Sabtu ini - 12 Januari ini akan berlangsung himpunan kebangkitan rakyat (HKR). HKR adalah kesenimbungan kepada Bersih 1,2, dan 3. Ia adalah kemuncak kepada manifestasi kebangkitan rakyat untuk menuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. Keperluannya begitu besar sekali tanpa pilihan raya yang adil dan bersih maka kepimpinan yang lahir menerusi proses ini selamanya tidak bersih dan membawa imej dan sifat kepimpinan sejati.
Banner yang mengajak rakyat bangkit membela hak. |
Nah begitulah juga dengan sistem atau proses melahirkan pemimpin mestilah dari proses dan sistem yang betul dan baik barulah lahir pemimpin yang suci murni berjiwa besar dan akan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara dengan adil dan bersih.
Kenapa banyak kepincangan berlaku di dalam negara kita hari ini, sebabnya bukan lain kerana negara dipimpin oleh mereka yang tidak lahir dari sistem atau proses yang suci. Pilihan raya kita dipenuhi dengan strategi dan tektik penipuan. Pemnimpin yang ada hari ini tidak ubah seorang anak yang lahir dari hasil persundalan kedua orang tuanya. Sifat buruk, keji yang dimiliki oleh kedua orang tuanya sedikit sebanyak menurun kepada anaknya.
Himpunan itu mulanya dirancang akan berlangsung di stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pihak penganjur telah pun membuat permohonan tetapi hingga saat ini tiada kelulusan yang diberikan. Dua hari lepas wakil penganjur berkunjung ke pejabat stadium berkenaan untuk bertanya khabar mengenai status permohonan mereka tidak ada seorang pun pegsawainya keluar menemui wakil berkenaan.
Sikap kurang mesra pegawai stadium itu, sebenarnya kurang ajar, membayangkan bahawa tidak akan ada kebenaran dari pihak muzium untuk menjadikan stadium itu avenue himpunan berkeanan.
Di mana avenue himpunan itu dijangka akan diketahui tengah hari ini. Berdasarkan sikap dolak dalih pihak kerajaan sebelum ini saya percaya stadium Merdeka itu tidak akan dibenarkan untuk dijadikan tapak himpunan. Sekali lagi pihak stadium akan menjadikan soal permit sebagai alasan seperti mana DBKL menjadikan alasan tidak ada permit untuk mereka tidak membenarkan Dataran Merdeka menjadi tapak protes duduk dan bantah yang tidak lama dulu.
Ketidaksediaan memberi permit ini adalah sebahagian dari tanda-tanda kelemahan dan kenazakan kerajaan UBN itu sendiri. Jadi ia tidak anih dan pelik lagi sebab sikap itu menjadi tanda-tanda kehancuran yang jelas . Sedar atau tidak, negara ini tidak ada kebebasan. Penguasa politik negara ini mencekik darah sesiapa saja demi menyelamatkan kuasa. Transformasi yang dilaungkan oleh Najib Razak hanyalah laungan yang tidak sedikit pun memberi makna.
Tidak mengapa, sama ada himpunan itu ada permit atau tidak, ia tidak perlu jadi persoalan dan alasan untuk tidak hadir. Sebelum ini dalam beberapa siri himpunan yang diadakan tidak pernah pun mendapat permit. Permit hanya diperuntukkan tetapi tidak pernah dilaksanakan. Namun ternyata himpunan berjaya. Puluhan ribu keluar menggabungkan diri menyatakan protes dan menzahirkan perasaan terhadap apa yang diingini. Walaupun ditangkap dan didakwa namun rakyat tidak perenah serit. Walaupun dipukul dan dilakukan berbagai penganiayaan terancang, rakyat tidak merasa menyesal, gerum dan serik.Bahkan ketiadaan permit itu dianggap sebagai lesen besar untuk hadir.
Sekatan untuk rakyat berhimpun seperti hari kebangkitan rakyat itu sudah tidak dapat dihalang dan disekat lagi. Rakyat sudah jadi gila dan hilang kewarasan dalam menerima larangan yang tidak berasas. Hujah kerajaan menghalang himpunan sudah tidak munasabah lagi. Setiap apa yang berlawanan dengan naluri rakyat adalah satu keputusan yang dianggap gila oleh rakyat.
Atas maksud dan tujuan seperti disebut di atas tadi semua rakyat yang cintakan terlahirnya pemimpin yang bersih, adil dan bertanggungjawab perlu menyertai HKR Sabtu ini. Ia adalah penting dan menjadi klimeks kepada perubahan yang ditunggu menjelang pilihan raya umum nanti. Senario yang berlaku 12 Januari nanti akan menjadi petanda dan gambaran awal apakah keputusan pilihan ke-13 kelak. Dari situ akan mencerminkan apakah UBN atau kuasa zalim, penindas dan kolot akan tumbang atau terus tegak atas kerusi kekuasaan.
Suka disebut tuntutan untuk melahirkan proses pilihan raya yang adil dan bersih ini bukan hak pembangkang saja, tetapi ia adalah hak semua rakyat negara ini. Kalau kebetulan UBN masih menang setelah dibersihkan apa yang tidak bersih dan diperbetulkan apa yang tidak betul (adil) itu, ini bermakna rakyat akan mendapat pemimpin yang diidam-idamkan. Bukan bererti pemimpin yang bersih dan adil nanti datangnya dari pihak Pakatan Rakyat. Bertolak dari maksud dan nawaitu tidak ada sebab untuk sesiapa juga menolak acara berkenaan.
Justeru setiap rakyat negara ini yang cintakan kedamaian, tidak kira cenderong kepada mana-mana ideologi, PAS, Umno, DAP, MIC, MCA, PKR dan lain-lain yang berazam membuang kotoran kekuasaan yang ada harus hadir bagi menyatakan sokongan dan menggabungkan semangat mempertahankan haq. Jangan mengira himpunan itu milik siapa tetapi apa yang perlu difikirkan maksud dan tujuan himpunan itu adalah untuk Malaysia.
Perjuangan menegakkan kebenaran, keadilan dan hak bukan milik sesuatu kelompok tetapi milik semua antara kita.
Usah gentar dan takut sama-samalah memaknakan hidup kita ini yang asalnya dari nasak perjuangan. Jangan jadikan diri kita sebagai tunggul kayu tempat segala macam haiwan, unggas bertengek dan membuang najis di atas yang bisa diperlakukan apa saja oleh UBN.
Kita adalah manusia, kita adalah rakyat. Ayuh...ayuh... bangkit! [wm.kl.8:18 am 09/01/13]
5 comments:
Himpunan kebangkitan rakyat ke himpunan pakatan rakyat ? Bila ada orang politik dibelakang saya dah jadi ragu2 sebab faham2 lah orang politik ni akan do anything untuk survival politik mereka.
Sukar untuk melihatan himpunan massa seperti itu tanpa ada unsur politik di belakangnya.
Assalamu alaikum tuan. Kalau pertandingan bola pun ada orang politik, mana mungkin HKR ini tiada unsur politik. Anak-anak bermain pun pandai pilih ketua mereka, tak berakal sungguhlah kita kalau pembnerian BRIM tak ada niat politik. Jadi, HKR memang kebangkitan politik rakyat yang menterjemahkan makna demokrasi barat iaitu dari rakyat, untuk rakyat oleh rakyat. Tuan, semoga bertemu di kuala lumpur sabtu ini. Apa pun selagi tak berakhir himpunan dengan aman saya masih tak percaya jaminan polis seperti yang dikatakan oleh pihak penganjur semalam namun harapan masih ada kerana polis juga rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Tengok tadi dalam berita. Pengurusan stadium nasional dan juga stadium merdeka sudah bagi kebenaran untuk digunakan sbg venue utk perhimpunan politik ini. Mohon tn mso sahkan kesahihan berita ini
Saya harap perhimpunan itu nanti akan berlansung dengan aman tanpa provokasi. Sebab memang ada yang berharap sangat perhimpunan ini tak aman kerana boleh guna buat modal politik.
Post a Comment