Tuesday, August 4, 2009

Khabar Dari Terengganu

Benarkah Politik Terengganu Masih Kucar Kacir?

ADA angin semilir dari Pantai Timur membawa khabar mengenai politik Terengganu masih belum sendek. Masih berkucah dan kucar kacir? Keadaanya masih belum menentu lagi. Sehubungan itu pemerhati politik di negeri penyu itu berpendapat keadaan politik Terengganu waktu ini paling teruk dan senak berbanding dengan negeri-negeri lain. Ia lebih senak daripada suasana politik di Kedah dan Penang kecuali Selangor.

Kedudukan Ahmad Said selaku MB masih belum kukuh sepenuhnya, bergoncang-goncang. Bila-bila masa katanya MB itu boleh tumbang dan melayang dari kerusi itu.

Kedudukan Mat Said katanya benar-benar bergantung kepada pihak Istana sahaja. Istana telah menjaga Mat Said dan Mat Said memerintah atas ehsan istana. Sebab itulah ada cakap-cakap mengatakan Mat Said MB istana bukannya MB Umno! Apapun kenapa istana begitu sayang kepada Mat Said tidak pula diketahui. Walaupun ada cerita kononnya konon ada batter trade (kontra) berlaku tidak pula boleh dipercayai, beter trade itu macam mana bentuknya?

Namun rumusan itu tidak boleh ditolak begitu saja. Kerana itu Mat Said sentiasa tersenyum di mana-mana sahaja. Ia seolah-olah tidak merasa apa-apa dan terancam dengan apa yang berlaku di Terengganu. Tidak ada kebimbangan di wajahnya. Dia berserah kepada takdir mengenai nasibnya. Macam mana dia tidak pernah terfikir akan jadi MB dia juga mungkin tidak memikir bagaimana kalau dia akan tercabut dari kerusi itu. Kehilangan kerusi itu tidak akan memberi apa-apa kesan kejiwaan kepadanya.

Ada kalanya senyuman Mat Said itu menggambarkan yang dia tidak kisah dengan apa yang berlaku. Seolah-olah dia mentadbir tanpa perasaan apa-apa. Mungkin itu gaya dan cara Mat Said nak release tensionnya.

Bagaimana pun cerita dari Terenggau itu tidak sampai ke Kuala Lumpur. Ataupun kalau ia sampai ia ditampan oleh beberapa isu yang timbul kini. Tetapi ia telah menjadi kalut di Terengganu. Mungkin disebabkan isu politik semasa di Kuala Lumpur lebih panas dan menarik menyebabkan isu itu dibiarkan begitu saja. Perbicaraan Anwar Ibrahim atas kes liwat, tragedi kematian misteri Teoh Beng Hock dan terbaru demonstrasi anti ISA menyebabkan pemerhati
Kuala Lumpur terlupa untuk suluh Terengganu. Mungkin sikit hari nanti semua mata akan menjolor ke Terengganu pula.

Namun yang pastinya disana sudah geger. Sudah ada orang bersiap sedia untuk mengambil alih kerusi Mat Said. Ada dua versi kekalutan di Terengganu pada masa ini yang nampak komplikated sedikit.


  • Puak Idris Jusoh beriya-iya nak jatuhkan Mat Said. Seorang Adun dikatakan akan bertindak mengosongkan kerusi Adun bagi memalukan Mat Said. Katanya Adun berkenaan telah memberi kata dua kepada presiden Umno, Najib Razak. Kalau Najib tidak menggantikan Mat Said dengan orang lain Adun itu akan kosongkan kerusi.
  • Susulan kegagalan pucuk pimpinan menyelesaikan isu itu, kononnya mengakibatkan Idris Jusoh dan genangnya akan bertindak menjadi Adun bebas dalam DUN Terengganu. Tindakan ini juga untuk mengaib dan mengajar Mat Said.
  • Selain itu ada juga cakap-cakap mengatakan Idris bersama gengnya akan menyertai Pakatan Rakyat. Parti yang akan dipilih ialah PKR. PKR akan bergabung dengan Pas untuk tubuh kerajaan. Idris akan jadi MB. Logiknya kalau Idris dan gengnya menyertai PKR dan bergabung dengan Pas bermakna Mat Said kehilangan majoriti. Puak Mat Said hanya ada 14 sahaja manakala dipihak Pakatan 18 kerusi. Situasi ini kalau diadakan undi tidak percaya bila-bila masa Mat Said boleh tersungkur.
  • Dalam pada itu ada juga cakap-cakap mengatakan sekiranya Mat Said terancam (diancam oleh Idris Jusoh) Mat Said akan menyerang balik dengan bergabung diri bersama Pas. Mat Said diatakan rela melepaskan jawatan MB kepada Pas daripada menyerahkan bulat-bulat kepada Idris Jusoh. Mat Said sudah pun mengadakan hubungan dengan Pas. Pembelian dua ekor kambing Pesuruhjaya Pas Terengganu, Harun Taib oleh Mat Taib adalah symbol kerjasama itu mungkin berlaku.

Itulah situasi dan cakap-cakap yang berlaku sekarang ini. Apakah ia satu bahan jenaka ataupun gimik menjelang musim tengkujuh saja? Atau ia satu kebenaran akan meletup bila-bila masa saja. Nampaknya cerita itu berbelit-belit sedikit.

Cuma di sini apa yang boleh disimpulkan, Idris Jusoh kalaupun menyertai PKR dan bergabung dengan Pas beliau tidak mungkin dapat jadi MB. Mustahil Sultan Terengganu akan menerimananya selapas ditolak sebelum ini. Maknanya Pas juga akan jadi MB.

Dalam kemelut hari ini Pas mendapat untung. Kalau bergabung dengan PKR, Pas akan jadi MB dan kalau bergabung dengan Umno, Pas juga akan jadi MB. Bernasib baiklah Pas nampaknya.
Tetapi realiti itu tidak mudah jadi kenyataan. Ada sepihak lagi berpandangan langkah paling baik untuk menyelesaikan keadaan politik Ternegganu hari ini ialah dengan Mat Said menghadap sultan agar bubar DUN Terengganu. Adakan pilihan raya semula dan serah kepada rakyat. Terserahlah kepada rakyat untuk memilih siapa dari tiga kumpulan itu untuk menjadi MB – kumpulan Mat Said, Idris Jusoh atau Pas.

Itulah cara dan formula paling afdal dan dirasakan dapat memuaskan hati semua pihak. [wm.kl. 2:50 pm 04/08/09]

2 comments:

Tuan Khemah said...

Dalam politik tidak ada yang pelik dan gila.Tetapi andaian andaian penghijrahan kepada kem ke kem seperti yang MSO dapat bayangan daripada Terangganu ini sah pelik dan gila.
Walau politik kebanyakan tanpa maruah,PAS pasti tidak akan bekerjasama dengan kumpulan Idris.Menerima Idris bermakna mengundang petaka kemuafakatan.Tiada lagi topik kenduri wang rakyat olih Umno bolih ditelanjangkan.
Bekerjasama Ahmad Said & team dengan PAS adalah satu kemungkinan,tapi mahu kah risiko fail SPRM (BPR)yang terpapar dalam media menjelang April 2008 dijadikan pertaruhan olih MB ini.
Ugutan letak jawatan amat melucukan.Tiada muka dalam Umno yang sanggup meninggalkan kerusi empok kecuali paksaan ini datang dari manusia yang menentukan kedudukan mereka didunia ini.Dan Idris bukanlah orangnya.
Membubarkan DUN juga bukan caranya kerana bukan setakat sudah nipis wang untuk dibelanjakan,wang yang tersimpan pun sudah tak banyak mana.
Cuma bagi mengatasi kemelut ini,ada satu yang tidak mustahil akan digunakan.Apa yang dibuat pada PR di Perak dan sekarang di Selangor,akan dituang acuannya untuk dirasai musuh politik ,bezanya di dalam parti yang mereka masih bersama.Moga SPRM tidak menambah beban yang sedia ada dan tidak seburok yang disangka.

tobeng said...

Tak abis2 lagi ke si derih ni nak membuat onar?Asyik sibuk nak berebut kuasa tak sudah2?

SPRM tolong cek tengok malaun sekor ni.Kalau ada kes kasi sumbat dia cepat ke dalam,tidaklah hidup menyusahkan orang.