Thursday, August 20, 2009

Perjalanan Pattani 2

Tulisan Jawi Alat Kempen Keselamatan di Thai

KETEGANGAN dan pergolakan yang berlaku di empat wilayah di Selatan Thai sejak empat tahun lalu benar-benar merisaukan pihak berkuasa Thai di Bangkok. Tanda-tanda pergolakan itu akan berhenti dalam masa terdekat masih belum kelihatan. Dalam masa sama juga kerajaan Thai memperhebatkan kawalan dan pemantauan di wilayah bergolak berkenaan.

Kehadiran dikatakan lebih 100,000 tentera Thai yang menghijau bumi wilayah bergolak itu tidak menyelesaikan masalah. Kemunculan tentera bersama dengan pelbagai kelengkapan perang itu tidak lebih daripada psywar untuk menunjukkan kekuatan dan prihatin pihak Bangkok kepada wilayah berkenaan saja. Manakala dalam masa sama juga kemunculan pasukan bersenjata itu menambahkan lagi tahap kemarahan pihak tertentu kepada kerajaan Thai.

Bagi sesetengah orang kehadiran tentera itu menganggu dan menyemak mata memandang. Kemuculan itu sekaan menafikan keadaan empat wilayah milik Melayu sebelum ini.

Kehadiran tentera itu juga sedikitpun tidak menggerunkan pihak yang membuat kekacauan yang sehingga berlaku pergolakan. Kawalan di pos-pos keselamatan diwujudkan tentera yang berselerak di tepi jalan dan sekatan jalanraya hanya berjalan di siang hari saja. Menjelang Maghrib semua kawalan ditinggalkan. Dari jam 6:00 petang sudah tidak kelihatan lagi tentera Thai membidik senjata sambil mundar mundir di sepanjang jalan raya dan bandar.

Dalam berbagai usaha mengatasi masalah itu ia termasuk juga menggunakan budaya asal penduduk Pattani iaitu tulisan jawi. Berbagai notis di pasang di bandar Yala, Pattani dan Narathiwat yang membawa mesej supaya menghentikan pergolakan itu dibuat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi.

Salah satu notis ialah meminta para penunggang motosikal membuka pelana (tempat duduk) motosikal masing-masing apabila ianya diparking. Notis ini ditampal hampir semua tiang eletrik di tengah-tengah bandat berkenaan. Langkah ini diambil sebagai memastikan motosikal yang diparking itu tidak membawa sebarang bahan letupan.

Kejadian meletup bom sebelum ini melibatkan penggunaan motosikal. Bom diletakkan pada motosikal kemudian diparking di tempat-tempat strategik dan diletupkan dengan mengguna telefon bimbit sebagai alat kawalan jauh. Dengan membuka pelana motosikal, ia memberi keyakinan bahawa motosikal yang diparking itu tiak membawa bahan letupan.

Namun notis itu tidak memberi kesan. Ia diterima sebagai notis larangan supaya jangan merokok saja kerana ia membahaykan kesihatan. Penunggang tidak pun mematuhi notis berkenaan. Keenggan atau sikap ini memberi mesej bahawa pnunggang motosikal dan khasnya penduduk di wilayah bergolak itu tidak sedia memauhi arahan tentera. Mereka juga tidak gentar dengan apa yang berlaku kerana sudah terbiasa sangat.

Apa yang dapat ditafsirkan daripada notis bertulisan jawi itu menggambarkan pihak berkuasa, tentera sangat terdesak dengan apa yang berlaku di selatan Thai itu. Walaupun mereka membenci budaya Melayu tetapi kerana terdesak terpaksa juga digunakan tulisan jawi untuk mencapai tujuannnya membawa kesejahteraan di Patani, Narathiwat, Yala dan Songkla [wm.kl. 10:15 am 20/08/09].

No comments: