Tuesday, November 9, 2010

Marah Tengahari

Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk!

SAYA sangat berdoa dan berharap semoga Zaid Ibrahim tidak mabuk apabila beliau membuat kenyataan dalam sidang media khas di rumahnya hari ini yang menyalahkan Anwar Dan Azmin yang menyebabkan PKR menjadi punca masalah dalam parti berkenaan. Saya berkata begitu kerana beliau sudah ke Makkah dan sudah bertaubat untuk tidak melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.

Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.

Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Sikap marahkan nayamuk membakar kelambu adalah bodoh.

Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.

Sesudah rumah siap baru dia mendekati PKR. Itupun selepas dipecat dari Umno. Beliau menggunakan alasan Umno korup, tidak demokratik maka beliau 'keluar' dari Umno. Betulkah? Hati yang tenang dan jiwa yang mulia dapat mengukur sejauh mana dakwaan itu. Saya percaya kalau beliau keluar dengan cara dipecat itu, kerana beliau tidak ada peluang berada dalam Umno. Jalannya dalam Umno untuk menuju ke Putrajaya sudah tertutup. Saya yakin kalau beliau PM beliau akan kekal dalam Umno dan sedia hanyut bersama noda dan dosanya asalnya dia berkuasa.

Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi perdana menteri. Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik inginkan jawatan itu. Tetapi jangan cuba naik dengan memperalatkan orang lain dan bila gagal menyalahkan orang lain pula. Sebesar ulat dalam tahi pun Zaid tidak menyatakan kesalahan dan kecacatan yang ada kepadanya.

Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata bejaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya?

Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul dong.

Hari ini dia buat kenyatan akhbar bersama penyokongnya. Apakah natijah kepada tindakan Zaid itu. Ia sesuatu yang menyedihkan. Baik-baik penyokong itu dulu bersetia dengan PKR, kini sudah berpecah. Penyokong itu akan ikut jejak langkah Zaid. Bukankan Zaid ini sebagai agen pemecah belah?

Saya rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja. [wm.kl.1:00 pm 09/11/10]

16 comments:

Unknown said...

Apabila dah lari dari motif perjuangan, macam-macam boleh jadi..

ANAFAKIR said...

DZI bertindak sedemikian sebenarnya untuk merasionalkan dirinya keluar dari PKR.Itu sahaja.Segala kritikan dan kenyataan tersebut sudah menjurus untuk dia berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR.Dengar2 ceritanya dia akan tubuhkan Parti Liberal Malaysia bersama beberapa pimpinan PKR yang lain yang akan turut sama keluar PKR.Sejauhmana desas desus ini benar..sama-sama kita menantinya.

Tak mungkin, DZI akan kekal dalam PKR setelah tembakan demi tembakan dilepaskan kepada Anwar dan Azmin.Dia membuat tembakan itu semata-mata untuk mewajarkan tindakannya selepas ini iaitu isytharkan dirinya keluar PKR.Ahli2bebas ramai menantinya untuk bersama dalam parti baru.Itu bacaannya hari ini...apa pun permainan politik begitu licik.Perkara mustahil boleh menjadi tidak mustahil..musuh ketat menjadi kawan rapat,apa masalah?.Dah banyak berlaku..

zuraimi said...

perghhh... dlam maksudnya..tuan

bak kata pak syeikh kita ni semalam...
berlaku adil lah dalam setiap pekara kehidupan seharian yg kita jalankan...kerana setiapnya ada haknya masing2..
Syeikh Nuruddin Al-Banjari...
9 nov 2010..masjid kota damansara

mahaza said...

takpe la Zaid tunjuk belang lebih awal dari dijangkakan, bayangkan kalau dia menang kali ni dan lainkali nak amik jawatan Presiden pula.... mungkin lebih dahsyat dari TDM memimpin UMNO kot...

Tetap teringat, jika mengabaikan perintah Allah, Allah akan turunkan pemerintah yang lebih kejam lagi untuk memimpin kamu....

Wallahua'lam...

mra said...

Tuan MSO,ini ikhlas dari saya yang telah bersama PKR sejak mula ditubuhkan,walaupun sekadar penyokong tanpa keahlian.
Hampir lengkap ulasan tuan dan amat baik jika ianya diamati olih semua penyokong "asal" PKR.Jika penyokong "asal" betulkan sayang PKR,biarkan Zaid terjun dengan labu labu plastik ciptaannya.Kepada ahli PKR yang menaiki bas PKR ditengah jalan,pilihlah haluan yang bersesuaian dengan jiwa mereka.Mereka bolih pergi kerana berdasarkan purata pengundi yang menggunakan hak sekitar 10% sahaja,ia tidak memberi kesan kepada PKR setelah PKR ditinggalkan.

Kak Mahh said...

Politik....susah untuk diduga,,,kita diluar tidak memahami sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti mereka.

Hishamuddin said...

salam..

PKR mmg bermasalah skrg. Sikap ahli2 merebut jawatan tak ubah seperti umno yg busuk lg membusukkan. Mmg apa yg di buat tu tak kena cara langsung. Sikap berpihak kpd diri sendiri saje yg btol dan org lain sentiasa salah amat memalukan. Niat nk selamatkan PKR pada asalnya telah jadi si tukang simbah petrol dalam bara api.

Saya setuju dgn tajuk Tuan Mso, saya sendiri tertanya2 adakah kenyataan yg keluar dr mulutnya itu dilakukan dgn sedar? Kalau ikut kewarasan manusia 1:50 ade org yg jenis mcm ni. Ikutlah kehebatan Pak Lah badawi, walau di kutuk dan di hina, dia bersara dgn aman tanpa membalas ape2 kata pada si pembencinya. Allah itu Maha Berkuasa, seandainye Zaid menang kat Hulu Selangor hari tu, tidakkah ini merugikan penat lelah ahli dan wang parti yg bertungkus lumus menolongnya berkempen. Tidak mustahil dia juga akan letak jawatan MP Hulu Selangor(sekiranya menang dulu la) dan dgn ini PRK terpaksa diadakan lagi. Pada pendapat saya, Zaid hanya layak menjadi Timbalan Presiden PERKASA sahaja. Meme jupo gu la nge si brahim tuh.

Read said...

Mungkin dia ingt tindakan dia yg drastik tu betul....

Been said...

Saya cadangkan supaya Zaid mencalonkan diri merebut jawatan Presiden Perkasa pula kerana memandangkan keuzuran Dato Ibrahim setelah beliau kecewa dalam pemilihan Timbalan Presiden Keadilan

Been
Kota Bharu

zul said...

Sdr. MSO, saya setuju 200% pandangan bernas sdr ini :- " Saya rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja."

Admin said...

Apa dah jadi pemimpin-pemimpin PKR ni? Adat berorganisasi kenalah dengan cakap ketua. Tak setuju lawan secara demokrasi.Lawan semasa pemilihan. Betul atau tidak sesuatu kepimpinan parti terpulang kepada majoriti sokongan ahli. Ada suka ada tak suka.Itu adatlah. Ikutlah majoriti.Kalau 80% suka anwar dan azmin sedangkan 20% tak suka takkan nak suruh anwar berundur. Pemimpin datang dan pergi yang penting dasar perjuangan kena betul.Rakyat kebanyakkannya naik muak melihat suasana politik hari ini.Pemimpin politik kena fokus perjuangkan nasib rakyat bukan suruh rakyat mendengar percakaran yang tak ada kesudahan.Rakyat bawahan macam tu juga kena hempas pulas cari rezeki setiap hari. Bantulah rakyat hidup senang sikit.
Hentikan politik murahan dengan melompat parti sana sini.

terimakasih

faizal said...

selamat tinggal zaid..dia masuk parti mane pun...semua kena inut cara dia....bukan dia yg kena ikut parti ...DIA LUPA BILA PANGGIL SIDANG AKHBAR MEDIA PNGAMPU UMNO YANG DAH LAMA TUNGGU UTK BELASAH DSAI & AZMIN...DIA LUPA bila media2 tu la yg BELASAH DIA MASA PRK HULU SELANGOR..ZAID kaki mabuk,rumah ada arak,main politik wang , tabur duit, SAPA YG PERTAHAN DIA...ORG2 PKR yg defense...LA dia panggil balik media yg 500% lanyak pkr...mteman ingat hebat rupanye mentaliti dia sama je fauzi muda,zul nordin,adun2 & mp2 lompat....sekali lagi ..adios zaid ..masuk PAS pulak lagi senang...mcmna pulak hang nak nak suruh tok guru ikut kepala hang pulak....

ahmadyani said...

Setuju dengan hishamuddin, ada hikmahnya zaid ini [nak tambah datuk pun tak teringin dek perangainya] tidak menang di Hulu Selangor, tuhan nak tunjuk keperibadiannnya yang sebenar.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan MSO,
Sebetulnya saya juga sebagaimana tuan tidak terkejut dengan tindakan Zaid Ibrahim. Sebagaimana feel dia dalam UMNo dahulu, begitu jugalah dia bila berada dalam PKR.
Cumanya, yang menjadi kemusykilan dan yg menarik perhatian saya ialah kenapa Sdr. Mustafa Kamil Ayub itu juga menyertai sama kem Zaid?. Kali ini, Agak keras alasan yg dia dikemukakan terhadap parti itu....apakah ini membuktikan bahawa benar Pak Sheikh seolah2 mengenepikan kelompok brothers/sisternya dulu dalam PKR demi kerana pihak yg lain?.
Itulah suluhan saya dala isu ini...bukan Zaid tetapi Mustafa.

bat8 said...

Tuan MSO

1. Saya amat bersetuju dengan pendapat tuan mengenai zaid. Saya mengikuti perkembangan zaid sejak dia menjadi budak daim sekejap bersama-sama-sama halim saad, samsudin abu hasan, wan azmi wan hamzah dan lain-lain.

2. Zaid diguna oleh daim hanya sekali sebagai pengarah/pemegang saham syarikat-syarikat sakit di BSKL yang kemudia disuntik dengan projek-projek kerajaan. Syarikat-syarikat ini dijualdengan mendapat keuntungan yang tinggi.

Agaknya sebab perangainya yang tuan sebutkan menyebabkan dia diguna sekali sahaja tidak seperti halim saad, samsudin abu hassan, wan azmi yang kemudiannya terkenal sebagai jutawan-jutawan melayu di era TDM.

3. secara umumnya, zaid ini adalah loose cannon dan uncontrollable. Dalam UMNO pun kerana dua sifat ini akhirnya dia berseleheng dengan arus perdana parti. Perkara sama berlaku dalam PKR ini.

Sebenarnya zaid dengan Ibrahim Ali, 2 x 5 je, cuma zaid ni cerdik sikit jah, itu je beza antara keduanya.

4. jika zaid keluar dan menubuhkan partinya sendiri, ianya tidak akan kemana. Mula-mula nampak ok, lama-lama disebabkan oleh perangai semulajadinya, parti tersebut akan bermasaalah. sama-sama kita tengok.


bat8

JBS said...

Salam Tuan Hj MSO. Beberapa faktor Zaid tak layak menjadi pemimpin PKR.

1. Pernah mengkhianati mantan PM, Pak Lah, setelah melantik beliau menjadi menteri dan beliau sendiri mencari sebab untuk meletak jawatan disebabkan tidak mampu menahan asakan MP Pembangkang yang ramai di Parlimen selepas PRU12.

2. Pernah digantung dari pertandingan kerana mangamalkan politik wang di dalam pemilihan pimpinan UMNO dan dengan memasuki PKR, beliau merasakan masa hadapan politik akan bersinar sebagai jalan mudah menjadi pemimpin tertinggi apabila PR berjaya menakluki Putrajaya nanti.

3. Tiada semangkuk pulut pun jasa beliau kepada PKR dan golongan reform. Beliau hadir ketika PKR hampir berada di kemuncaknya. Kita perlu ingat, beliau pernah mengkhianati UMNO, walaupun UMNO adalah penyumbang besar kepada pengaruh politik dan kerjaya beliau. Tak mustahil langsung, beliau akan dan sudahpun mengkhianati PKR dengan membuat berbagai tuduhan serta tomahan melalui akhbar Utusan Meloya dan sidang akhbar bagi menjatuhkan imej kepimpinan DSAI.

4. sikap yang mengamalkan politik bercelaru dan suka mengambil jalan mudah serta takutkan bayang-bayang sendiri dan tidak tahan tekanan adalah disebabkan situasi beliau yang sentiasa berada di lingkungan kemewahan dan tidak pernah mengenal kesusahan bersama-sama ratusan ribu ahli yang bermandi peluh dan darah bagi menghidupkan PKR semasa zaman reform 1998, adalah amat mendukacitakan. Pemimpin sebegini tidak layak langsung walaupun sebesar biji saga untuk berada di dalam PKR, apalagi menjadi pemimpin tertinggi kerana terlalu jauh dengan asas dan prinsip perjuangan parti. Fikirkanlah....