Saturday, August 1, 2009

Catatan Sebelum Berarak

Himpunan: Melayu Jangan Jadi Alat

SEMUA pihak yang akan turun berhimpun kemudian berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan dua memorandum, mansuhkan ISA dan pertahankan ISA mungkin sudah siap sedia. Sudah ada yang mengenakan baju t shirt yang dicetak khas untuk dipakai petang ini.

Mungkin juga ada yang sudah membeli tuala kecil dan air mineral untuk dibawa. Tuala kecil dan air mineral penting dalam medan tunjuk perasaan begitu kerana ia akan jadi senjata pelindung dan penawar untuk mengurangkan rasa pedih takala terkena gas pemedih mata ataupun water cannon.

Semuanya bersemangat. Mungkin ada yang tidak tidur daripada semalam kerana memikirkan himpunan hari ini. Yang duduk jauh di Kedah, Kelantan atau Terengganu juga mungkin sudah sampai ke ibu negara malam tadi. bermalam di hotel, surau atau di masjid. Apa lagi ia berlaku pertembungan antara pro ISA dengan anti ISA himpunan petang ini dirasakan menarik.

Perasaan mereka yang akan hadir atau memberi perhatian kepada himpunan ini yang dijangka melibatkan lebih 50,000 bagi kedua-dua kumpulan melihat dalam dimensi berbeza. Ada yang menganggap himpunan itu serius dan penting dan tidak kurang pula yang merasakan ia sebagai satu tekanan politik ke atas UBN saja.

Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik atau baru terlepas dari halangan AUKU kerana sudah tamat pengajian melihat himpunan petang ini penting dan menjadi gelanggang buat mereka melatih menjadi pemimpin. Bagi mereka himpunan dan tunjuk perasaan itulah satu-satu cara untuk menegakkan keadilan dan menuntut kebenaran. Cara lain yang lebih diplomasi dan menggambarkan ketinggian akal budi bangsa sudah tidak ada lagi. Perundingan, tidak perlu kerana ada pihak yang tidak boleh dipercayai dan diberi kepercayaan kerana sikap munafik mereka! Lagipun demonstrasi adalah hobi kalangan muda.

Apa lagi para pemimpin juga turut sama memberi semangat. Dalam hal ini pemimpin Pas nampaknya lebih bersungguh berbanding dengan pemimpin PKR dan DAP. Komander himpunan ini ialah Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub. Kenapakah jawatan ini tidak dipegang bersama oleh dua parti Pakatan lain, DAP dan PKR? Apakah anggota Pas lebih ramai menjadi mangsa ISA berbanding dengan DAP dan PKR maka keutamaan itu diberikan kepada Pas? Apakah Pas mengira jika ISA dimansuhkan mereka akan mendapat sokongan tambahan dari oang Cina dan Melayu?

Kesungguhan Pas ini semakin jelas apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang juga akan turut sama hadir. Mulanya Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat akan ikut sama hadir. Beliau menyatakan sejak awal-awal lagi akan hadir. Kalau pun petang ini beliau tidak hadir tidak menjadi masalah, yang penting beliau telah memberi restu atas perhimpunan itu. Mungkin gambar-gambarnya akan turut sama diarak oleh anak-anak muda sebagai simbolik yang Musyidul Amnya itu juga hadir.

Sekiranya Pas yakin dan percaya tunjuk perasaan itu satu-satunya jalan penyelesaian dan makenisme berkesan dalam menuntut sesuatu perkara, nah... ia perlu diteuskan. Tetapi soalnya apakah sudah tidak ada cara lain yang lebih lunak dan tidak melibatkan massa untuk memperbaiki sesuatu keadaan? Apakah jalan perundingan sudah tertutup dan bukan satu cara lagi dalam menyelesaikan masalah bangsa dan negara?

Berarak ramai-ramai sambil membawa sepanduk, kain rentang dan melaungkan berbagai slogan menyeronokkan. Ia menjadi aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan. Namun begitu ia tidak cukup setakat mendapat kelabaan itu saja tanpa melihat apakah natijah daipada tindakan itu.
Kita tidak mahu melakukan kerja yang sia-sia yang bersifat hora hore.

Barang kali segenap daripada kita perlu menilai apakah siri-siri tunjuk perasaan sebelum ini membuahkan hasil. Apakah kerajaan akur kepada tuntutan yang disuarakan menerusi tunjuk-tunjuk perasaan dan himpunan desakan? Dan apakah semua isu boleh diangkat ke atas jalan raya? Ini semua perlu dinilai dengan sifat dan sikap politician yang arif dan bijak.

Penghujung tahun 2007 diadakan himpunan 100 ribu anjuran Bersih kerana menuntut pilihan raya adil dan telus. Kira-kira 40,000 telah turun berarak dan menuju ke istana negara. Perhimpunan dikira terbesar selepas pasca pengkapan Anwar Ibrahim.

Apakah selepas memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, rakyat memperolehi pilihan raya bersih dan telus? Apakah SPR telah memenuhi tuntutan Bersih itu. Apakah pilihan raya ke-12 lalu wujud kebersihan dan ketelusan yang diingini itu?

Begitu juga dengan pelbagai tuntutan lain yang dijeritkan menerusi tunjuk perasaan? Kenaikan harga minyak dan barangan yang diadakan secara bersiri di perkarangan KLCC? Apakah kerajaan akur dengan segala tuntutan-tuntutan itu? Berapakah harga minyak dan barangan diturunkan? Apakah harga minyak diturunkan kerana perarakan itu ataupun kerana kebetulan harga minyak dunia jatuh?

Dalam penilaian saya hasilnya daripada tuntutan-tuntutan menerusi tunjuk perasaan itu tidak seberapa. Ia tidak mengugat kerajaan sehingga memaksa kerajaan memenuhi segala tuntutan itu. Rakyat tidak mendapat manfaat besar daripada cara itu. Malahahn kerajan seolah tidak penah mendengar segala tuntutan yang dibuat menerusi demonstrasi itu yang mana menjadikan demonstrasi itu sebagai kerja sia-sia saja dan menyusahkan banyak pihak.

Lantaran itu jadilah tunjuk perasaan itu sebagai tekanan ke atas kerajaan sahaja. Ia menganggui kerajaan untuk mentadbir negara. Dan kalau inilah tujuan sebenarnya di sebalik tunjuk perasaan itu ia bolehlah dianggap berjaya? Boleh jadikan tunjuk peasaan sebagai senjata untuk menjatuhkan UBN. Maka ia mungkin boleh diteruskan selagi UBN tidak tumbang.

Pun begitu timbul persoalan di sini apakah tunjuk peasaan itu disertai semua lapisan masyarakat berbilangan kaum. Misalnya dalam tunjuk perasaan dianjurkan Pakatan Rakyat baik dalam semua isu, apakah ia mendapat sambutan dan penyertaan penyokong dan ahli parti komponen Pakatan lain terutamanya DAP?

Pernahkah kita menilai sejauh mana komitmen penyokong DAP dalam hal ini. Dalam beberapa puluh tunjuk perasaan yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur penyertaan penyokong DAP jauh lebih rendah berbanding penyokong Pas, kecuali dalam tunjuk perasaan di Perak nampak penglibatan DAP agak ramai sikit.

Yang menonjol ialah orang Melayu, ahli Pas dan PKR. Orang Pas sahajalah yang ralik keluar ke jalan-jalan rakyat menyuarakan bantahan. Orang Paslah yang menguruskan tunjuk-tunjuk perasaan itu seolah-olah Pas pakar dalam membuat perarakan atau demonstrasi. Sebaliknya pula apabila sampai masa membahagi hasil kejayaan itu Pas dilihat parti yang kecil.

Petang ini kita mahu tengok berapa ramaikan ahli dan penyokong DAP akan menyertai perhimpunan itu. Kerana isu yang dihadapi kini adalah isu bersama dan bukan terkhusus kepada isu umat Islam. Kita tidak mahu himpunan hari ini didominasi orang Melayu saja sementara bukan Melayu khasnya yang menyokong DAP hanya dua tiga kerat sahaja.

Kita tidak mahu hanya Lim Kit Siang, Lim Gung Eng, Tian Chua atau Ronnie Liu sahaja yang hadir. Sekurang-kurangnya hari ini masyarakat Cina dari DAP akan mengisi suku daripada jumlah himpunan. Sekiranya jumlah masyarakat Cina yang kaluar petang ini tidak sampai suku ini bermakna, mereka hanya menguntip untung daripada apa yang berlaku saja, iaitu petembungan Melayu UBN dan Melayu Pakatan.

Jika berpandukan kepada dakwaan Pakatan Rakyat bahawa mereka semakin mendapat sokongan bukan Melayu, himpunan hari ini setidak-tidak jumlah yang hadir di pihak anti ISA sama banyak, Melayu 45%, Cina 30% dan India 25%. Sekiranya angka ini tidak diperolehi maka jelas himpunan dalam menuntut hak bersama petang ini, Melayu hanya jadi alat. [wm.kl. 12:55 t/hari 01/08/09]

6 comments:

Pantherian said...

Tulisan persis di kolum Cuit di Utusan Malaysia..suruh Melayu benci kaum bukan Melayu.

Kata Melayu jadi alat kaum bukan Melayu.

MSO on MSO..maaf kali ini saya tidak bersetuju dengan tulisan anda.

Yang ditahan ISA sekarang majoriti Melayu..

zahirsyabin said...

Pada pendapat saya, apa-apa perubahan atau penambahbaikkab pada ISA, kebajikan ahli keluarga yang ditahan ISA perlu dibawah jagaan kerajaan. Ibu bapa, isteri dan anak-anak mereka perlu diberi nafkah oleh kerajaan kerana mereka ini ditahan tanpa bicara. Kerajaan perlu menjaga kebajikan keluarga mereka, dengan ini tiada yang melarat jika ketua keluarga ditahan.

Masterzizoul said...

cuba tengok jumlah yang ditangkap nanti... berapa ramai bangsa lain selain melayu..atau cuma melayu sahaja. ya, mereka pandai mereka lagi bijak... sebelum perang kokok dengan kuat masa perang batang hidung x nampak.. menyorok takut... melayu melayu

melikapakjangak said...

Berani buat berani kena berabi tanggunglah. Kalau masa buat tak fikir tentang apa yang bakal ditanggung oleh anak isteri/anak suami, kenapa bila diISAkan, anggota keluarganya kerajaan pula yang kena tanggung?
Kena tengok dan kena fikirkan secara rasional kenapa orang lain tidak kena ISA tetapi kita kena ISA.
Begitu juga yang kena tangkap kerana perhimpunan haram, patutkah minta kesusahan dan kerugian ditanggung oleh kerajaan?
Yang menentang adalah penentang kerajaan, pihak kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat sebagai defenden kena guna kuasa-kuasa dan kemudahan yang ada untuk menangkis tentangan.
Kerajaan dibentuk hasil mandat rakyat melalui pilihanraya, bukan melalui rampasan kuasa tentera. Nak jatuhkan kerajaan yang ada gunakanlah saluran pilihanraya, jangan guna rusuhan. Kalau masih ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya, ubah strategi sehingga kita boleh diterima. Jangan kerana etak kita tak laku dijual, maka bakul etak orang mahu ditelengkupkan. Pakai kepala berakal, jangan pakai kepala lutut kalau mahu jadi pemimpin yang mendapat sokongan majoriti dan mahukan rakyat beri mandat.
- RAMLI ABDUL HALIM

suparjo@blogspot.com said...

Kalau PR memerintah dan puak umno nak demo pun PR akan kerah FRU hentam umno. Politik Malaysia dalam kitab yg sama, maka hasilnya sama.

IES Agencies said...

Bang MSO, say memang sedih tadi tengok ramai yang datang melayu, boleh dikatakan overwhelming majority melau, ramai yang pakai kopiah lak tu

Pantherian, mungkin you tak suak Utusan tapi ada betul apa yang dikatakan di sini

Pas sering dihentam oleh penyokong PKR dan DAP, ktanya PAS patut berterima kasih ada DAP dan PKR lalu boleh menikmati soongan bukan melayu

mungkin playar blog MSO yang bernas ni dah sebati dengan kata kata ini tapi saya nak ulang juga untuk yang belum pernak mendengarnya

saya rasa PKR dan yang paling penting lagi DAP perlu berterima kasih pada PAS kerana bulan hijaul;ah yang membolehkan mereka menerima pangkahan orang Islam yang sebelum ini tak tergamak nak pangkah roket

itulah nasib PAS

Nak ke arah Umno masih terasa luka... ikut PKR dan DAP kena kuda... saya harap PAS dapatlah pikirkan semula strategi antara Umno dan PKR agar Melayu dapat bersatu dan sama sama kuatkan bangsa