Sunday, May 11, 2008

Peringatan

Awas Jangan Terperangkap Dengan Teori Hantu

SEMUA pihak menanti peristiwa bersejarah dalam negara iaitu penghijrahan beramai-ramai ahli Parlimen BN untuk menyertai pembangkang. Apa yang dibayangkan Anwar Ibahim tidak mustahil berlaku; iaitu terdapat 30 ahli Parlimen menyatakan kesediaan untuk bersama Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan Malaysia baru.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Mahathir Mohamad juga tidak mudah menolak dakwaan itu. Mereka berdua tidak merasakan dakwaan itu sebagai karut melainkan ia perlu dibimbangi oleh BN dan Umno.

Terbaru Mohd Najib Razak juga sudah terkena sindrom takutkan kepada peristiwa itu. Dalam satu majlis beliau memberi ingatan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan khianat parti. Apa dan kenapa Najib berkata demikian? Apakah beliau juga sudha terhidu beberapa pertemuan sulit antara beberapa MP dengan Anwar atau wakilnya beberapa hari lalu?

Bagaimana pun dalam menanti saat bersejarah itu orang ramai perlu berhati-hati dan tidak payah gopoh menerima apa juga berita mengenainya. Mereka jangan pula sampai terperangkap dengan berbagai teori hantu mengenai kemungkinan perisitiwa itu berlaku. Bermacam-macam teori kini dibentagkan kepada umum berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu pihak BN juga dikatakan sedang membuat berbagai persiapan bagi menghalangnya kemungkinan ada MPnya akan berhijrah. Langkah ini termasuklah menyebarkan khabar angin bertujuan untuk menghilangkan keyakinan orang ramai mengenai kemungkinan itu. Salah satu tektik ialah dengan memberi tarikh-tarikh tertentu mengenai perhijrahan itu.

Terbaru heboh disebarkan kononnya pada Rabu hadapan, 17 ahli Parlimen akan menyertai Pakatan Rakyat. Seorang bergelar Tan Sri dipetik sebagai sumber khabar berkenaan. Jelas berita ini hanya rekaan semata-mata dan satu strategi untuk menghilangkan keyakinan orang ramai berhubung dakwana berkenaan.

Adalah dipercayai selepas Rabu ini akan adalah pula tarikh-tarikh baru yang akan disebarkan kepada umum. Matlamat mereka ialah untuk memberi gambaran kepada umum bahawa berita atau kemungkian berlakunya dakwaan Anwar itu hanya bohong semata-mata. Mengenang teori ini teringat kita kepada teori bagaimana Ku Li akan menjadi PM. Ianya dicanang sejak bertahun lalu dengan penun suspen, sistemetik bagaimana pun berakhir ianya berakhir dengan putih mata.

Sebenrnya bila penghijrahan itu akan berlaku tidak siapa ketahui. Cuma kalau pun kini ada ialah rundingan dengan beberapa pihak tertentu dari pihak Anwar dan juga dengan beberapa ahli Parlimen. Itu sahaja dan ia masih dalam peringkat embargo.

Kepada mereka yang ingin melihat terbentuknya kerajaan baru bersabar dan jangan mudah terpanggil dengan berbagai sebaran dan teori-teori hantu. Yang penting, kerajaan hari ini akan bertukar tangan pada tahun ini juga kerana keinginan rakyat terhadap perkara itu sudah mendesak. Perlu diingat digit-digit empat, enam dan lapan adalah digit yang memberi tuah kepada Anwar. [wm.kl. 7:20 pm 11/05/08]

2 comments:

Ajeem said...

Saya menyokong penuh kenyataan saudara bahawa jangan mudah mempercayai sesuatu perkara yang berlaku.sebelum perkara tersebut disahkan sendiri oleh DSAI jangan sesekali mempercayainya.
Kita mesti yakin bahawa penghijrahan dan pembentukan kerajaan pusat yang baru pasti berlaku.cuma masanya hanya Tuhan yang tahu.
sama-samalah kita 'tunggu dan lihat'.salam perjuangan.

http://egimbb.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Pada pandangan saya 14 mei ini bukanlah peristiwa penghijrahan yang seperti yang di gembar gemburkan tapi ada isu yang sangat besar yang ingin dimaklumkan oleh Datuk Sri Anwar. Penghijrahan hanya gimik untuk menarik perhatian pemerhati politik dan media bagi menjadikan isu tersebut menjadi perbincangan awam dan membolehkan Datuk Sri Anwar mengambil keputusan berdasar pendapat yang popular.