Thursday, August 20, 2009

Permatang Pasir 3

UBN Berhingus Hidung di Permatang Pasir

UBN nampaknya makin terdesak dan makin berhingus hidung dengan isu peribadi calonnya Rohaizat Othman kononnya menyalahgunakan wang pelanggan guamannya seperti mana dibangkitkan oleh Pas. Keadaan lebih rumit lagi apabila rakan kongsi Rohaizat, bernama Yusri Ishak tampil menjelaskan perkara sebenarnya di sebalik penyelewengan yang membawa kepada pembatalan lesen guaman Rohaizat itu. Yusri menjelaskan dia cuba diperkambinghitamkan berhubung isu berkenan.

Penampilan Yusri ini memberi bukti baru kepada Pas dan pengundi Permatang Pasir yang dikejutkan dengan berita berhubung salah lakukan calon UBN pilihan Zahid Hamidi itu.

Penjelasan Yusri hari ini menambahburukan keadaan dan menyebabkan virus semakin banyak menyerang Rohaizat. Yusri adalah saksi paling kredibel dan boleh dipercayai kerana beliau mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Menurutnya penggelapan wang koperasi pekebun kecil getah itu dilakukan oleh Rohaizat sendiri dan beliau hanya diberi tanggungjawab menyelesaikannya.

Hakikat ini berbeza dengan apa yang dijelaskan Rohaizat dan pemimpin UBN yang kononnya beliau (Rohaizat) terpalit dengan masalah ditinggalkan Yusri. Sebelum Yusri menjelma mungkin ada pengundi percaya dengan penjelasan pihak UBN itu, yang mana jahatnya bukan Rohaizat tetapi Yusri.

Tetapi bila Yusri muncul menjelaskan tembelang sebenarnya, maka segala kebusukan semakin berbau dan tahu puncaanya. Inilah menyebabkan calon UBN itu jadi semakin berhingus hidung!

Kerana keadaan makin parah, maka UBN terpaksa mencipta isu dan mencari peluru palsu untuk menembak Pas. Macam-macam yang diungkitkan oleh pihak UBN yang ditabur menerusi blog-blog liar yang tidak ada kuasa penangungjawab. Kononnya calon Pas, Ustaz Mohd Salleh Man telah mengelapkan wang pilihan raya Pulau Pinang sebanyak RM600,000. Tidak cukup itu beliau juga dikatakan menggelapkan wang pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu sebanyak RM60,000.

Selain itu Salleh juga dituduh mengambil wang dan dimasukkan ke dalam akuan peribadinya. Jumlahnya tidak dinyatakan mungkin bermula dengan angka enam juga, boleh jadi RM60.00 ataupun RM6.00 sahaja atau pun hanya 60 sen? Nasib baik juga tidak ada tuduhan yang calon Pas itu pernah membelasah sesiapa hingga penyek hidung dan dahi!

Untuk menampak tuduhan ini real dibabitkan nama timbalan pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mujahid Yusuf Rawa. Kononnya Mujahid mengetahui semua itu. Tidak tentu fasal berpeluh juga ketiak Mujahid mendengar segala cerita rekaan itu sampai beliau meminta orang yang menuduh itu tampil ke dunia nyata mengemukakan bukti.

Sebenarnya Pas tidak perlu cemas dan ralat dengan tuduhan itu. Rakyat yang waras dan kenal Pas mengerti apakah tuduhan itu logik ataupun palsu. Menggelapkan wang RM600,000 oleh seorang ustaz bukan berita tidak logik? Logik, banyak ulama yang jadi hantu dan perogol. Tetapi perkara pokok yang perlu dikaji sebelum mereka-reka cerita itu apakah Pas Pulau Pinang mempunyai wang sebanyak itu. RM600,000 bermakna lebih setengah juta? Banyak weii... tidak masuk akal kalau Pas Pulau Pinang mempunyai sebanyak itu.

Tidak munasabah! Pas tidak ada kerajaan di Pulau Pinang. Jadi dari mana wang itu nak digali bagi menghadpai pilihan raya? Lainlah kalau di Kelantan. Pas memerintah Kelantan selama 18 tahun. Banyak kawasan balak yang diberikan kepada taukeh Cina dengan harapan imbalan diberikan kepada parti untuk menghadapi pilihan raya. Memang wang di Kelantan melimpah ruah. Tetapi tidak di Pulau Pinang, jadi di mana Salleh nak gagar wang sebanyak itu?

Rakyat yang otaknya sihat dan mengenali Pas serta pemimpin mereka tidak mudah menelan berita itu. Mereka hanya akan ketawa saja mendengarnya kerana ketidakmunasabahannya. Betapa fitnah kering itu menunjukkan kelemahan strategi dan akal politik UBN untuk mempengaruhi rakyat. Begitulah selalunya lagak orang dalam keadaan terdesak. Kesian kepada UBN...

Apabila isu atau fitanh yang dicipta tidak masuk akal menyebabkan ia akan memakan diri UBN sendiri. Pembohongan ke atas Pas itu menyebabkan pengundi akan lebih yakin lagi penjelasan mengenai calon UBN tidak terbabit dengan penyelewengan wang pekebun kecil itu getah, adalah bohong kurba. Dan bohong kurba itu terjawab kini apabila rakan kongsi Rohaizat sudah tampil memberi tahu cerita sebenarnya bagaimana proses penggelapan itu berlaku.

Kesimpulannya mengenai tuduhan ini, Pas tidak perlu gelabah dan menari ikut rentak UBN. Baik Salleh maupun Mujahid tidak payah memikirkannya. Pengundi Permatang Pasir sudah arif dan dapat mengagak sendiri mengenai kebenarannya. Adalah baik kalau Pas mendiamkan diri dan jangan layan adu domba itu. Kalau dilayan ia akan jadi semakin membekah dan silap-silap perhitungan Pas boleh terperangkap dalam jerat yang dibukakan itu! [d'kota kl 10:40 pm 20/08/09]

3 comments:

firdaus said...

terasa pelik dengan UMNO ni..

setelah beberapa kali p'raya kecil dalam masa 2 tahun ini mengapa UMNO sering terlepas pandang terhadap keperibadian calon-calon mereka

UMNO sememangnya tak ikhlas pada rakyat.. dengan duit mereka fikir boleh menang..

sampai bila orang Melayu terus dianggap yang tak tercerdik di dunia akibat tempias dari UMNO !

karim said...

Ape kata kalau betul perkara ni adalah fitnah yang diada2 kan oleh UBN, elok rsnye PAS Pusat umumnye & PAS Penang (Ust. Salleh Man & Dr. Mujahid)khususnye, menfailkan saman malu keatas kenyataan ni. Jangan lepas peluang keemasan ini, seperti cth ape yang telah dilakukan oleh YB Mahfuz, buta2 je dapat RM150k, pastu nama pun bersih. Duit tu boleh masuk dlm tabung PAS.

ahligugel said...

nak saman sapa en karim? blog yang membuat fitnah itu takde 'profile', takde nama atau tuanpunya yang zahir, kalau blog MSO ni ada juga namanya En Sayuti, bolehlah saman, tapi kalau blog-blog pro-umno yang sebar fitnah itu kebanyakan tuannya sorok kepala, barangkali telur pun takde.