Saturday, August 1, 2009

Dua Cerita Dua Peristiwa

Pertemuan Tok Guru - Najib Membawa Seribu Makna

APA yang berlaku di Kota Bharu hari ini bagi saya lebih penting dan bermakna apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur berlangsung himpunan dan tunjuk perasaan anti ISA yang dianjurkan Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) tetapi digerakan sepenuhnya oleh Pas. Manakala di Kota Bharu pula berlangsung pertemuan antara Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak.

Petemuan selama 20 minit itu dilaporan berlaku di lapangan tebang Sultan Ismail Peta Pengkalan Chepa. Tok Guru dikatakan hadir menanti ketibaan Najib yang mengadakan lawatan singkat ke Kelantan hari ini untuk merasmi mesyuarat Umno bahagian Kota Bharu.

Mungkin pertemuan itu tidak dirancang sedemikian rupa atau didedahkan awal kepada media massa. Tetapi pertemuan itu cukup memberi erti dan signifiken besar kepada kedua-dua pihak. Menurut kata Najib, dalam pertemuan itu Tok Guru Nik Aziz memohon bantuan dan kerjasama kerajaan Pusat membantu kerajaan Kelantan dalam perkara-perkara yang dibenar ataupun mengikut lunas-lunas demokasi dan semangat federalisme.

Pertemuan hari ini juga sudah tentu merujakan banyak pihak kerana sebelum ini Nik Aziz menjelaskan beliau tidak akan bertemu dengan Najib Razak. Dalam penjelasan kepada wartawan semalam beliau seolah-olah tidak pun bercadang berbuat demikian. Tetapi hari ini apabila beliau hadir ke lapangan terbang untuk menanti Najib ia memeranjatkan dan sekali lagi politik Nik Aziz yang simple itu sukar untuk diduga.

Tok Guru pada mulanya dikatakan akan ikut serta dalam himpunan memprotes ISA bersama pemimpin Pas lain. Bagaimana pun beliau tidak muncul. Para perserta diberi tahu beliau tidak dapat hadir kerana demam? Apabila hari ini beliau hadir ke airport menanti Najib menyebabkan alasan demam itu boleh dipertikaikan. Apakah beliau bena-benar demam atau sebaliknya, sanggup tinggal himpunan kerana mahu mengambil peluang untuk berdepan dengan Najib. Apapun pertemuan itu tentu dialu-alukan rakyat Kelantan ia lebih afdal daripada menghadiri tunjuk perasaan di Kuala Lumpur.

Langkah Tok Guru menemui Najib itu dikira bijaksana dan rasional. Seharusnya kalau beliau mengutamakan pertemuan itu demi survival rakyat Kelantan dan meninggalkan sikap politik keakuan melampau. Beliau kini kena memikirkan masa depan Kelantan berbanding perkara-perkara lain atau survial tokoh lain. Misalnya mengenai protes ISA itu, belum tentu takyat Kelantan akan sejahtera dan negeri Kelantan membangun kalau ISA sudah dihapuskan. ISA bukan menjadi ancaman besar kepada kemajuan negeri Kelantan dan juga kerajaan Membangun Bersama Islam.

Tepatlah kalau Tok Guru tidak hadir para himpunan anti ISA hari ini dan memberi tugasan itu kepada pemimpin-pemimpin Pas yang lain! Bagi saya tindakan Tok Guru tepat sekali dan wajar dipuji tinggi.

Seperti mana dijelaskan Najib antara lain yang diutamakan Tok Guru dalam pertemuan empat biji mata itu, beliau memohon agar kerajaan pusat membina sebuah pelabuhan di Kelantan, isu royalti minyak dan juga mengenai industri pelancungan. Ketiga-tiga aspek itu bakal memberi sumber kewangan kepada kerajaan Kelantan.

Apakah apabila Tok Guru sanggup mengambil tindakan yang kurang disenangi oleh pihak lain itu menggambarkan sumber kewangan Kelantan ketika ini dalam keadaan tidak berapa sihat? Dan menjadi tangungjawab Tok Guru sebagai MB untuk berikhtiar dengan apa saja bagi menambah kantong kewangan Kelantan dan menjamin gaji kakitangan kerajaan boleh dibayar.

Dalam pada itu tentulah apa yang diminta Tok Guru itu adalah kerana ianya hak Kelantan yang dibenarkan oleh perlembagaan mengikut semangat federalisme. Najib tidak ada sebab untuk mengelak daripada memberi hak itu kepada Kelantan. Pengembalian hak Kelantan seperti mana diminta Tok Guru juga boleh dijadikan bukti keikhlasan Najib dalam melaksanakan gagasan 1 Malaysia yang dilaungkan kini. Kalau benar Najib jujur beliau tidak seharusnya meneruskan sikap pemusuhan dengan kerajaan Pas Kelantan seperti diamalkan sebelum ini.

Dalam penjelasannya Najib tidak menunjukkan sikap angkuh dan kebenciannya kepada kerajaan Kelantan. Bahkan beliau membahasakan Nik Aziz sebagai Tok Guru. Saya rasa inilah perdana menteri pertama yang membahasakan diri Nik Aziz sebagai Tok Guru. Sikap ini menjelaskan ketinggian akal budi Najib dan penghormatannya kepada Tok Guru.

Cuma soal royalti minyak katanya beliau kena mengkaji akta berkenaan dan beberapa perkara berkaitan kerana ia merupakan tuntutan bertindih dengan beberapa negara lain.

Pada saya itu hanya alasan Najib sahaja. Sebagai Perdana Menteri beliau boleh memutuskan pada masa itu juga. Mungkin Najib ingin melihat sejauh mana kesungguhan Pas dalam meminta bantuan kerajaan Pusat itu. Sebab sebagai pedana menteri Najib berkuasa untuk memberi ataupun tidak royalti berkenaan.

Untuk sedia melaksanakan itu beliau nampaknya tidak memberi syarat tertentu hanya meminta Pas tidak menimbulkan soal-soal yang boleh menyinggungkan hati orang Umno saja kalau perlukan bantuan. Ertinya Najib tidak mengenakan syarat anih yang menyukarkan Tok Guru melaksanakannya. Ada logiknya juga, adalah canggung untuk Najib memenuhi permintaan itu kalau partinya terus dikritik Pas.

Pertemuan di airpot hari ini boleh menjadi titik tolak ke arah kerjasama antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan Pusat yang lebih bermakna lagi. Sangat elok kalau selepas ini kerajaan Kelantan membuat susulan dengan mengadakan pertemuan rasmi dengan perdana menteri mengemukakan permintaan kerjasama dan tuntutan itu. Seorang wakil yang boleh berunding dan menguruskan ini hendaklah dilantik oleh kerajaan negeri.

Dalam hal ini pada pandangan saya orang yang boleh menjadi wakil kerajaan Kelantan ialah Exco kerajaan Kelantan, Husam Musa. Saya yakin Husam mempunyai wibawa dan pengetahuan berhubung dengan apa yang dituntut oleh kerajaan Kelantan itu. Bedasarkan kepada pengalaman dan kebolehan Husam sebelum ini saya percaya beliau mampu berunding dan membawa kejayaan demi Kelantan.

Apa diharap semua pihak di Kelantan hendaklah memberikan kepecayaan kepada Husam dan jangan ada pihak yang cuba membuat spekulasi ataupun cemburu hati sekiranya Husam menjadi pilihan Tok Guru untuk menjadi wakil perundingan. Di sini apa yang perlu diutamakan ialah mengenai nasib dan masa depan rakyat dan negeri Kelantan dan bukannya mempebesarkan soal titik bengit. Sekiranya kerajaan pusat besedia memenuhi tuntutan kerajaan negeri itu saya yakin Kelantan makin teguh. [wm.kl. 9:20 pm 01/08/09]

4 comments:

denaihati said...

Politik gini lebih bijak dari politik jerit sana jerit sini...janganlah terikut2 PKR...PAS ada identiti tersendiri

Unknown said...

Semuga pertemuan ini buleh mengemba
likan semangat fedralisma kpd kedua2 pihak.mengikut ruh perlembagaan
yg mengikat di antara negeri dgn pusat.juga tampa belit membelit di
antara satu samalain.permusuhan akan reda kalau hak kelantan di tunaikan,juga dendam lama dapat di
lupus sekira nya kedua2 pihak ikhlas utk berbuat demikian demi kepentingan rakyat yg kebetulan
majuriti melayu dan aset kpd kekuatan bangsa melayu keseleruhan.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

Kenapa dipilih pada saat penyokong/rakyat terbanyak bergelut dengan asap dan air pemedih mata?

Jawapannya ialah kedua duanya masing masing ingin menyambung talian hayat,kerana satu pehak menganggap dirinya ditekan dan sudah tertekan makanya adalah menjadi harapan agar perasaan tersebut dapat dikendurkan melalui perbincangan dengan pehak yang merancang tekanan tersebut.

Manakala satu pehak lagi merasakan inilah masanya untuk ambil peluang bagi meraih hasil dari kemelut keghairahan rakyat melalui perhimpunan yang membangkitkan tekanan tersebut.Inilah politik !

Sekaligus suara suara dalam perhimpunan rakyat tidak bolih dipandang remeh sebaliknya jika tidak ada sebarang respon tidak mustahil satu himpunan dari rakyat kelantan untuk menuntut royalti minyak pula kelak akan berkumandang...fikir betul betul !

lapuria said...

..........orang yang boleh menjadi wakil kerajaan Kelantan ialah Exco kerajaan Kelantan, Husam Musa.

Saya sangat setuju Husan mewakili Kerajaan Kelantan. Dan tak akan ada yang kata dia nak bawa PAS masuk UMNO atau BN kan?