Friday, November 5, 2010

Senda Sabtu

Kenapa Tengku Razaleigh
Berterima Kasih Kepada Pas?


[kemaskini] NAMPAKNYA para pemerhati politik dan bloger yang bersimpati dengan Pas (atau yang pengulik kepada indvidu tertentu) masih terus meracau dan mencari sebab musabab kenapa Pas tewas parah di Galas. Dengan menolak takdir itu juga disebabkan perbuatan manusia juga, wajar kalau mereka mencari di manakah kesilapan Pas. Usah dilihat kepada kekekutan BN tetapi cubalah menyelami kesalahan diri sendiri. Tragedi yang berlaku itu adalah kombinasi antara kelemahan diri dengan kekuatan musuh.

Jadilah manusia yang bersikap tasamuh.

Ada macam-macam yang digali dan diselidiki sehingga ada yang tersasar jauh sampai menjamah jemboran tidak berair. Kerana kurang berhati-hati dan mungkin juga kerana diulik perasaan dengki dan marah, maka dicakar kepada orang-orang tertentu. Segala penyakit lama dikait dan dihimpunkkan dan dicampakkan di Galas untuk membusukkan orang-orang tertentu. Janganlah begitu, tidak baik. Itu juga sebahagian kerja syaitan.

Tuhan memesankan kepada kita, supaya berikhtiar kemudian bertakwa. Berbaik sangkalah kamu sesama kamu dan diminta bertasbeh dan bersyukur. Saya yakin kalau mereka yang berminat nak mencari di mana sebab musabab atau suis kekalahan Pas ia akan ditemui. Carilah dengan hakikat bukannya dengan ilusi dan bayang-bayangan.

Carilah... bagi saya, seperti saya katakan, saya membuat ulasan dan meletakkan kesalahan kepada apa yang dapat dilihat, dapat dirasa dan dihayati sendiri. Yang kita tahu. Sedikit-sedikit didengar. Kandatipun ada lagi sebab-sebab ghaib yang sukar untuk dihuraikan. Bukan sukar kalau dihuraikan tetapi untuk tidak menimbulkan masalah kerana ia menyentuh soal hidup dan aspirasi politik orang lain, elak tangguhkan dulu.

Marilah kita sama-sama mencari dan menggalinya tanpa 'melesetkan' (melumurkan) najis fitnah kepada sesiapa. Sekiranya kita menemui suis dan rahsia itu, apakah ianya wajar atau sebaliknya sama-sama kita fikirkan? Apakah strategi itu silap dan dianggap memakan diri sendiri? Politik adalah penyelesaian masalah ummah dan bukannya penimbul masalah kepada ummah. Tidak ada ertinya politik kalau ia boleh menyusah dan memperpanjangkan masalah ummah.

Saya yakin apa jua tindakan baik di sebelah kiri atau kanan ,tujuannya sama untuk menyelesaikan masalah ummah. Apa juga strategi diambil untuk kemenangan Pas. Dalam konteks Galas untuk kemenangan rakyat. Adalah celaka ahli politik yang berstrategi dengan niat kalau untuk menjahamkan negeri dan menyusahkan rakyat. Pemimpin yang sedemikian sejahat-jahat pemimpin wajar disalit di pohon balak.

Jadi kepada pencari jawaban kepada kekalahan Pas hendaklah bertenang dan menbeleknya dengan baik. Jangan berprangsangka, apa lagi kalau cuba menarik kambing-kambing putih untuk dijadikan kambing hitam bagi menjustifikasi kekalahan itu. Berdosa dan dimurkai Tuhan. Ini bukan masanya untuk melakukan korban, ingat kepada 'kenduri' di hapan masih besar dan memerlukan pengorbanan dan bukan melakukan korban.

Sekiranya apa yang saya ketahui ini jawaban kepada persoalan itu, atau menjadi punca kepada kekalahan itu maka bolehlah didedahkan agar tidak menimbulkan ruang fitnah kepada orang lain dan demi menyelamatkan orang lain juga tidak tersalut dengan darah merah fitnah. Pendedahan itu rasanya tidak elak di ruang terbuka. Sesiapa berminat bolehlah bertemu secara peribadi dengan saya bukan saja demi mengetahuinya tetapi mengkaji sejauh manakah kebijaksanaan asas strategi itu.

Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengulas kemenangan bergaya UBN itu mengucap terima kasih kepada Pas? Kenapa? Ia tentu ada makna yang tersira yang sukar dibongkar oleh para penjulang panji hijau ataupun yang menghatuh hebat di pentas ceramah. Jaya atau tidak sesebuah peperangan itu bergantung kepada kebijaksanaan panglima perangnya.

Bagi yang bijak pandai mendengar kenyataan dan ulasan Tengku Razaleigh itu sudah dapat mengintai di mana duduk perkara sebenarnya. Ini mesti ada sesuatu yang perlu dihurai dan ditafsirkan berpandukan pelbagai lembaga dan kitab politik muktabar? [wm.kl.1:10 pm 05/11/10]

13 comments:

asman said...

Tuan kalau BN kelantan nak Come Back di Kelantan mereka kena menamakan KULI sebagai calon MB dari sekarang untuk menawan semula Kelantan. Ini akan memberi kesan kepada PAS Kelantan.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tn MSO,
Saya sependapat tengan tuan bahawa perlantikan jawatan pengarah pilihanraya adalah petanda permulaan kepada kekalahan PAS di Galas.
Saya fikir tidak ramai yang menyedari apa yg kita sedari sebenarnya. BN melantik Ku Li, yang sememangnya adalah pakar strategis terbukti MANAKALA saya kebingungan sendirian kerana PAS pula melantik seorang yang langsung tidak setanding dengan Ku Li. Agak lama saya meneliti dan berfikir dari setiap sudut kenapa Abd Fatah....tetapi tetap juga tidak bertemu jawapan. Pada saya awalnya menjangka PAS akan meletakkan Husam dan jika ya saya fikir barangkali keputusannya akan berbeza. Natijahnya, kesilapan strategi pertama dibuat iaitu apabila PAS membuat 'bom peribadi" dalam soal perbandingan kelulusan akademik. Seharusnya strategi itu dibuat disaat2 akhir. Dan dari situlah saya mula menelah bahawa PAS akan kecundang. Dan betul ia berlaku. Tetapi nasi sudah menjadi bubur dan saya kira INI ADALAH PENGAJARAN yang amatberguna sekali yang perlu DIAMATI dan dijadikan IKTIBAR untuk pilihanraya yg akan datang. USah disalahkan pihak lain, usah diperkecilkan lawan dan usah dijeh orang sebelah kerna adalah lebih baik melihat kedalam diri sendiri sebagaimana saranan Sdr. Nasruddun Hassan Tantawi.
Sdr. MSO, maaf saya tidak berkesemapatan bertemu tuan sepanjang di Galas. Saya tidak turun sepanjang masa....hanya on-off dan dalam masa yg cukup singkat sahaja. Insyaallah dilain masa kita bertemu dan berbibiran!

firdaus said...

kalau KULI berjaya rampas Kelantan tak semestinya dia mesti jadi MB, merampas Kelantan selepas 20 tahun lebih dari PAS adalah kerja sukar yang amat tinggi ganjarannya, berbaloi ke kalau setakat MB sahaja.. sedangkan dia dulu adalah menteri dalam jemaah kabinet persekutuan

KULI berterima kasih kepada PAS sebab sesama Kelantan agaknya... apa yang umno tahu, semasa memerlukan barulah terkapai-kapai cari dah beruntung barulah sepah tu dibuang macamlah KULI tu pesakit kusta.....

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Berdasarkan kepada prk Galas ini, UMNO-BN telah menang boleh dikatakan besar juga. Salah satu sebab kemenangan tersebut adalah kerana Kuli. Malah ada yang sebut bahawa Parti Kuli kalahkan PAS atau PAS kalah dengan parti Kuli. Makanya UMNO-BN patut sangat berterima kasih dengan YTM Tenku.

Di pihak PAS, khususnya PAS Kelantan, ini adalah PRK kedua bagi mereka selepas 2008 dan bolehlah dikatakan kedua-duanya memberi gambaran yang prestasi PAS Kelantan cukup lemah di Kelantan. Mani Urai dan Galas telah memberi jawapan yang cukup jelas kepada PAS Kelantan untuk berbuat sesuatu.

Buat mereka yang sepatutnya berundur, berundurlah secara terhormat, jangan ada gerakan menjatuhkan mereka pula kerana keadaan seperti ini boleh berlaku dan pasti berlaku tanpa dirancang bila sampai masanya. ketika itu jangan siapa menyalahkan sesiapa kerana tanda dan petunjuk telah diberi tapi tidak difahami atau degil untuk memahami kerana igo dan kepentingan diri.

Sejarah Islam juga mengajar kita betapa perjuangan tak kekal di Arab. Ia juga tidak terus di tangan Bani Hashim. Bukankah apabila masanya tiba, Bani Umaiyah mengganti bani Hashim, kemudian Bani Abasiyah pula mengganti Umaiyah.

Selepas Arab, terdapat golongan lain yang menggantinya termasuk Orang Monggolia, India dan akhirnya Turki. Maka tak mustahil kalau kehebatan Kelantan sedang dibayangi oleh negeri-negeri lain. Bukankah ketua muslimat, ketua pemuda dan dan lima jawatan tertinggi jawatankuasa pusat PAS bukan lagi dari Kelantan? Atau apakah mungkin PAS yang didominasi Melayu akan berpindah kepada orang cina atau India pula?

Buat UMNO-BN, kita tertunggu-tunggu sejauh mana penghargaan akan diberi kepada Kuli atau ia hanya tinggal kenangan du tiga hari lagi. Yang ada hanya kata "sokongan telah balik kepada UMNO" atau "UMNO telah pulih". Kuli akan terus tertinggal atau ditinggalkan kerana tidak mahu dia mengganggu penguasa dalam UMNO.

ahmadyani said...

Kemenangan umno di Galas sebenarnya adalah kemenangan Pas kerana kemenangan itu membuatkan umno akan 'sesak nafas' dengan KuLi yang mula mahu menunjukkan taringnya kembali dalam umno. Walaupun 'singa' sudah tua, ada sesiapa yang berani dekat?

john said...

Salam...

Untuk makluman semua, jika prk berlaku dikawasan yang boleh dikatakan faktor ekonomi rendah, maka peluang utk BN menang adalah tinggi! Ini adalah faktor utama. PR boleh berusaha dengan segala apa yang termampu tetapi dengan semua jentera kerajaan digunakan ditambah pula dengan media alternatif yang terhad adalah amat sukar. Jika menag adalah satu bonus, jika kalah tak perlu nak bersedih hati....

Admin said...

Ternyata KU LI masih ada sentuhan politik.UMNO perlu meletakkan KU LI di tempat sewajarnya bukan setakat MP biasa sahaja.Sejarah telah membuktikan KU LI pernah menjadi pembangkang dan jika beliau terus terbiar tidak mustahil beliau akan menyertai pembangkang...itulah politik Malaysia...Pernahkah anda semua terfikir DSAI menjadi Ketua Pembangkang?

Unknown said...

Ingatlah dalam tiap pertandingan ada yang menang dan yang kalah dan sudah takdir Pas kalah tetapi bagi saya terimalah kekalahan dengan redha dan anggaplah ia sebagai satu motivasi bagi mengenal diri kita dan strategi yang perlu digunakan bagi menghadapi peperangan selanjutnya

echostar said...

salam,
Apa-apa yang menentukan kekalahan dan kemenangan dalam PRK ini ada kuasa DUIT /WANG.Orang mudah lembut dan cair hatinya bila sebut DUIT /WANG.Tak perlu tunding jari pada sesiapa. Kalah tetap kalah , menang tetap menang.
Tk

ANAFAKIR said...

Ku Li berterima kasih kepada PAS kerana PAS seperti sengaja mengalahkan diri untuk semata-mata memberi kemenangan kepada Ku Li [ bukan untuk UMNO-tidak sama sekali ] Kemenangan di DUN Galas untuk Ku Li amat bererti.PAS dan Ku Li lebih arif.Itulah politik.Kalah dalam menang,menang dalam kalah, Ku Li dan PAS Kelantan kedua2nya dalam 'win-win situation'. Mereka betanding pun sekadar adik beradik atau secara anak beranak, secara pakatan.PAS kalah tidak menggugat kuasa memerintah, UMNO kalau kalah di Dun Galas,maruah dan nama baik Ku Li tercemar dan mungkin UMNO Pusat ingin melihat UMNO kalah di Galas sekaligus membunuh Ku Li dalam politik negara.Jadi, lebih baik PAS kalah daripada Ku Li kalah.Kemenangan Ku Li ini banyak manfaat untuk PAS dan rakyat Kelantan.Ku Li akan balas 'budi' PAS Kelantan terhadap dirinya selepas ini..tunggu dan lihat lah.Royalti minyak dan banyak lagi akan Ku Li bantu untuk Kelantan...Hanya jauhari yang mengnal manikam.Kalau nak berpolitik, kalau lekeh-lekeh berfikir baik jangan terlibat dengan politik, mudah sakit jiwa nanti.Perkiraan dan strategi dalam politik lebih hebat daripada apa-apa peperangan dalam dunia moden ini.Semuanya ada muslihat dan strategi tersendiri, pakatan sulit dan sebagainya bisa berlaku.Paling ketara, tidak ada perkataan MUSTAHIL dalam politik..faham itu sudahlah.

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Ambo tidak mempnyai maklumat sebagaimana tuan ada. Ambo juga tidak reti pasal strategi politik ni. Tetapi bagi ambo keputusan di galas adalah sebuah kemenangan bagi Kuli, PAS dan rakyat kelantan serta rakyat Galas. UMNO hanya dapat kerusi DUN sahaja dan semata-mata.

2. Tektik UMNO cuba melantik Kuli sebagai pengarah PRK Galas adalah satu strategi politik yang mempunyai multi-tujuan politik, bukan kemenangan semata-mata. Ia telah meletakkan Kuli dan PAS dalam keadaan yang rohok.

3. Jadi keputusan di galas adalah jalan keluar yang paling baik bagi Kuli dan PAS. Dua-dua selamat dari satu strategi ampuh nok diperebahkan. Keputusan di galas toleh sebaliknya demi rakyat kelantan.

Jadi ambo faham sangatlah maksud Tuan MSO yang Kuli berterima kasih kepada PAS. Ambo pun risau juga jika keputusan menjadi sebaliknya, kerana salah satu akan menjadi korban nafsu rakus!

bat8

Raf Han said...

walaupun BN menang besar dgn majoriti lebih seribu tapi masih dianggap rendah. sepatutnya majoriti kena lebih 2000 sebab Galas kubu BN sejak dulu lagi... Malah Dun Paloh dan Nenggiri pun majoriti 2000 lebih dalam Parlimen Ku Li.

Kejayaan Pas mendapat undi 4000 lebih harus dibanggakan walaupun merosot 200 lebih undi sebelum nih.

Sejarah undi Pas sebelum2 ini hanya sekitar 2000 lebih di kubu BN. 2 kali pilihanraya Pas mengekalkan undi 4000 lebih.

ini seharus BN pun bukan berada di zon selesa walaupun majoriti seribu lebih. BN harus mengkaji kenapa Pas kekal undi 4000 lebih 2 kali pilihanraya.

pemulihankhasklur said...

salam tuan mso..
Ambo tok sir nak ulas panje lebar..cumo ambo nok Rais Yatim tunaikan janji pada orang galas/gua musang rais anak yatim kato nak bagi WIFI percuma..maka ambo tak sabar nak tunggu ia ditunaikan dengar segera!!!ambno dah tak sabar nak tengok orang asli terutamanya TOK BATIN ada akaun Facebook..dan kalula tok batin dah de facebook sila add saya..sekian
janji perlu dikota rais!!!