SUSUPAN PETANG
Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.
Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa?
Soal naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu ini dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.
Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.
Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.
Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.
Dan memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang lain.
Khabarnya kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut sama dinaiki oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada dalam penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau sebaik duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama kali merasai terbang dengan jet peribadi? [wm.kl.5:57 pm 18/09/12/]
3 comments:
Assalam mso
lama tak komen di blog ni,
hanya menjadi pembaca setia mso
mengenai jet pribadi tu, saya harap DSAI kena fikir "kemungkinan terburuk", sumber dan kebolehpercayaan penyumbang. sebab kat atasnu, kalau pancit tayarpun tak de tempat nak parking. hehehehe
dekat pilihanraya dan tengok fenomena kebangkitan rakyat, perut ambo raso tok sedap
bimbang ni wehh......
ps:biasonya ore kayo dimlaysia ni, pernoh make sepingge dgn puak tuh
Takut nanti dikata, G Soros yang bagi biaya. Kerana sekarang ini nama orang ini sudah mula disebut sebagai pemberi dana dari negara asing untuk segala aktiviti bagi menjatuhkan BN.
kalau ada gambarnya taulah jet itu siapa yang punya.....
Post a Comment