Orang Tengku Razaleigh Calon Di Galas
UBN telah menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusuf, 47 sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil Galas 4 November nanti. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin Yaasin di Bukit Cekati sekejap tadi.
Pemilihan Aziz itu menempati ramalan dan dugaan awal di mana orang Tengku Razaleigh akan digantungkan harapan untuk merampas kerusi Galas yang dimenangi Pas menerusi Allahyarham Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum lalu.
Pemilihan Abdul Aziz itu menunjukkan UBN memberi kuasa mutlak kepada Tengku Razaleigh yang dilantik menjadi pengarah bagi menentukan calonnya. Abdul Aziz dilihat orang Tengku Razaleigh Hamzah dan bersetia dengannya.
Pemilihan Abdul Aziz yang dikatakan bukan anak tempatan Galas kerana beliau lama di Limau Kasturi akan menimbulkan rasa kurang senang dari beberapa kalangan Umno Gua Musang. Sebelum ini sekurang-kurang tiga calon lain disebut-sebut layak untuk dipilih sebagai calon bahkan mereka dikatakan lebih berhak dan berkeupayaan baik dari segi ketokohan dan kelulusan.
Mereka ialah Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin, naibnya serta ketua Wanita Wan Hazani Md Noor yang juga seorang ahli senat.
Pemilihan Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa Umno Malaysia telah menswastakan pilihan raya kecil Galas itu kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh walaupun masih Ketua Bahagian dan ahli Umno namun beliau dilihat lebih bersendiri kerana masih berpegang kepada semangat Umno 1946. Begitu juga tindak tanduknya dalam isu-isu tertentu beliau terkeluar dari mainstream UBN.
Umno terpaksa menyerahkan tugas selaku pengarah pilihan raya itu kepada Tengku Razaleigh kerana untuk menjaga maruahnya. Sekiranya Umno membelakangkan Tengku Razaleigh mungkin kekalahan sudah tergenggam dalam tangan. Tengku Razaleigh tokoh veteran yang dikatakan masih berpengaruh di Galas dan mampu menarik sokongan untuk kemenangan UBN di Galas.
Ada khabar pada hari penamaan calon kelak akan tampil barisan penyokong setia Tengku Razaleigh dengan karektor ataupun lagaknya tersendiri yang berbeza dengan Umno. Apakah pada hari itu nanti akan memperlihatkan Umno telah berlaku pengasingan awal-awal lagi antara Umno Tengku Razaleigh dengan Umno Najib dan Muhyiddin?
Sementara itu dua malam lalu Pas telah mengumumkan calonnya Dr Zulkefli Mohammad bagi mempertahankan kerusi berkenaan. Zulkfeli sebelum ini pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleigh sebanyak dua kali namun tewas keduanya. Beliau yang menguruskan sebuah kliniknya sendiri dikatakan sudah sebati dengan masyarakat pelbagai kaum di Gua Musang khasnya Galas. [wm.kl.4:15 pm 24/10/10]
1 comment:
Pertarungan lebih setara.Dua calon yg boleh dikira memiliki kekuatan hampir sama.Peluang antara mereka 50:50. Sekarang yg berperang dalam ertikata yg sebenar ialah antara pengaruh Tokguru dgn pengaruh Ku Li.
Cakap siapa lebih masin mulut,cakap siapa lebih dipercayai,cakap siapa lebih ber'mukjizat',cakap siapa lebih 'kun,.Jika Tokguru lebih 'masin, maka calon PAS akan mengekalkan kerusi Dun Galas,jika sebaliknya Ku Li akan cipta sejarah.Auranya masih kebal.
Apa pun kekuatan PAS lebih terserlah,tiada masalah utk memilih calon.Calon direstui, calon diyakini oleh semua pihak.Calon PAS mendapat 'baiah' semua ahli PAS dan sekutunya.Sdgkan UMNO menghadapi masalah utk menentukan calon.Ada 3 pilihan lain selain calon yg diumumkan sepertimana Tuan MSO tegaskan dalam posting di atas.Bermakna, dari segi undi mungkin berlaku protes,berlaku belah bagi undi dari ahli2 UMNO.
Jika sedikit sahaja undi ahli UMNO berpindah dan berpihak maka UMNO akan tewas lagi.UMNO akan malu lagi,Ku Li berjaya 'dimalukan', Muhyiddin dan Najib perlu berkemas barang2 mereka di sekitar Putrajaya lebih awal utk bersiap sedia sebelum PRU13.
Jika Galas,UMNO terlepas dari galasan mereka,maka Batu Sapi
mungkin akan menjadi milik pembangkang juga,samada SAPP atau PKR.
Post a Comment