melakukan penyelewengan atau pun kerana tidak tahan dan tidak sesuai berkhidmat dengan Husam ataupun telah melakukan pecah rahsia Husam tidak juga dimaklumkan.

Mungkin cerita itu tidak penting sebab soal berhenti atau kena berhenti perkara biasa saja.
Sebelum ini pun dua orang yang pernah menjadi PA kepada Husam tidak lagi berkerja dengannya. Tidak pula diketahui apakah kedua-dua PA itu diberhentikan atau pun mengambil keputusan mengundur diri atau kerana diletakkan di tempat yang lebih selesa dan lumayan bagi menjaga periuk nasi politik Husam.

Bukan itu saja, dua orang yang pernah menjadi driver peribadinya juga turut sama tidak berkerja dengannya. Ini bermakna sudah empat orang yang menjadi pegawai atau pembantu peribadinya tidak berkerja dengannya. Umur perkhidmatan mereka dengan Husam nampaknya tidak panjang.

Bila saya menghubungi semula pengirim SMS itu bertanya sebab musababnya, dia tidak mencerita dengan jelas. Cuma menyebut Husam katanya ada lempar fail kepada Dr Rosli. Wah... kenapa sampai baling-baling fail pula. Itu bahaya kalau isi fail itu terburai dan kebetulan ada yang confidential parah nanti kalau diketahui umum. Bak lempar fail ini macam perangai Anwar Ibrahim semasa menjadi TPM dulu saja bunyinya. Anwar juga pernah baling fail di depan Abdullah Badawi dalam mesyuarat perhubungan Umno Pulau Pinang.

Azalina Othman Said bekas Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancungan juga dikatakan pernah membaling fail. Setiap kali hendak adakan mesyuarat dengan menteri para pegawai kementerian berdoa panjang agar tidak kena herdik dan dibaling fail oleh Azalina. Apakah Husam juga turut sama main baling-baling fail? Jangan...

Selain itu khabrnya juga Dr Rosli tidak berapa senang dengan rombongan mengukur laut untuk mendapakan royaliti minyak tempoh hari. Menurut pengirim SMS itu Dr Rosli ada menceritakan kepadanya mengenai anggota rombongan itu termasuk wartawan yang mabuk dan muntah-muntah dan rasa tertipu dengan ekspedisi itu.

Apabila seorang PA kepada Exco mencerita hal-hal tidak manis begitu, maka adalah yang tidak kena atau kemas skeru yang berlaku antara keduanya. Apakah 'pemberhetian' Dr Rosli itu sebahagiannya berpunca dari situ?

Jika dilihat kepada latar belakang pendidikan Dr Rosli dan proses pengambilannya untuk jadi PA tidak seharusnya dia berakhirnya dengan keadaan tidak baik. Dr Rosli ketika itu berkhidmat dengan HUSM dan berhenti kerana diminta menjadi PA. Pengambilan Dr Rosli itu dilihat sebagai menambah nilai kepada Exco berkenaan kerana Dr Rosli seorang profesional dan bukan peringkat ketua cawangan kelas cancing air. Kita tidak fikir kalau Rosli ingin mencari glamour dengan jawatan itu apa lagi pendapatan kerana gajinya sebagai doktor lebih mahal. Gaji PA hanya RM1,500 saja selain elaun.

Makanya kalau tidak ada perkadasan besar berlaku mungkin Dr Rosli tidak mengambil keputusan itu. Sebab keputusan beliau meninggalkan hospital dan bersedia berkhidmat dengan orang politik adalah keputusan yang difikir panjang. Ia juga boleh sifatkan sebagai satu pengorbanan beliau untuk parti dan kerajaan.

Justeru elok juga sisatan mengenai kenapa Dr Rosli ini tidak lagi berkerja dengan Husam dijalankan, sekurang-kurang untuk dijadikan bahan kajian. Apakah beliau tidak sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak dirasakan perlu dan membahayakan dirinya ketika berkhidmat sebagai PA itu. Kenapa saya sebut ini kerana bekas PA Husam dulu pernah menandatangani doklumen pembayaran wang bagi pihak Husam bernilai RM66,400. Tindakan itu boleh meletakkan PA berkenaan menjadi saksi penting di mahkamah sekiranya ada pendakwaan berhubung wang berkenaan!

Mungkin arahan-arahan diluar tugas dan tangungjawab seperti itulah menyebabkan Dr Rosli merasakan tidak betah dan tidak sesuai untuk menjadi penunggu di kamar Exco berkenaan. Atau ada masalah lain yang masih terungkit dan terbongkor. Sementara waktu ini katanya jawatan PA Exco seorang ini dipangku oleh seorang bloger bertaraf internasional di Kelantan. [wm.kl. 11:00 am 21/08/09]

5 comments:

mymoksha said...

Salam,
Saya rasa dah banyak sangat cerita mengenai Husam ini yg saudara bangkitkan. Bab kambing, PA, rasuah dll tapi sehingga sekarang tak ada bukti yg boleh di bawa ke mahkamah. Setakat berhujah di dlm blog, ni adalah kerja2 UMNO dan penyebar fitnah.

Saudara banyak bermain dgn andaian, hipotesis rapuh dan ramalan2 yg berbauk fitnah. Apakah ada bukti berkenaan dgn menandatangai dokumen bernilai RM64,000.00? Kalau ada, laporkan shj pd SPRM, saya yakin tindakan pantas akan di buat oleh anggota2 SPRM a.k.a UMNO/BN=MSo!!

BErani??
Jikan hanya berani dlm blog shj tapi tak ada bukti, buktikan sesuatu dgn fakta bukan andaian2 bodoh mcm ni..!

john said...

setahu saya kelamarin dulu 4-5 hari lepas dr rosli jd wakil bg husam dengan us.mad mustapa menyampaikan sumbangan mangsa kebakaran dekat Demit..tuan mso jangan reka2 nati kena saman je..tak berblog la pulok!

mohd sayuti omar said...

Kepada mymoksha harap bagi email sdr untuk saya kirimkan dokumen bersangkutan. Saya rasa tidak elok kalau disiarkan di sini kerana ia mungkin boleh dieksploitasikan oleh pihak lain. Sekian.

Unknown said...

Bila mso keritik pimpinan maka dia dituduh agen UBN. Jgnlah terus bersikap menghukum apakah ini yg dituntut agama.

Bila MSO mengkritik UBN maka dia jemah kita.Hairan sy?

Ayah Muda said...

berani kerana benar, takut kerana salah..kalu tiada kesahihan takkan perkara seumpama ini di dedahkan?