Thursday, August 27, 2009

Menjelang Zohor

Kes Kartika: Siapa Mengajar Siapa Kini?

DARI pemahaman umum filsafat sesuatu hukuman ke atas pesalah dikenakan ialah untuk menginsafkannya dan juga mengawal jenayah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Diharap dengan hukuman itu menginsafkan pesalah dan wujudlah keamanan apabila manusia lain yang ada niat untuk melakukannya dapat menghayati maksudnya lalu memadamkan niat jahat itu.

Hukuman sebat ke atas seorang perempuan di Aceh. Apakah ini hukuman sebat mengikut Syariah Islam sebenarnya? Foto carian John.

Dalam konteks perundangan Islam (hudud) ia pula ia lebih daripada itu. Hukuman dikenakan disamping untuk pengajaran ia juga untuk memberi peluang pesalah mendapat keampunan Allah s.w.t.

Dalam kepercayaan beragama keampunan daripada Allah adalah mutlak untuk kehidupan seseorang. Betapa ia dipuja diusung oleh manusia ke hulur ke hilir kalau tidak mendapat keampunan Allah hidupnya tetap sia-sia. Jumlah penyokong yang ramai dan kuasa yang besar yang ada padanya tidak menjamin secara automatik akan mendapat keampunan dari Allah!
Atas prinsip itu maka undang-undang itu dieprkenalkan dan dilaksanakan. Baik undang-undang sivil ataupun undang-undang syariah itulah tujuan dan rohnya.

Apabila Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat enam rotan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 yang didapati bersalah meminum arak di khalayak tujuannya dengan harapan akan menginsafkan kita semua dan model itu bagi mendapat keampunan daripada Allah. Sebatan enam kali dan denda RM5,000 itu adalah terlalu sedikit dan rendah nilainya berbanding dengan keredhaan Allah yang tidak ternilai. Bagi orang yang beriman adanya syurga dan pahala akan sanggup sakit dan pedih di dunia jika jaminan syurga ada di akhiar.

Bagaimana pun malamat dan tujuannya itu nampaknya bersimpang siur dan bersimpul-simpul dan diterjemahkan berbagai versi oleh manusia. Terjemahan dan ulasan itu pula mengikut kadar atau telaga ‘khausar’ masing-masing. Perdebatan mengenai apa yang menimpa Kartika kini tampaknya bercelaru dan ada unsur-unsur untuk menegakkan kepercayaan dan bukan kebenaran walaupun semuanya bertolak atas rasa ingin memperbaiki perkara itu.

Dari seg kronologi isu ini timbul apabila pelaksanaan sebat ke atas Kartika yang sepatutnya dijalankan ditangguhkan. Penangguhan inilah membawa kepada perdebatan, perbahasan dan polemik bebagai pandangan mengikut kadar ilmu masing-masing. Penangguhan yang membawa kepada perdebatan hangat kini pula telah menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri. Apa lagi yang tidak faham mengenai undang-undang syariah atau sediakala sinis kepada keadilan dan kebenaran Islam menjadikan perdebatannya bertele-tele dan isu ini menjadi forum menegakkan benang basah.

Dilihat dari proses biasa dan peruntukan undang-undang berkenaan, awal-awal lagi dalam kasus Kartika ini sudah tersembol kepincangan. Dari perspektif pengamal undang-undang ianya sudah semacam bercanggah dan tidak mengikut prosuder biasa. Banyak sudut yang boleh didebat dan dipertikaikan.

Dalam Undang-Undang Syariah negeri Pahang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali dan sebatan enam kali kepada pesalah minum arak. Jika dilihat kepada urutan hukuman ini menjelaskan hukuman bermula daripada denda, kemudian penjara dan sebatan. Sebaliknya apa yang terjadi terhadap Kartika dia hanya dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali tanpa penjara.

Persoalan yang mungkin timbul dari segi teknikal di sini apabila Kartika tidak di penjarakan dimanakah tempat untuk beliau menjalani hukuman sebat itu. Sebab itulah pada pagi untuk menjalani hukuman sebat Kartika hendak dibawa ke penjara Kajang Selangor. Secara logiknya juga hukuman itu tidak menjamin untuk mengawal pesalah yang sudah dijatuhi hukuman kerana ianya masih bebas bergerak? Apakah kalau ketika hendak dibawa ke penjara itu Kartik lari?

Menurut seorang peguam terkemuka yang juga Peguam Syarie, Md Radzi Mustafa (foto) dari firma Peguamcara dan Penguambela Radzi – Abdullah, langkah membawa Kartika untuk melaksanakan hukuman di luar negeri Pahang itu sudah tidak tepat. Seperti mana yang difahaminya bidang kuasa Undang-Undang Islam tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing.

Maknanya di sini perbicaraan, proses menjatuhi hukuman dan perlaksnaaan hukuman ke atas seseorang pesalah jenayah syariah itu perlulah dilaksanakan di negeri di mana ianya melakukan kesalahan.
Menurutnya perkara ini penting dipatuhi kerana tujuan hukuman itu ialah untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada penduduk di sesutau tempat itu dan bukannya penduduk di luar negari atau wilayahnya.

Bukan setakat itu saja kini perbincangan dan perdebatan mengenai isu Kartika ini menyerlahkan beberapa kecacatan dan kelemahan lain yang sangat memalukan. Ia menunjukkan kerajaan negeri Pahang dalam menggubal atau mengkanunkan undang-undang itu tidak cermat dan memahami konsep undang-undang berkenaan menyebabkan ia jadi tidak sempurna.

Ada dua kepincangan dan kelemahan besar berhubung hal ini di Pahang. Pertama tidak menyediakan tukang sebat wanita, kedua penal rayuan mahkamah syariah pun tidak dibentuk. Adalah anih dan ganjil kenapa undang-undang dan hukuman digubal tetapi terlupa melantik tukang sebat, pelaksana hukuman? Apabila tukang sebat wanita tidak ada, maka pelaksanaan hukuman itu tidak boleh dijalankan. Bukankah kelembatan melaksanakan hukuman ini satu penyeksaan prsikologis kepada pesalah?

Begitu juga bila penal rayuan syariah tidak ada menyebabkan keadilan kepada tertuduh tidak terjamin kerana mereka tidak boleh merayu disebabkan tidak ada penal untuk mendengar rayuan mereka.

Mungkin soal tiada rayuan dan peluang merayu inilah menyebabkan mata-mata yang anti kepada perundangan Islam mudah jadi juling menuduh ianya kejam. Walhal di sini kesalahannya bukan kepincangan hukuman bersumberkan Quran dan Hadith itu tetapi manusia yang menggubal dan hendak melaksananya yang lemah dan kejam!

Kesimpulannya di sini kes melibatkan Kartika telah membuka ruang bicara yang cukup menarik. Banyak ilmu dan maklumat berhubung undang-undang ini mula didedahkan satu persatu. Semua cerdik pandai, ulama, Mufti nampaknya tampil memberi pandangan masing-masing. Karika telah mengejutkan semua golongan ini daripada lena dalam gebal ketaksuban kepada kepandaian masing-masing.

Yang agak mendiamkan diri dan seolah tidak berminat mengenai isu ini ialah orang politik. Kita faham kenapa kalau mereka tidak mahu mengambil bahagian proakif kerana takut prestasi merudum dan kepentingan politik mereka terjejas. Dalam dunia politik selalunya yang merosakkan imej mereka bukan kerana dilanggar lori tetapi kerana tersilap cakap. Maka iulah sesetengahnya sanggup menjadi syaitan bisu.

Kita masih belum mendengar sepatah ulasan dan pandangan daripada Menteri Agama Islam Malaysia. Biro Agama Umno juga tidak mengeluar apa-apa pendapat. (Ada lagikah biro agama dalam Umno?) Begitu juga dengan Dewan Ulama Pas belum mengeluarkan pandangan secara rasmi atas polemik yang timbul kini.

Menguntip apa yang berlaku kini nampaknya tujuan asal undang-undang syariah yang bertujuan hendak mengajar dan memberi keinsafan kepada pesalah itu telah bertukar menjadi sebaliknya. Kartika yang sedia untuk menjalani hukuman itu atas maslahat yang beliau sendiri yang tahu nampaknya telah memberi pengajaran kepada umat Islam negara ini termasuknya pihak berkuasa.

Sekiranya ada peruntukan dalam mana-mana kanun, yang berbunyi; apabila kamu (penguasa) gagal untuk menjatuhkan hukuman atau melaksnaakan hukuman ke atas pesalah yang dijauhi hukuman atas sebab-sebab kelemahan kamu (penguasa dan mahkamah) baik secara teknikal atau fakta, maka diberikan (dipulangkan) kuasa kepada si pesalah untuk menjalankan hukuman seperti dihukumkan ke atasnya kepada pihak penguasa dan mahkamah.” Kalaulah ada kanun memperuntukan demikian maka jelas orang yang mempunyai kuasa (kerajaan) dan membentuk mahkamah syariah itu semuanya perlu disebat oleh Kartika Seri Dawi Shukarnor termasuk kini yang memberi undi? [wm.kl 1:00 t/hari 27/08/09]

3 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

Kata orang politik mudah sahaja "sejak bila kerajaan/negeri pahang bertukar tuhan?",jika sebelum ini banyak kes telah berlalu begitu sahaja dengan sedikit hukuman denda akan tetapi hari ini telah menampakkan perubahan sebagaimana kehendak parti pembangkang (pas) iaitu supaya kesalahan dibawah jenayah syariah hendaklah dihukum mengikut lunas lunas islam makanya kerana itu kita lihat hukuman hudud telah dikuatkuasakan juga dipahang akhirnya.Jadi adakah pahang sudah bertukar tuhan....?

Islam juga mengafdhalkan supaya tidak mendedahkan keaiban bukan sahaja bagi diri sendiri malah keiaban diri orang lain jika pendedahan tersebut bolih memudaratkan maslahat ramai namun untuk pengikbaran umum maka dibolihkan.

Olih yang demikian harus diingat, jihad itu luas!kerana itu untuk menyelamatkan maruah air muka juga adalah satu jihad....bagi mereka yang suka bermegah dan berbangga dengan kesalahan yang dilakukan harus diberi kesedaran dan keinsafan supaya tidak timbul fitnah yang bolih menjadi Ikon ikutan yang tidak baik kepada orang lain...jadi fikir betul betul !

Unknown said...

Kes kartika mendedahkan pekung pemi
mpin umno ,kecelaruan ,ketidak yaki
nan,kekurangan iman,yg semakin teru
k kelamkabut macam kera kena lada.
saya berharap pak mso himpunkan ula
san2 menteri2 umno dlm perkaraini. teramat malang bagi umat islam di
malaysia berketuakan pemimpin2 umno
memerintah negara kita.

firdaus said...

tahniah kartika anda sememangnya berani lebih berani daripada sesetengah wira lelaki melayu umno yang hunus keris dulu-dulu tu....

anda memang berani, berani untuk mengaku kesalahan sendiri, perkara yang begitu jarang-jarang sekali dilakukan pada zaman moden yang kalut dan hipokrit lagi munafik ini...