Sunday, July 10, 2011

Susupan Petang

Najib Bubuh Bom Jangka Dalam Poket

[kemaskini] HARI ini bertempat di Dewan Merdeka PWTC Umno telah mengadakan perhimpunan khas. Himpunan itu sebagai membasuh himpunan Bersih semalam yang telah mengotorkan politik Umno dan mencontengkan politik Perdana Menteri, Najib Razak. Semua NGO dijemput menghadiri majlis penerangan khas untuk membersih himpunan Bersih semalam.

Pemberita tv melaporkan yang hadir 6,000 orang. Biarlah saya tambah 4,000 menjadi 10,000 biar jadi banyak. Salah satu NGO yang datang atau diundang ialah Pakatan Kelantan Darulnaim, (Pakatan) iani persatuan anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur yang mana ketuanya bekas Pengarah DBKL Nordin Razak.

Seimbas pandang muka-muka yang ada dalam majlis itu termasuk kumpulan baju Melayu hitam dan songkok hitam. Rasa-rasanya mereka terdiri dari guru silat Melayu yang mempunyai ahli ratusan ribu. Kumpulan songkok senget juga ada. Wajah-wajah yang tertera di skrin tv nampaknya semua sudah kerepot seribu, tua dan ada yang berjalan pakai tongkat.

Bila memandang wajah itu - bukan menghina, saya teringat wajah-wajah yang muncul di himpunan Bersih semalam. Rata-rata orang muda wajahnya licin dan sumringah. Apa lagi kalau yang perempuan, keanggunan merekalah menambahkan semangat! Kekuatan mereka juga berkali ganda dengan wajah yang ada dalam Dewan Merdeka itu.

Yang hadir di dewan Meredeka itu pula seratus peratus Melayu, tidak ada pun Cina dan India. Kalau pun boleh dikatakan India ialah apabila saya ternampak Khairy Jamaluddin ada di pentas khas. Warna kulit gelap macam keling. Yang lain semulanya Melayu. Mungkin Khairy mewakili India atau mamak.

Tidak pasti pula apakah NGO yang kononnya berjuang nak pakai keris, tombak dan lawi ayam ikut sama. Rasanya ia hadir juga. Tetapi tidak pula muka ketuanya ditonjolkan mungkin beliau masih bersembunyi dibawah dapur kerana himpunan semalam. Dengan jumlah himpunan mencecah puluhan ribu membuat ketua NGO itu malu. Apa lagi himpunan anti Bersih yang dibuat oleh kalangan puaknya dihadiri 23 orang saja.

Biarlah umum kena respect kepada himpunan itu. Sebagai parti politik Umno kena mengambil langkah segera untuk membalas serangan atau mematahkan taktik Pakatan Rakyat yang telah mengeksploitasikan Bersih. Tetapi yang mungkin menjadi persoalan ialah sejauh manakah ia berhasil, atau himpunan itu mendedahkan akan kelemahan Umno dan kedangkalan politik Najib.

Dari segi angka tentulah jauh dari berjaya. Kalau 10,000 yang hadir di dewan merdeka itu ia tidak berjaya mengatasi jumlah kehadiran Bersih semalam. Lainlah kalau Najib dan Umno percaya kepada laporan untuk menyedapkan hati dan menyeronokkan jiwa, di mana media penjilat mengira himpunan itu hanya 5,000 sahaja.

Kalau Najib percaya kepada angka itu ibarat kata Najib seperti menyimpan bom jangka dalam poket seluarnya. Tidak lama bom jangka itu akan meletup dan hayat politik Najib akan jadi macam jasad Altantuya hancur lebur.

Pada saya jumlah di dewan merdeka tidak sampai 20 persen daripada jumlah himpunan Bersih semalam. Mungkin Najib atau Umno boleh menegakkan benang basah mengatakan yang hadir untuk dibersihkan minda hari ini semuanya Melayu. Betul... tetapi Umno juga check Melayu yang hadir pada himpunan halal Bersih semalam juga ramai, terutamanya anak muda. Dan kalau pun yang hadir hari ini ramai, tetapi Najib tidak boleh juga sedap dan mengira kerana walaupun himpunan Bersih semalam diramai oleh Cina dan India, mereka adalah pengundi. Mereka bukan pendatang asing Bangla atau Indonesia yang diwarganegarakan oleh Umno untuk jadi pengundi sementara.

Saya terdengar Najib secara tegas mengatakan kehadiran itu menunjukkan Melayu sudah bersatu. Najib yakin kepada apa yang ditunjukkan di dewan merdeka. Kerana itu katakan kalau keadaan ini (Melayu sudah bersatu) beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta Yang di-Pertuan Agong bubarkan Parlimen. Aduh!

Nampak yakin Najib bahawa Melayu sudah bersatu atau peratus Melayu sudah kembali kepada asal untuk Umno. Kalau yakin apa tunggu lagi nah... bubarlah parlimen sekarang ini. Pada saya apa yang diucapkan Najib itu hanya psywar sahaja untuk mengubati hatinya sendiri. Ia sebagai untuk membilas apa yang berlaku semalam saja. Harapnya Najib janganlah menipu diri sendiri dengan apa yang berlaku kelak binasa badan dan keluarga.

Jumlah kehadiran Patriot Umno yang tidak sampai 300 pada himpunan semalam memberi petanda jelas sejauh mana anak-anak muda Umno sebenarnya. Jumlah gerombolan merah yang dipimpin Khairy itu memberi jawaban sebenar akan pengorbanan mereka dan kasih kepada Umno dan Najib. Bukankah sebelum ini ahli pesilat tradisi Melayu ada 250,000 kenapa tidak dibawa turun. Atau jumlah yang bersama Khairy itu tidak diikuti sama oleh ratusan ribu ahli Perkasa(m)? Begitukah? Benarkah 50 buah bas yang disewa Perkasa(m) tidak boleh masuk atau tidak ada orang yang hendak naik bas?

Kalau begitu ini bermakna ulasan dan pandangan Najib dengan kehadiran 10,000 - jumlah yang saya tambah itu adalah tidak betul. Ulasan itu hanya untuk menyedapkan hati saja dan nak saiko orang Melayu yang di luar sana. Atau Umno buat strategi silap. Sepatutnya himpunan hari ini mencecah 100,000 barulah orang bersemangat dan mengakui bahawa sokongan Melayu kepada Umno sudah kuat dan secara tak langsung kejayaan Bersih semalam ternafi dengan sendirinya.

Atau kenapa angka itu tidak diperolehi kerana memang ahli pesilat, Perkasa(m) hanya angka atas kertas sahaja yang sengaja disebut oleh para pemimpinnya kerana inginkan projek? Selalunya projek atau bantuan yang dihulurkan kerajaan kepada NGO berpandukan kepada berapa ramai ahli sesuatu persatuan itu. Nampak gayanya Najib sekali lagi kena tipu. saya sedikitpun tidak hairan kalau Najib mudah ditipu kerana pemimpin Umno Pasir Puteh pun 'semesek' tipu Najib berhubung pengambil tapak setesen kereta sewa di Pasir Puteh.

Apabila Najib mengatakan demikian saya bimbang dan kasihan kepada Najib apa yang dirasa dan dibayangkan itu akhirnya akan memakan dirinya sendiri. Sesungguhnya 10,000 itu tidak akan terlawan dengan angka yang dicapai Bersih semalam, walaupun bukan semuanya Melayu tetapi yang hadir semalam 90 peratus mereka ada satu seorang kuasa, bukan keris empat segi tetapi undi.

Justeru saya nasihatkan Najib janganlah bubarkan parlimen berdasarkan angka dan dakwaan itu saja, nanti menyesal di kemudian hari. [wm.kl. 6:20 pm 10/07/11]

11 comments:

Melayu Raya said...

Memang bukan angka jadi taruhan tapi bro patut ingat kalu 300,000 pun demo utk (bersih?), bro patut ingat rakyat Malaysia ada 26 juta. Berapa persen saja yg gila dan terikut demo secara membabi buta? Congak la!!yg lain tahukah bro mereka sokong siapa? Ini la silent Majority, TERMASUK YG KEREPOT (BRO JUGA AKAN KEREPOT NANTI... JIKA UMUR PANJANG!!!)MACAM BRO CAKAP TAPI MEREKA JUGA AKAN MENGUNDI DI SALURAN 1.
Jangan la terlalu taksub dan membela membabi buta..Allah beri kita otak.. patut berfikir secara wibawa!!!!

Unknown said...

Saya percaya angka yang datang ke PWTC tidak sebanyak mana. Ahli-ahli persatuan itu dipaksa datang untuk memadatkan ruang, sebagai bukti sokongan kepada PM. Cara ini serupa dengan himpunan Sejuta di Putrajaya yang gagal. Semua ini adalah agenda para pemimpin NGO untuk menagih sesuatu projek. Betul yang MSO kata. Saya yang tinggal dekat PWTC memang tak suka jenguk bangunan milik Umno tu. Dalam berita TV malam 7.10.11, wartawan hanya temuramah muka-muka puteri Umno, Belia 4B, orang Umno , bakal guru yang tak reti apa politik, guru berumur yang fanatik, dan muka-muka ini kalau ditanya memang tak suka Bersih. Sebab mereka semuya menyokong penipuan dan pendustaan. Mereka masih seronok menipu rakyat kecil untuk membesarkan perut orang kaya macam puak-puak Umno. Geng Patriotik di Bkt Bintang pun main sandiwara, konon ditahan polis, tapi sandiwara untuk membuktikan, tengok Umno punya budak pun kena tahan, apa lagi geng Dap, Pas dan PKR. Sandiwara yang memualkan. Sampai sekarang pun berita yang paling jijik adalah dari RTM, TV3, TV7 dan TV Najib Rosmah.

msmuri said...

Pok jib masih dibuai mimpi yg. indah... biasalah... dia mane pernah rasa susah... lahir-lahir je... bapak dia dah jadi ahli politik... sebab tu dia peduli apa dengan rakyat... dia mana pernah rasa susah... sepupunya pun sama... dia fikir malaysia ni hak dia orang... akan datang kita tak tahu... mungkin anak dia orang pulak jadi ahli politik... boleh hancur kita semua...

KAPAKTAJAM said...

Saudara MSO jgn terlampau lambong himpunan bersih ataupun himpunan pakatan rakyat yang sebenarnya berselindung dibawah tangan ghaib Amerika yang sedang rancak untuk memperok-perandakan Negara2 yg diperintah oleh ISLAM. DAYUS tuan hamba jika tuan menafikannya.

Tuan menulis berapi2 menyanjong tinggi penglibatan org2 Muda terutamanya warga Cina dan India. Tahukah apa sebabnya? Mereka kaum yg minoriti ini akan cuba bersatu dan menghancurkan kaum peribumi yang memerintah. Ingat mereka telah mempunyai segalanya,. Saya nak tanya tuan EKONOMI di tangan siapa? Kita Melayu cuma ada kuasa Politik, jika inipun tuan ingin lacurkan apa yg tinggal di tangan kaum Melayu, di manakah kekuatan Islam di Negara ini nanti. Adakah anda terfikir semua itu.

Pas dan Melayu PKR tidak mampu untuk membentuk Negara Islam yang kuat. Bukan mudah saudara MSO, jangan ingat ia seperti yg tuan hamba tulis, main sedap rasa dan akal sembrono.

Fikirlaf secara waras wahai MSO, saya akui tuan hebat menulis berbanding saya yg cuma tulisan pojok. Kesuwon kang!.

mohd sayuti omar said...

Saya suka kalau roang memahami mesej dalam penulisan saya. tetapi saya kesal kepada meereka yg tak faham dan dapat memahami mesejnya. ada oerang marah saya lambung bersih, kerana bersih ramai cina dan india... kalau dilihat secara jujur ada sebab kenapa saya lambung bersih dari konteks dan sudur yg saya nampak. saya sokong bersih kerana nawaitunya.. untuk membersihkan negara yg kotor. orang yang berada dalam kekotoran tak nampak.
saya faham politik cina dan india... mereka nak tumpang melayu. nak tumpang pakatan rakyat. tetapi apakah yang umno lalukan kepada melayu pas dan pakatan rakyat. umno nak bwerbaik dengan pas saja dan nafi melayu dalam pkr.
tuduhan mudah, bersih dialatrkan oleh yahuidi,amerika, israel tetapoi tindakan di balik kerajaan sesetengah perkara kepada rakyat lebiuh busuk dan teruk daripada itu.
saya nak bagi faham kenapa umno takut bersihkan p raya. kalau umno bersih umno tak perlu takut, rakyat akan sokong. yg jelasnya umno ada muslihat di sebalik kekotoran itu. kalau tak main kotor umno sudah lama bungkus.
saya berharap kepada yg tak faham kenapa saya mabung bersih akan jadi faham. terima kasih.

Abu said...

Salam.

Kepada saudagar KAPAK TAJAM, jgn kapak saja yang tajam, akal pun perlu tajam.

Bertanya tentang ekonomi di tangan siapa? ha ha. Selama 50 tahun ini, Melayu tu juga yang memerintah, lagi mau tanya ekonomi di tangan siapa. Kenapa tak ubah?

Dah tahu, Melayu hanya tinggal kuasa politik, kenapa tak kuatkan? Kenapa tak tambah di Kelantan dan Terengganu?

Kemudian menulis pula, 'Pas dan Melayu PKR tidak mampu untuk membentuk Negara Islam yang kuat', dalam 50 tahun ni UMNO sayang sgt ke pada Islam? Dah kuat ke Islam selama ni?

Selagi UMNO memerintah, Islam akan terus hanyut bukan tambah kuat.
Betul juga kata Tun Abdullah Badawi, kalau takde PAS, dah lama UMNO ni hanyut (tak kisahkan Islam). Tapi, bila pula mereka kisahkan Islam?

seridewimalam said...

rupa2 masih ramai lagi yang x tahu maknanya 'BERSIH',dan ramai yang ingat 'BERSIH' ni hanya saja2 nk wt huru-hara dlm negara...aduhai bengapnyaa..

leje said...

sayangnya pemerintahan umno yang mereka dakwa pemerintahan melayu islam langsung tak menunjukkan akhlak islam dan melayu itu sendiri..sedangkan bangsa kafir ni berakhlak macam akhlak islam. tak malu ke umno ngan keadaan ni.
kalaulah umno tu jujur nak pertahankan melayu dan islam kenapa nak disekat bantuan untuk negeri yang majoriti melayu seperti kelantan dan terengganu. ini tidak hak royalti minyak di tarik balik. klu betulah niatnya untuk alif ba ta bantulah melayu ni jangan hanya tahu bantu umnoputra jer.
gagasan DEB oleh tun razak pun dah diselewengkan untuk kroni sahaja. malu tau tak bila syarikat kroni diberi projek semua x jadi. stadium boleh runtuh, projek banyak tak siap. syarikat banyak gulung tikar. semuanya tahu ambik untung dan kerja serah balik pada cina. dapat projek berpuluh2 pun tapi kepakaran tak ada. yang pndai jual projek saja.
umno dah jadi parti bangsawan jer. untuk kroni2 jer. islam nya entah kemana. kubur attarturk pun jadi sanjungan. ulama terus dihina semata2 nak ambik hati yahudi amerika. masih nak kata bersih yahudi yang taja.
sedarlah melayu. kalu taknak negara jatuh, ramai2 undi pas biarlah pas jadi majoriti so kuasa melayu takkan hilang walau pr memerintah.

zul said...

Aku menyertai Bersih 1 pada 2007. Kemudian aku tidak melepaskan peluang sertai Bersih 2 pada 9 Julai lalu. Perbezaan cukup ketara. Kesepakatan berbilang bangsa Melayu, Cina dan India begitu ketara. Kebangkitan Cina dan India bersama Melayu dgn 1 MISI iaitu menuntut sistem piliharaya Bersih. 8 Tuntutan Bersih sehingga kini gagal disanggah secara fakta baik oleh SPR apatah lagi kerajaan. Media pencacai menggelapkan 8 tuntutan itu. Melayu Umporno yg mengaku Islam, yg mendakwa kononnya pembela agama- rupa2nya berhati najis krn mempertahnkan sistem prya kotor dan tempang. Dari sudut ini Melayu umporno, dilihat lebih hina drp peyembah berhala ! Syabas MSO, teruskan penulisan sdr. Berkatalah benar biarpun pahit !

Ku ingat Taqwa said...

pedulikan kapak tajam dan yang sewaktu dengannya. mso dan yang lain tak perlu layan mereka yang beotak kemetot macam tu. 'Bersihkan Negara dari Korupsi'. Tertarik dengan sajak SN A. Samad Said

affandi said...

Yna pling senak perut masih ada yang menyangka ada tangn2 disebalik himpunan bersih...kepada yang over thinking Amerika dah lama masuk kedalm salur darah Malaysia...dari eknomi,pendidikn hinggakn ke hiburan2 yg disajikn kepada kita dan ank2 kita...tidk kah itu penjajahn yng perlu dihapuskan..