Thursday, October 21, 2010

Lintas Langsung Perhimpunan Agung Umno

Kenapa TV3 Tidak Tunjuk Wajah Muhyiddin?

APA jadi TV3 dengan Muhyiddin Yaasin. Di skrin tv berkenaan sekejap tadi sewaktu para pemimpin dan perwakilan perhimpunan agung Umno menyanyI lagu Umno dan BN, tidak sekali pun wajah Muhyiddin dipaparkan di skrin tv.

Wajah semua pemimpin lain di clouse-up tetapi tidak wajah Muhyiddin Yassin. Baik semasa lagu Umno dinyanyikan maupun lagu BN di dinyanyikan kira-kira lima minit. Apakah ada arahan supaya wajah Muhydddin digelapkan ataupun dijauhkan dari mata penonton?

Antara wajah-wajah yang di clouse-up di sepanjang kedua lagu itu dinanyanyikan ialah wajah Mahathir, anaknya Mukhriz dan bila kedua lagu itu berakhir ia memberi fokus khas kepada Rosmah Mansor. Apakah ini disengajakan ataupun ada arahan?

Perkara ini mungkin kecil tetapi ia memberi impak besar kalau diperhatikan dan dinilai dari sudut politik. Apakah kerana timbul pertentangan idea dan pendekatan politik di antara kedua pemimpin berkenaan akhir-akhir ini. Muhyiddin mahukan perjuang Melayu diuatamakan tanpa bertolak ansur.

Misalnya penegasannya bahawa tidak ada apologetik untuk memperjuangkan Melayu kontras dengan pandangan Najib yang hendak membawa model politik baru yang mengambil pendekatan inklusif, sedarhana dan demokratik. Apakah puncanya di sini?

Tetapi nyata sekali apa dilakukan Tv3 sekejap tadi menenggelamkan sama sekali Muhyiddin Yaasib sebagai timbalan presiden Umno yang mana hal-hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan kerana ia boleh memberi tafsiran serong. Agenda memisahkan Muhyiddin dengan Najib mungkin sudah bermula. [wm.kl.10:25 am 21/10/10]

8 comments:

Anonymous said...

hai ini la kerja koranasyik nak pecah belak kan silaturahim orang islam je..

bertaubat la

Dr.Sofiyan said...

Salam,

Saudara MSO,ulasan mcm ni xperlu la masuk dalam blog,nampak sangat tak cerdik. Saya juga pendokong pas,tetapi kalau dah sampai tahap itu pun saudara komen,nampaknya ummat melayu islam kita tidak bijak berpolik,terlalu taksub serta tidak matang memberi ulasan

mohd sayuti omar said...

Blog ini hak saya, saya mempunyai kebebasan mutlak untuk mengatakan apa saja. Sdr berdua boleh membacanya atau tidak saya tidak memaksanya. Ia tidak juga dikenakan apa-apa bayaran. Kalau sdr tidak suka dengan posting ini ya abaikan saja. Tidak semua saya mampu memenuhi kehendak intelektual anda. Apapaun terima kasih atas pandangan ikhlas itu.

zul said...

Sdr.MSO, saya bersetuju dgn pandangan sdr. Sebab itu saya sgt2 bersetuju dgn 'slogan' Pena Merah.. Jangan pedulikan apa yang orang katakan kepada kita, tapi kita kena peduli apa yang orang lakukan terhadap dunia... Teruskan mencoret...

ANAFAKIR said...

Hehehee..nak tergelak saya membaca komen Puan Zaharah dan Eb, Mohd di atas tu.Nampaknya perang psikologi dalam politik yg dipaparkan Tuan MSO tidak begitu 'kasyaf' oleh mereka berdua tu..entahlah.Dalam politik, berdehem,batuk2 kecil,, angkat bingkai kaca mata, garu dahi, garu kening, cuit hidung semuanya bermakna,bermaksud, bermaklumat.Jgn dipandang sepi itu semua.Politik manusia bermain strategi, berperang saraf, maklumat disampai secara pelbagai bentuk.Jika seperti yg ditegaskan oleh En. Mohd dan Pn Zaharah itu adalah dari hati mereka,maka mereka masih dikira politik kedai kopi.

Bacaan politik mereka belum halus..belum 'bijaksana', belum mencecah akil baligh dlm perang politik.Bukan niat saya utk menyokong hujah MSO dalam posting beliau tetapi saya setuju dan tidak menafikan apa yg cuba diungkaikan oleh MSO.Ada benar dan ada gerinya.Bukan saja2.

Mlm semalam pun,sewaktu sidang akhbar,Muhyiddin ada di sebelah Najib, kamera cuma fokus kepada wajah Najib sahaja,kenapa begitu?Sesekali sorot la sama wajah Muhyidddin di sebelah,ni tak..last, dihujung2 baru la kamera menampakkan rupa2nya Muhyiddin ada di sebelah Najib,kalau tak saya pun tidak perasa,mati2 ingat Najid sendiria.

Takpe Tuan MSO..benar kata tuan kat awal blog tuan ni,hanya kita yg kenal diri kita.Org lain hanya komen dari hati mereka,tidak tahu dan jauh dari tahu apa yg kita cuba sampaikan..

kp cht ibol said...

tapi gambar rosmah banyak sangat, tu yang something behind ???

JBS said...

Padan muka kau Zaharah dan Mohd. Kau orang macam editor Utusan Melayau pula, boleh nak arah orang (apalagi MSO, yang penuh dengan pengalaman dan memang kerjanya menulis) tulis itu dan ini. Orang dah beri maklumat di hujung jari tanpa membeli akhbar di kedai mamak pun dah cukup beruntung. Kau tulis lah sendiri, artikel apa yang kau rasa terlalu profesional dan amat tinggi rankingnya dan kau sesama sendiri baca sampai berbuih-buih mulut, aaa... baru kau tahu, rimasnya nak cari bahan untuk puaskan hati orang ramai, terutama orang yang dah rasa dirinya terlalu hebat. Baca sudahlah, tiada siapa yang melantik kau sebagai editor atau juri awam pun.

Dr.Sofiyan said...

Salam saudara,

Saya minta maaf atas komen saya tempoh hari. Dengan ini menarik balik komen saya pada October 21, 2010 11:03 AM.

Teruskan berjuang