Thursday, August 27, 2009

Fajar Menyingsing

Rumah Nik Madihah
Pas Sudah Tunai Janji, Umno Bila Pula?

KERAJAAN pAS Kelantan telah menunaikan janjinya untuk menyediakan sebuah rumah baru yang serdahana kepada pelajar cemerlang Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18. Penyerahan kunci rumah baru untuk keluarga Nik Madihah itu telah pun disempurnakan oleh Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Abdullah baru-baru ini.

Menurut catatan dalam blog pemudapc.blogspot.com rumah berkenaan dibina dibawah projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menerusi sebuah anak syarikatnya dengan kerjasama beberapa pihak lain.

Tengok kepada gambar rumah itu comel lote dan jauh lebih baik daripada rumah didiami Nik Madihah sebelum ini. Harapnya dengan rumah baru ini Nik Madihah dan keluarganya lebih berazam untuk membaiki kehidupan.

Dengan keadaan yang lebih selesa dan harmoni sudah tentu Nik Madihah dan keluarganya boleh merangka kehidupan jauh lebih baik. Apa yang pentingnya kurniaan hadiah ini perlu diinsafi dan disyukuri oleh keluarga berkenaan. Bukan semua orang miskin di dunia ini walaupun mendapat pendedahan tetapi bernasib baik seperi Madihah dan keluarganya. Jangan pula hendaknya dengan anugerah melimpah ini wujud rasa riak menyebabkan lalai untuk melapazkan syukur kepada Allah.

Lumrah, manusia mudah dan rajin bersyukur dan berzikir mengingati Allah ketika dalam kesusahan dan kesempitan tetapi bila sudah keluar dari tirani kehidupan akan melupai segala-galanya.

Bila bercakap mengenai rumah untuk Nik Madihah ini maka teringatlah kita kepada janji satu pihak lagi. Ketika cerita kesusahan hidup pelajar ini kerana terpaksa mendiami rumah sewa yang buruk di tepi pantai, Umno Pengkalan Chepa bukan main lagi beriya-iya untuk membantu Nik Madihah dan keluraganya.

Kalau tak silap Umno Pengkalan Chepa juga bercadang untuk membina sebuah rumah untuk keluarga Nik Madihah ini. Kita nak tanya apakah rumah itu sudah siap atau belum? Ataupun sekadar berjanji saja. Umno Pengkalan Chepa khasnya dan Umno Kelantan amnya patut malu kepada kerajaan Pas Kelantan yang telah menunaikan janjinya.

Apakah orang-orang Umno Kelantan sedang mencari tapak untuk dibangunkan rumah Madihah? Atau sebahagiannya sedang menebang pokok untuk dijadikan tiang, mencari daun sagu untuk dijahit dijadikan atap? Ataupun Umno Pengkalan Chepa sudah melupai segala janji?

Apa yang berlaku ini kita boleh lihat dan nilai sendiri di antara janji kerajaan Kelantan (Pas) dengan janji Umno mana satu yang lebih tepat. [wm.kl. 6:45 am 27/08/09]

15 comments:

cahaya malam said...

salam..

Alhamdulillah..

janji dikota,
islam dilaksana..

syukur..

salam ramadhan..
moga beroleh kemanisan ramadhan..
;)

wassalam..

baderi said...

takkan bila satu janji dari beribu janji tertunai dah nak mendabik dada bangga sambil menyindir janji orang orang lain. saudara seorang penulis yang saya kagumi jadi jangan rendahkan tahap profesionalisma saudara. kepada PAS yang dah menunaikan janji itu syabas saya ucapkan. kepada umno lakukan lah apa yang patut. takkan nak bina rumah lagi untuk keluarga ini.. cari cara lain pula untuk bantu. jangan menolong atas dasar kepartian. kepada semua menolong biarlah jujur.. Allah Maha Mengetahui..

eN. tEddY said...

mcm mana pulak dengan tawaran melanjutkan pelajaran untuk dia??

Unknown said...

baru sekali ni nampak berbakti sudah takbur ker lebai pas oiiii???????
UMNO buat kerja untuk satu negara selama ni tak pukui canang pun. Patut lebih malu kat umno.......
Berbudi dengan riak apa yang korang dapat???

john said...

salam pak mso..kenapa dibangkitkan perkara ni. bersusah pula nanti umno pc nak buat..tapi hamba tahu apa jawapan umno pc-"dah pas dah bagi rumah,buat apa kita nak bagi lagi, kita cari org miskin yg lain pulak"-itulah jawapan dia...umno 'dulu,kini dan selamanya'-dok putar alam!

hafiz said...

nak bagi rumah? nak sebat org minum arak pun xmampu nak buat... dok bag alasan putar2...

NH Shah Alam said...

Pada saya tidak salah sdr MSO menghighlight isu ini. Ya! mungkin nampak macam orang PAS riak baru buat satu bakti tapi sudah hentam orang lain.

MSO adalah penulis penganalisis Politik, jadi beliau mengulas isu ini dari sudut politik. Bukan sahaja UMNO, PAS pun dia hentam. So apa peliknya beliau menyindir UMNO?

Kalau beliau tidak menyindir UMNO pun kami tak kisah sebab Kami rakyat kelantan sudah masak dengan sepak terajang UMNO dan putar alam UMNO ni. Tengok lah apa sudah jadi dengan Jambatan ke-2 Sultan Yahya Petra, sampai la ni pun masih tak siap. Besi sudah "berkarat ramat". Tunggu election ke 13 kot baru nak buat semula.

UMNO memang penipu dulu, kini dan selama-lamanya.

* NH Shah Alam *

MOHD HARIS said...

saudara baderi,

MSO bukan merendah tahap profesional nya... cuma saya rasa - beliau ingin sampaikan apa perkara yg agak sering berlaku.... pandai berjanji, tapi buatnya tidak (tak kira kepada Parti PAS @ UMNO). kalu dah berjanji - kena lah tunaikan... itu sahaja !

Saudara EM pula - pembangunan - semua parti pemerintah kena lakukan... tak perlu timbul isu nak canang apa UMNO buat ke tak! itu tanggungjawab parti pemerintah...

Hakeem Zahardi said...

em ni mesti orang UMNO(Baru) PC....nampak sangat bebal.

Syah said...

diorang umno tu publisiti je lebih. Dulu bila sister in Islam buat fatwa macam2, diorang diam2 je. Skrg bila org nak hukum pesalah yg minum arak, kecoh pula menyibuk.

kalo tu pn dah nk menyibuk....pyh la nk tunai janji tu. fuhhh

Unknown said...

Kpd umno kelantan kalau nak di kenang atau nak di hargai ,ada satu kerja yg penting kpd rakyat kelantan iaitu gunakan hubungan baik dgn kerjaan pusat segerakan pembayaran royalti petrol jangan jadi penghalang kpd pembayar
an sebagamana dlm isu2 lain, pemim
pim umno lah yg jadi galang ganti
atau dalang yg menhalang perojek2
kerajaan pusat demi utk mendera rakyat kelantan yg tidak menyukung
mereka (pengakuan tok pa dlm sidang dewan).

R'zley theshoots said...

salam pak MSO,
sedikit tambahan.....memang umno pc berjanji nak adakan rumah utk keluarga ini,tapi janji saja,DAN yang lebih malang lagi sewa rumah tu dia orang bagi adalah peruntukan sewa rumah yang di peruntukan dibawah program kemiskinan warga bandar(KPKT)TAPI DI highlightkan sumbagan ketua bhagian.....yang dulu di bawah mpkb yang uruskan, tapi sekarang di serahkan tanggungjawab ini kepada JPP plk......nasib rkyt Kelantan la

Hamidah Abdul Hamid said...

Alhamdulillah. Syukurlah, moleknya anak orang lain juga harus berusaha agar menandingi kejayaan Nik Madihah. Jangan salah menyalah parti politik. Ramadan bulan yang mulia. Muliakanlah hati semua kita agar mendapat keberkatannya

Unknown said...

salam
'coket' dan 'geletek' tuan tentang isu ini agak menjadi jgk ler.....

dewa said...

Bagus la.. Kalu Nik Madihah dah dapat rumah... harap lepas ni ramai lagi golongan miskin di Kelantan akan diberikan rumah juga...

Mungkin dengan adanya rumah percuma dari kerajaan negeri.. prestasi akademik dan taraf hidup golongan miskin di Kelantan dapat ditingkatkan lagi...

Saya berharap dengan pemberian rumah kepada Nik Madihah ni akan menjadi pemangkin kepada Kerajaan Negeri dan Pusat untuk berlumba2 memberikan rumah percuma kepada rakyat miskin yang lain..