Thursday, August 13, 2009

Selepas Subuh

Khairy Sedang Mencari Lubang Dalam Pembangkang?

SEMALAM satu email dari Gerak Anti Korupsi (Gerak) masuk ke box email saya memaklumkan mengenai pembatalan debat antara Ketua Dewan Pemua Pas, Nasarudin Hassan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atas tajuk; Rasuah dan Masa Depan Negara: Di Mana Peranan Pemimpin Muda Politik. Debat itu sepatutnya berlangsung hari ini.

Menurut email tersebut pembatalan itu kerana ianya tidak mendapat persetujuan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Apakah Gerak sebelum menuar-uarkan mengenai perdebatan itu tidak bertanya dulu kepada Khairy sama ada setuju atau pun tidak. Adalah tidak profesional kalau atur majlis tanpa bertanya kepada tuan badan sendiri. Itulah jadi akhirnya, rosak!

Hairan juga saya kenapa Khairy kali ini tidak berminat untuk berdebat? Sebelum ini beliau suka mencari publisiti dan populariti menerusi debat. Apakah beliau takut dengan Nasarudin? Tidak akan terjawab hadith-hadith dan ayat-ayat Quran yang akan dibaca oleh pemimpin muda Pas asal Terengganu itu?

Saya tidak fikir begitu. Kalau dengan bekas naib presiden Pas beliau berani turun ke Kota Bharu untuk berdebat, kenapa dengan Nasarudin pengecut pula. Tidak logik. Apakah dalam perkiraan Khairy ilmu agama Nasaruddin lebih tinggi daripada ilmu agama bekas naib presiden Pas itu? Al maklumlah Nasarudin kelulusan timur tengah.

Atau apakah kerana minatnya kepada Umno ke belakangan ini sudah mengendur selepas tidak dilantik menjadi menteri walaupun menang. Apakah ini menjadi puncanya maka beliau hilang keghairahan dan hilang keberanian untuk berdebat?

Ataupun juga menantu bekas Perdana Menteri itu malu untuk turun ke gelanggang kerana takut cemuhan Mahathir kepadanya yang menang kerana politik wang menjadi phobia. Khairy takut nanti dalam perdebatan itu ada penonton yang kurang senang dengan hujah-hujahnya akan mengajuk kata-kata Mahathir ke atasnya.

Dalam pada itu ada juga terdengar cakap-cakap senja minat Khairy kepada Umno akhir-akhir agak tawar. Beliau dikatakan kecewa dengan presiden Umno dan mereka yang menguasai parti itu kini. Lantaran itu dalam masa sama beliau dikatakan telah menghubungi orang-orang tertentu dalam pembangkang. Ada yang dihubungi menerusi perantaran dan ada juga yang dikirimkan SMS. Beberapa pemimpin pembangkang ada memaklumkan kepada saya mengenai SMS gannjil dari Khairy.

Seorang pemimpin pembangkang terkejut tiba-tiba beliau disapa Khairy menerusi telefon. Katanya sudah bertahun Khairy melupainya tiba-tiba saja nombor telefonnya diingat semula Khairu. Perbuatan Khairy itu satu mengejutkan kerana tidak pernah dibuatnya sebelum ini.

Tidak diketahui pula apakah maksud dan tujuan dia berbuat begitu? Apakah hubungan itu atas dasar persahabatan dan mengenali tokoh pembangkang itu atau kerana ada agenda lain?

Apakah Khairy kini sedang mencari ruang dalam pembangkang setelah ruang dalam Umno tertutup? Yang jelasnya peranan Khairy dalam Umno semakin mengecil. Ruangnya dalam Umno persis lubang buluh yang meruncing, makin lama makin sempit, makin sempit dan akhirnya menyebabkan dia akan tersumbat dan lemas.

Apakah Khairy menyedari ada pihak tertentu dalam Umno sedang berusaha untuk menyingkirkannya. Saki baki orang yang kalah dengan beliau dalam perebutan jawatan ketua pemuda tempoh hari terus berusaha untuk melenyapkannya dari Umno. Kepercayaan masih ada kalangan pemuda Umno, kepimpinan pemuda Umno ternoda dengan adanya Khairy di situ. Khairy menjadi libaliti kepada Umno bukannya aset lagi. Jadi imej ini perlu dikikis dan Khairy perlu dinyahkan demi memulihkan prestasi Umno.

Melihat kepada usaha puak-puak dengki dengan Khairy itu tidak mustahil kalau dalam pilihan raya akan datang Khairy tidak akan diberikan peluang bertanding di Rembau lagi. Khabarnya juga Umno sedang persiapan seorang tokoh untuk mengganti Khairy di Rembau. Kerja-kerja memburukkan reputasi Khairy di Rembau sedang berjalan.

Apapun penolakan Khairy untuk berdebat dengan Nasarudin itu saya rasa bukan kerana dia pengecut tetapi ada mesej lain yanh cuba hendak dihantarkan oleh beliau. Mungkin dia merasakan tidak perlu berdebat mempertahankan Umno sebab Umno sedikit pun tidak menjaga air mukanya.

Sebagai maskulin yang ada maruah dan integriti tentu Khairy terasa dengan apa yang dilakukan Najib Razak terhadapnya dan beliau sedang menyiapkan diri untuk membalasnya. Kejangilan Khairy sehari dua ini ialah apabila beliau tidak menyambut ludahan Muhyiddin ke atas Anwar sebagai pengkhianat bangsa. Yang jelasnya Pemuda Umno tidak angkat sepanduk ikut mengutuk Anwar. Kenapa? Adalah ceritanya. [wm.kl. 7:10 am 13/08/09]

3 comments:

Anonymous said...

Assalam mualaikum Pak MSO,
Hati-hati dgn KJ, dahulu di zaman Kerajaan Melayu Melaka kita sudah ada Tun Mutahir, selama 22 tahun dahulu kita ada Tun Dr Mahathir dan harap-harap kita tidak akan mempunyai Tun KJ sebagai pemimpin kita di masa akan datang.

Satu igauan yang mengerikan. Tetapi fikir kembali, KJ hanya mahu mengambil perhatian pemimpin2 UMNO. Cuma saya merasakan ianya tidak dipandang sangat oleh pemimpin2 UMNO kerana kerosakan yang dilakukan beliau selama 4 tahun beliau berkuasa.

Tuan Khemah said...

Inilah politik dan inilah UMNO.Jika yang dibenci adalah induk,tunas pun wajib dihapuskan.Khairy terpaksa memikul beban atas kegagalan PM yang dihambat keluar olih ahli UMNO sendiri.Kegagalan bekas PM juga dikatakan berpunca dari kegagalan strategi pasukan penasehat yang diketuai Khairy dan Dr M menamakan kumpulan tingkat 4.
Jika perbandingan ketelusan 4 bulan Najib sebagai PM dilakukan,nampak Khairy dan kumpulan penasehat bekas PM tidaklah gagal sepenuhnya.Sekurangnya mereka berjaya membuka ruang bebas berbicara,bebas berdemontrasi dengan halangan yang minima.Biasalah sebagai orang politik,Khairy juga akan menunjuk belangnya sewaktu ia masih ada bisa tetapi kesan tindak balas kepada musuhnya tidaklah seburok yang dihadapi olihnya waktu ini.
Umum menyedari terpinggirnya Khairy bukanlah disebabkan olih Najib.Walaupun Najib sebagai PM,diperingkat awal perlantikannya dikatakan masih ada kuasa lain yang mencaturkan barisan kabinetnya.Dan tentulah nama Dr M tidak bolih ditinggalkan sebagai orang dibelakangnya.
Alasan bahawa Khairy ditugaskan untuk memperkukuhkan Pemuda UMNO sebagai justifikasi penyebab ia tidak dilantik kesebarang jawatan kabinet hanya bolih diterima olih AJK dan ahli UMNO yang tidak terdedah pada maklumat media online.
Menjadi Ketua Pemuda parti tanpa kuasa menteri seperti menjadi seorang GM yang tertakluk kepada keputusan CEO nya.Tiada peruntukan dan tiada kuasa memperuntukan.Jesteru itu tidak heranlah jika dalam FAM walaupun selaku Timbalan Presiden,Khairy gagal menyelamatkan My Team daripada tersingkir dalam saigan bola Malaysia.Punchanya tiada ada penaja,dan penaja tiada kerana Khairy tiada lagi ada kuasa.
Untuk melihat Khairy berubah arah,mengikat salam persahabatan politik dengan Anwar atau Hadi,mungkin agak mustahil pada waktu ini.Ini bukan sebab kreabiliti politik Khairy kerana ia bukan ciri utama oran politik sewaktu menentukan dan menerima sahabat baru,tetapi FAIL lama sebagai penghalangnya.
Apa yang diperlu olih Khairy hanya bersabar dan had sabar itu edahnya selagi orang tua masih ada dan masih bolih bersuara.Mungkin tidaklah lama,kerana sekarang pun sudah lebih 83.

Pak Brahim said...

Khairy juga akan tersenarai diantara pemimpin-pemimpin UMNO yang tersingkir kerana kelantangan beliau menentang arus.
Mungkin juga Khairy akan menjejaki DSAI bingkas melawan kezaliman.
Wallahuaqlam.