Wednesday, July 1, 2009

Susupan Malam

Kerajaan Pas Kedah Masih Stabil

TINDAKAN DAP Kedah mengumumkan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat hari ini tidak menjejaskan kerajaan Pakatan dibawah pimpinan Azizan Abdul Razak. DAP hanya ada seorang saja Adun dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.

Kerajaan Pakatan (Pas - PKR) masih lagi menguasai DUN Kedah dengan kelebihan enam kerusi. Kedudukan terbaru dalam DUN Kedah kini, Pas 16, BN 14, PKR 5 dan DAP 1. Kesemua jumlah Adun Kedah ialah 36 orang.

Dari segi kedudukan mengikut bangsa pula, 31 Adun Melayu, empat Cina dan satu India.

Bagaimana pun tindakan DAP itu sedikit sebanyak mengoyangkan kerajaan Kedah. Sudah tentu perkembangan terbaru itu menyebabkan Azizan Razak tidak berapa lena tidur. Sekiranya Adun DAP menurut keputusan DAP untuk tidak bersama PKR sebaliknya berpihak kepada UBN, kedudukan BN di Dun kini bertambah menjadi 15 kerusi.

Dengan kedudukan itu UBN masih tidak dapat berbuat apa-apa kerana Pakatan masih menguasi Dewan Undangan Negeri Kedah.

Bagaimana pun dengan perkembangan yang berlaku hari ini Pakatan Rakyat khsusnya Azizan harus berbuat sesuatu untuk memastikan kerajaan beliau yang berusia setahun lebih itu stabil. Tidak mustahil kalau keadaan yang dicetuskan DAP itu tidak dibendung ia akan membawa kepada pergolakan lebih parah sehingga memungkinkan kerajaan itu juga akan bertukar tangan seperti mana berlaku di Perak.

Sesungguhnya untuk mengembalikan ketenangan di Kedah dengan apa yang berlaku hari ini memerlukan kebijaksanaan Menteri Besar itu. [wm.kl. 8:45 am 01/07/09]

10 comments:

mantaro said...

YB Thomas ,merupakan ADUN DAP di Perak,Pengerusi DAP Kedah/Perlis.Terfikir juga mengapa terlalu mengikut perasaan..Ipoh dahulu pun banyak kandang babi,ditepi lebuhraya MENJEJAS ALAM SEKITAR.Tidak pula DAP bantah tindakan BN pindah ke ladang BIKAM,Bidor.
Bising pula masa Selesema Babi.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

jika kerajaan selangor kita difahamkan agak sukar untuk mengadakan soal dasar untuk menghapuskan premis judi tetapi barangkali situasinya agak berlainan dinegeri kedah,jadi kita juga ingin tahu sejauh mana kerajaan kedah peka akan permasalahan maksiat ini ?

RBF Online said...

saya sbg ahli umno tidak rela jika bn menerima adun dap berkenaan menyokong bn.

bentuk saja kerajaan perpaduan pas-bn di kedah. kekalkan datuk seri azizan sbg mb. pas 6 exco dan bn 4 exco.

apa yg dibantah oleh dap hari ini adalah permasalahan org islam yg majoriti di kedah. umno kedah harus bertegas menyokong tindakan yg kerajaan kedah lakukan iaitu merobohkan kandang babi di kawasan majoriti org islam. harap umno kedah tidak menjadikan ini sbg isu politik utk menangguk di air keruh.

IES Agencies said...

kenapa nak dirisaukan DAP, dalam hal ini kit amelayu boleh buat pekak aje... tak de hal punya

rumah lapah babi tu didirikan secara HARAM...

uop said...

Walaupun saya bukan ahli PAS, tapi dalam situasi ini saya menyebelahi pimpinan MB Azizan. Disinilah orang melayu kena bijak berpolitik, ketepikan fahaman politik jika tindakan yang diambil oleh pimpinan MB baik untuk islam dam melayu. MB kedah mempunyai "kekuatan politik" yang utuh kerana mempertahankan kuota 50% keatas pemilikan rumah dan menjaga "sensitivity" umat islam. Tahniah.

Tuan Khemah said...

Inilah masanya kita nak tengok samada Melayu juga akan jadi babi.Cukup sudah rasanya Melayu menjadi barua pada satu kaum yang amat pandai dalam politik,satu kaum yang dapat membaca pemikiran orang Melayu.Kalau tak dapat sesuatu melalui MCA/Gerakan,DAP pula akan digunakan.Akhirnya semua yang dikehendaki mereka dapat dan Melayu mula menjadi babi untuk dipinggirkan.

مَعهَدين الُمعلمْ said...

dulu masa PAS ambil alih Kelantan pada tahun 1990 Tok guru Nik Aziz tutp semua premis judi dan arak menyebabkan cina-cina melenting.

tetapi setelah dirasionalkan oleh tok guru nik aziz keadaan menjadi stabil..

diharapkan MB kedah mendptkn nasihat MB kelantan dalam isu ini.

Anonymous said...

Kerajaan PAS tetap kukuh.... asal kan MElayu Islam memerintah aku sokong

Unknown said...

.molek sangatlah tu sheikh lepas ni bolehlah kita bermuzakarah dgn UMNO..utk mebentuk "UG"..tentu ramai org sukakan..pak nash,,pak nasha..cikgu pa.tak perlu pujuk biarkan diaorg mahu keluar....inilah masanya..utk bermuzakarah.....

Mv Agusta said...

Kalau dah bina secara haram, kenapa nak bising bila dirobohkan. Syabas MB Kedah. Kes ini hampir sama di Selangor, semasa YB Dr Khir baru menjadi MB Selangor, beliau telah mengarahkan PBT merobohkan semua kuil yg dibina secara haram sebagai tindakan pertama selepas beliau mengangkat sumpah. Perkara ini diambil kesempatan oleh PKR dan PAS dengan menjadikan isu politik. Nah sekarang, di Selangor selepas 16 bulan memerintah negeri oleh kerajaan PR, sebuah masjid pun tak terbina tetapi puluhan kuil baru telah tumbuh bak cendawan. Bia ditanya kpd pimpinan PKR dan PAS maka dijawab peninggalan kerajaan lama. Kes ini banyak berlaku di ibu negeri selangor, Shah Alam bandaraya melayu contoh. Inilah hasilnya bila janji kerajaan kebajikkan oleh PR. Tahniah