Tuesday, August 4, 2009

Susupan Malam

Syabas Pas Selangor


WALAUPUN tindakan Pas Selangor yang menggesa supaya penyandang Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan boleh menimbulkan polemik baru dalam kerajaan Pakatan Selangor, namun gesaan itu dilihat sebagai tepat dan wajar disokong seratus peratus. Pada masa ini Pengerusi jawatankuasa berkenaan disandang oleh Ronnie Liu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Ali hari ini menggesa supaya MB, Khalid Ibrahim menukar kedudukan Ronnie dan pengerusi jawatankuasa berkenaan diserah kepada orang lain atau disandang sendiri oleh Menteri Besar bagi mengelakan lebih banyak lagi masalah yang timbul ekoran tindakan Ronnie yang kurang sesintif terhadap Islam.

Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan akhbar khas di Shah Alam.

Pas kurang senang dengan telatah dan sikap Exco dari DAP itu yang dikatakan telah bertindak diluar bidang kuasanya dan melanggar keputusan kerajaan sendiri apabila telah mengarahkan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbena di Seksyen 8 Shah Alam beberapa hari dulu.

Sikap Ronni itu seolah-olah ingin tunjuk kuasa dan tindakannya menyebabkan timbul rasa kurang senang di kalangan rakyat terutamanya orang Melayu di Selangor.

Hassan menyifatkan tindakan Ronnnie itu sebagai bersikap lebih sudu dari kuah. Sebagai seorang Exco kata Hassan mereka terlibat dalam penggubal undang-undang dan bukannya untuk melaksanakan udang-undang. Jelas apa yang dilakukan Ronnie itu sudah tersasar jauh dari landasan dan bidang kuasanya.

Katanya Ronnie juga sebelum ini turut sama mempertikaikan serbuan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama Majlis Bandaraya Subang (MBS) ke atas sebuah pusat hiburan di bandar Sunway.

Tindakan Ronnie itu juga sebagai angkuh dan tidak menghormati perasaan uamt Islam. Lebih malang lagi tindakan itu tidak patuh kepada ketatapan kerajaan negeri menerusi PBT yang telah memperuntukan kuasa dan peraturan membolehkan pihak berkuasa PBT mengambil tindakan sebegitu.

Justeru pendirian Pas Selangor itu hendaklah disokong sepenuhnya dan jangan puala da pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan tujuan ingin menjadi hero semua kaum ataupun menjadi popular di kalangan Pakatan Rakyat. Fahamlah keputusan Pas Selangor itu sesuai dengan aspirasi perjuangan Pas yang dicatat dalam perlembagaan; berusaha untuk menegakkan kerajaan bercirikan Islam.

Pas mungkin boleh berkompromi dengan bukan Islam atas matlamat untuk menghancurkan kemungkaran UBN tetapi kalau sudah sampai perasaan orang Islam tidak dihormati menyebabkan mungkin Pas membelakangkan peluang dan ruang untuk mendapat undi dari bukan Islam. Bagi Pas perjuangan mereka bukan sahaja ingin mendapatkan undi dan kuasa tetapi yang lebih penting mencapai keredhaan Allah.

Kita percaya tindakan Pas Selangor itu bersendi kepada prinisp yang diamalkan oleh partinya itu. Adalah malang kalau selepas ini ada suara-suara sumbangan dari kalangan Pas yang mengkritik ataupun menuduh pendirian diambil Hassan itu sebagai tidak bersemangat Malaysia Baru! Apa lagi kalau ada pemimpin Pas lain mengatakan keputusan Pas Selangor itu adalah hak dan tanggungjawab peribadinya dan bukan mencerminkan sikap Pas keseluruhannya.

Kepada Hassan beliau tidak perlu bimbang sekiranya ada kalangan Pas sendiri yang kurang senang dengan pendirian yang diambil itu. Apa yang penting Pas Selangor telah melakukan sesuatu yang betul berdasarkan tanggungjawab dan amanahnya kepada Allah s.w.t. Kebenaran itu sukar untuk ditegakkan! [wm.kl. 9:10 pm 04/08/09]

16 comments:

lan said...

cayalah dato! dah lama saya tak beri pujian pd dato, kali ni wajar dipuji atas pendirian dan ketegasan dalam isu ni

Ryzal72 said...

Assalamualaikum sdr.MSO,
Saya juga sependapat dan gembira dengan perkembangan terbaru diSelangor. Saya boleh menganggap dato Dr.Hassan Ali sebagai wira kita di selangor. Dalam keadaan masing-masing seolah-olah takut dan kecut perut untuk menegur tindakan-tindakan yang kurang ajar bangsa kafir laknatullah yg telah mengharu-birukan orang islam, muncul seorang yang berani. Berani kerana benar. Cukuplah kita menjadi pembonceng dalam PAKATAN. PAS perlu berdiri menegakkan yang hak demi Allah dan agamanya. kita perlukan lebih ramai Dr Hassan dalam Pas.Ingatlah jangan ditakuti mereka itu kerana
Allah akan sentiasa melindungi orang-orang yang berjuang untuk jalannya ,insyaallah.Tahniah Dr.Hassan dan PAS Selangor. Ikhlas

Masterzizoul said...

tak boleh kata lebih-lebih Tuan MSO nanti dituduh Rasis

abu muaz said...

Katakan yg hak itu hak dan batil itu batil.Prinsip mestilah jelas walaupun untung politiknya sedikit.Syabas Dr.Hasan Ali.

Ahmed Razman said...

Tuan,

Saya merujuk kepada artikel terbaru tuan. Izinkan saya memberi sedikit pandangan berkenaan kes perbalahan antara Ronnie Liu dan Datuk Hassan Ali. Sebelum kita menghentam atau mengkritik sesetengah pihak, kita patut menyelidik berita yang didengar terlebih dahulu dan cuba dapatkan kisah dari kedua belah pihak. Blog tuan diikuti oleh ramai pembaca, jadi saya pasti sudah tentu tuan tidak mahu dicop sebagai penyebar fitnah semata-mata tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu ke atas setiap berita yang didengar. Dosa fitnah amat berat.

Jika tuan merujuk kepada kenyataan akhbar Datuk Hassan Ali, Tony Pua dan kenyataan dari Ronnie Liu serta sumber berita yang lain, tuan akan dapati ada beberapa isu dan keraguan dari segi pelaksanaan undang-undang tempatan berkenaan penjualan kepada umat Islam dan minum minuman keras di tempat awam terutama di negeri Selangor.

Antara keraguan tersebut ialah kerajaan negeri Selangor telah ada 'task force' yang sedang meneliti undang-undang berkaitan minuman keras ini untuk membolehkan rampasan dibuat jika ada bukti kedai terlibat menjual secara terang-terangan kepada umat Islam. Ini bermakna rampasan belum boleh dibuat lagi kerana peruntukan undang-undang sekarang masih belum membenarkannya. Selain itu ada kemungkinan elemen sabotaj kerana pegawai MBSA tersebut ialah ahli UMNO yang bertindak tanpa kebenaran Datuk Bandar Mazalan Md Noor.

Saya memang mengalu-alukan segala aktiviti mencegah kemungkaran tetapi biarlah dibuat mengikut saluran undang-undang walaupun di Malaysia kita ikut undang-undang ciptaan manusia.

Terima kasih

Malaysia said...

hati hati Mso saya takut tak pasal2 dr hassan kena cap muqaballah lagi oleh sang baju petak merah dan tak hormat siapa perintah selangor

R'zley theshoots said...

Tabik springggg,aku pada Dato Hasan Ali,ni lah pemimpin sejati...bukanya ikut telunjuk DAP...rakyat dok perhati la .....!!!

tobeng said...

Kita tengokkan ajelah setakat mana ketegasan PAS kali ini.Harap2 tak kecewa lagi.Jenuh dah ni nak tengok pas jadi kepala.Bukankah Islam itu sepatutnya menguasai bukan dikuasai?Kalau tak mampu menguasai dan mengepalai maka tak usahlah bersekongkol dengan kafir harbi

cool said...

susah nak ajar org melayu ni.sbb selalu duduk dlm selesa.dah lama tak kena rampas kot.fikir-fikirkan lah.

ZulBahau said...

Tuan,
'Pas mungkin boleh berkompromi dengan bukan Islam atas matlamat untuk menghancurkan kemungkaran UBN tetapi kalau sudah sampai perasaan orang Islam tidak dihormati menyebabkan mungkin Pas membelakangkan peluang dan ruang untuk mendapat undi dari bukan Islam. Bagi Pas perjuangan mereka bukan sahaja ingin mendapatkan undi dan kuasa tetapi yang lebih penting mencapai keredhaan Allah.'

Boleh kah kita berkompromi dengan bukan Islam untuk menghancurkan kemungkaran dengan menizinkan kemungkaran juga? Bagaimana jika arak masih dijual berleluasa sama seperti zaman UMNO? adakah ini bermakna PAS bersubahat dengan kemungkaran?

Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Keadaan sekarang umpama seorang berpakat dengan musuh supaya dapat diangkat menjadi Sultan. Tetapi setelah diangkat menjadi Sultan dia hanyalah Sultan Boneka. Ini yang menyebabkan terjadinya penjanjian Pangkor, tak gitu tuan?

Maafkan saya jika saya sangat skeptikal dengan hujah PAS. PAS telah pun membatalkan doktrin Negara Islamnya demi DAP. Setakat arak ini, saya percaya 5 tahun lagipun jika PAS masih berkuasa arak masih dijual di 7-11 Shah Alam.

Keredhaan siap yang kita cari sebenarnya?

Tuan Khemah said...

Isue lagi.Masyarakat Malaysia tidak akan habis dengan isue.Dan yang paling membahayakan bila isue isue ini melibatkan pertentangan agama dan budaya.
Domokrasi Malaysia berlandaskan demokrasi yang dibawa dari negara barat,sedikit England ,sedikit USA,dirojakan menjadi demokrasi Malaysia,demokrasi dunia ketiga.
Perbezaan besar demokrasi dunia ketiga dengan demokrasi barat ialah peranan pemimpin yang diangkat dalam sistem demokrasi masing masing dan peranan mereka yang mengangkat pemimpin ini.
Dibarat isue peribadi adalah tanggong jawap masing masing.Paling tidak,bagi mengatasi isue peranan peguam akan digunakan.Tetapi didunia ketiga termasuk Malaysia,isue peribadi mesti dijadikan isue pemimpin.Jika ini tidak dilakukan,akan hanyutlah pemimpin itu sebagai pemimpin.
Jesteru itu setiap pemimpin akan menjadi hero bagi kumpulan masing masing.Selagi sikap dan peranan ini berterusan,percayalah Malaysia kan berterusan dengan isue.
Malaysia bernasib baik kerana Pakatan Rakyat mengumpulkan PAS berteraskan Melayu-Islam,PKR berteraskan kepelbagaian dan DAP berteraskan Cina.Selagi tiga parti ini masih tidur sebantal walau mimpi tidak sama,bangunnya mereka dari tidur akan bekerja untuk bekerja yang sama.Sebagai rakan berkerja yang sama,mereka akan memastikan rakan mereka mendapat perlindungan dari segala bahaya bagi memastikan semua kerja yang dirancangkan tetap akan dituai hasilnya.
Perpisahan PAS dari pakatan akan mengundang mala petaka yang pasti datang.Tiada lagi benteng pemisah antara permasaalah Melayu dan Cina,Melayu dan India.Hasilnya,apa yang totok UMNO akan lakukan tepok dada buka isinya.Takut memikirkannya,13 Mei kali kedua kerana cubaan kearahannya dapat dilihat dengan nyata olih kumpulan PRO ISA .

Ryzal72 said...

Assalamualaikum,
Maaflah jika terkasar bahasa tapi saya melihat BETAPA SEMPIT DAN KELAMNYA PEMIKIRAN SDR AHMAD RAZMAN. Apa yang nak dikaitkan dengan UMNO atau BN pula. Bermuhasabahlah sedikit tentang parti kita; halatujunya sekarang etc. Nak tunggu bila, siap dulu undang-undang yg digubal....hehhehee....sampai bila dan bgm nanti bentuknya undang2 itu. Berapa ramai lagi budak2 islam yang akan jadi mangsa.Jika telah terang-terangan SALAH MENJUAL ARAK DIKEDAI-KEDAI BEGITU APA YG PERLU IALAH STOP DULU PENJUALAN DIKEDAI SEHINGGA UNDANG-UNDANG SIAP DAN BUKANNYA LARANG PEMIMPIN2 SEPERTI HASSAN ALI MENEGAKKAN YANG HAQ. APA ANDA MAU DISOAL DIAKHIRAT?. Pelik2... jika beterusanlah pemikiran2 spt ahmad razman ini tersemat di kalangan ahli maka selamanya kita akan diperkotak-katikkan. Anda Mau?. Tolonglah jangan lagi jaga hati orang sana walaupun kita berpakat tetapi maruah AGAMA ADALAH SEGALANYA. SYABAS DR.HASSAN, SAYABAS ZULKIFLI.

Ku ingat Taqwa said...

"Antara keraguan tersebut ialah kerajaan negeri Selangor telah ada 'task force' yang sedang meneliti undang-undang berkaitan minuman keras ini untuk membolehkan rampasan dibuat jika ada bukti kedai terlibat menjual secara terang-terangan kepada umat Islam. Ini bermakna rampasan belum boleh dibuat lagi kerana peruntukan undang-undang sekarang masih belum membenarkannya. Selain itu ada kemungkinan elemen sabotaj kerana pegawai MBSA tersebut ialah ahli UMNO yang bertindak tanpa kebenaran Datuk Bandar Mazalan Md Noor." Sebenarnya perkara tersebut telah diluluskan oleh majlis mesyuarat MBSA.

Unknown said...

Salam!!! kita telah lama bertoleransi dalam begitu banyak perkara dengan kaum lain,...diharap biarlah ada perenggannya...jangan sampai agama kita dikincah!!!Syabas!!!buat Dato Hassan!!!..semoga Allah memelihara anda dalam menjalankan amanah...pedulikan suara2 sumbang yg mempertikaikannya...biar kita dituduh racist!!!..walhal mereka lagi racist...

Ahmed Razman said...

Salam,

Terima kasih kepada Encik Ahmad (August 5, 2009 10:17 AM) atas teguran dan terima kasih atas maklumat yang diberi oleh Citarasa Pedas (August 5, 2009 11:21 AM).

Izinkan saya menjelaskan bahawa pandangan saya berdasarkan kenyataan akhbar dan berita yang diperolehi. Jika saya tersalah faham atau dapat maklumat salah harap maafkan saya.

Merujuk kenyataan akhbar Datuk Hassan Ali, kerajaan Negeri Selangor masih belum ada garis panduan yang sesuai untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan PAS Selangor masih belum mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa di peringkat PBT-PBT.

Hasrat saya memang ingin lihat tiada umat Islam menjual dan minum arak apatah lagi di tempat majoriti Islam tetapi matlamat tidak sama sekali menghalalkan segala jenis cara. Sedangkan di Kelantan masih ada kedai jual arak walhal majoriti penduduk Kelantan adalah Islam. Inikan pula Shah Alam.

Jika landasan undang-undang telah dipatuhi, saya 100% menyokong rampasan arak di semua kedai dan restoran di tempat majoriti Islam bukan sahaja di Shah Alam tetapi di semua tempat majoriti Islam di Selangor.

Saya takut jika satu undang-undang tidak dipatuhi, bagaimana dengan justifikasi untuk tidak mengikut undang-undang lain (Contoh: buat apa bayar cukai jika duit diguna kerajaan untuk membazir atau bina jalan ke tempat judi)

Terima kasih

Mohd Harris bin Haji Ahmad Jaal said...

Salam ...

Dah berapa kali saudara Ronnie Liu mengeluarkan kenyataan yang menyinggung umat Islam? Sepuluh kali? Seratus kali? Kalau baru sekali tak patut la suruh beliau letak jawatan exco. Sepatutnya dia perlu ditegur atau diberi amaran dalam menyuarat exco.

Kalau kene pada exco PKR (Melayu) atau PAS macam mana pula?