Friday, August 14, 2009

Tumpang Semangkuk

Tidak Perlu Hairan Dengan Tindakan Nik Aziz

APABILA Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan DAP menghina Islam tidak boleh dimarah kerana parti itu tidak faham Islam, maka ramailah orang yang marah dan tidak senang dengan kenyataan Mursyidul Am Pas itu.

Para penulis blog juga turut sama menyatakan rasa kurang senang dengan kenyataan itu. Kalaupun yang mempertahan dan merasakan kenyataan Tok Guru itu betul ialah blog yang pro pembangkang, atau milik ahli pembangkang (Pas) sendiri. Pertahanan itu pun bukan dengan hujah tetapi atas rasa kasih dan cintakan tok guru itu.

Nampaknya yang lain mengeluh dan merasa canggung dengan kenyataan Nik Aziz itu. Ini termasuk juga TPM, Muhyiddin Yassin tidak senang. Beliau hairan dengan sikap Nik Aziz itu. Sepatutnya Muhyiddin tidak perlu rasa hairan kalau dia mengingati apa-apa yang Nik Aziz ucap dan cakapkan sebelum ini.

Bukan sekali dia mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi dan mengelirukan, acap kali. Pendekatan politik beliau juga berbagai-bagai. Itulah sebabnya saya katakan Nik Aziz ada dua wajah yang perlu difahami; satu wajah agamawan dan satu wajah politician.

Adakalanya beliau menjelma dalam satu wajah saja. Dan adakalanya dalam dua wajah serenatk! Sesiapa yang memahami tidak akan 'murih' kepadanya. Manakala yang tidak faham akan marah sakan. Bila beliau berkata begitu kepada DAP, itu maknanya dia bercakap atas wajah politik. Kalau dia bercakap atas wajah Islam tidak tergamak untuk dia bekata begitu. Dia tahu hukumnya kepada penghina agama Allah.

Walaupun dia memfatwakan politik itu tidak boleh dipisahkan dari agama, tetapi akhir-akhir ini sudah ada fatwa atau formula untuk mengasingkannya seperti mana proses mengasingkan minyak dengan air bagi membolehkan kedua-dua unsur itu dimanfaat untuk kehidupan.

Di sini saya tidak mahu 'murih' kepada tok guru itu. Biarlah orang lain murih. Sudah banyak saya murih dan tegur namun tidak memberi bekas. Tidak ada siapa yang boleh memperbetulkan Mursyidul Am Pas itu lagi kerana dia berada di tempat paling tinggi. Cubaan untuk melastiknya samalah dengan cuba nak melastik bulan dari bumi.

Bagi setengah orang dalam Pas apa saja yang dikata, diucap ataupun dilakukan tok guru itu semuanya betul dan halal. Statusnya sebagai ulama menjadikan dia mempunyai lesen besar untuk melakukan apa saja. Dalam keadaan beliau dianggap maksum begitu siapakah yang boleh membuat teguran. Sebaliknya orang yang menengur akan disuluh sebagai pengkhianat kepada agama.

Apa yang hendak saya cadangkan di sini sebagai mengambil semangat yang dikatakan Nik Aziz itu ialah meminta orang Islam menguji untuk melihat bagaimana sikap penganut agama lain seperti Buddha, Hindu atau Kristian. Apakah penganut agama lain mempunyai kefahaman setinggi Nik Aziz itu dalam bak agama politik?

Apakah mereka boleh menerima kritikan ke atas agama mereka? Cubalah.... kita mahu mendengar adakan para guru agama berkenaan akan mengatakan seperti mana kata-kata Nik Aziz itu. Mereka akan menghalalkan kritikan ke atas agama mereka kerana menjaga kepentingan politik. Saya percaya kalau penganut agama lain juga sama dengan Nik Aziz aman dunia ini.

Saya sendiri faham mengenai apa yang termaktub dalam khulub Nik Aziz bila beliau berkata begitu. Maksudnya bukan beliau reda dan setuju kalau ada orang mengkritik Islam. Tetapi dalam konteks beliau kata kepada DAP itu sebagai parti politik. Beliau tidak melihat tindakan pemimpin DAP itu dibuat atas tujuan menghina Islam.

Timbul persoalan apakah DAP tidak tidak faham mengenai Islam dan dasar Islam di perjuangkan Pas? Ini meragukan. Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah menegaskan agar Pas melangkah mayatnya dulu kalau Pas hendak laksanakan Islam. Bukankah kata-kata itu menunjukkan Karpal Singh faham mengenai Islam? Atau kata-kata itu kerana Karpal juga tidak faham mengenai Islam?

Tidakan Nik Aziz itu ialah kerana politik. Kesalahan DAP ditebatkan dengan ketidakfahaman yang dirasakan wujud kepada parti berkenaan. Saya tidak fikir kalau DAP benar-benar tidak faham jika berpandukan kepada tindak tanduk Karpal Singh itu. Karpal berkata begitu menunjukkan dia faham tentang Islam. Apakah situasi ini tidak difahami Nik Aziz?

Dia faham tetapi kefahaman itu diselindungkan kerana kepentingan politik. Nik Aziz mempercayai kekuatan Pas atau harapan Pas untuk menguasai negara ini memerlukan sokongan DAP juga. Makanya selagi Pas dan Nik Aziz berpegang kepada keyakinan itu, DAP boleh melakukan apa juga kesalahan ke atas Islam, hatta menghinanya kerana ia dihalalkan oleh Pas. Pas dan Nik Aziz akan memaafinya atas alasan mereka tidak faham mengenai Islam. Kecualilah DAP telah merobohkan masjid dan surau mungkin baru Pas boleh beranggapan baru DAP benar-benar faham dengan Islam dan mereka perlu dimusuhi.

Sekali lagi saya syorkan agar ada orang Islam mengkritik agama lain dan kita mahu tenguk apakah ada penganutnya termasuk yang menjadi pemimpn politik akan mengambil pendekatan sama dengan Nik Aziz itu. Apakah ada? [wm.kl. 11:00 am 14/08/09]

4 comments:

Kasturi said...

Manalah tahu nanti lim kit siang dengan karpal singh insaf, simpati dan menyokong negara islam..

sinach zawawi said...

i officially removed nik aziz's pic on my car today. thank you

deepblue said...

Maaf Tuan, Rasanya tuan lebih faham maksud disebalik kata2 tok guru. Kata2nya kilas menepuk air. Bukan utk membasah tangan tp niatnya utk memberikan riak pada pihak yang sana. Seperti tuan kilaskan wajah politiknya yang berbagai..lihatlah pada serinya bukan pada rupanya.
Bukan niat meletakkan tok guru pada lapisan maksum tp sekadar menghormati sebagai pewaris para ambiak..
lihatlah pada keikhlasannya bukan pada tari lagu yang dirancak media.

firdaus said...

rasanya tidak mungkin Malaysia ini akan menjadi sebuah negara Islam yang diimpikan PAS selagi PAS memerlukan pakatan rakyat kalau takdir PR memerintah Malaysia

waktu tu kalau nak buat hukum hudud yang PAS akan kata ia adalah untuk orang Islam tak mungkin DAP akan mempercayainya

DAP mungkin tak menghina hatta membenci Islam, yang dihinanya mungkin kerana Islam itu adalah Islam yang dimelayukan oleh melayu...

Islam tiada salahnya, munafik melayulah yang menampakkan seolah-olah Islamlah yang salah...

maaf tok guru kami tetap sokong PAS..