Friday, January 18, 2013

Mahathir Pemanipulator Sejarah : Azmin

KENYATAAN AKHBAR                                                                                                        

Mahathir seorang yang angkuh tidak pernah menyesal dengan kesalahan dan manipulator sejarah yang tidak bertanggungjawab, demikian tegas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. 

Katanya percubaan Mahathir untuk mengheret bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman dalam kekotoran yang dilakukan adalah satu perbuatan kekotoran dan hina. 

Kata Azmin, Mahathir cuba mengheret nama Tunku untuk menghalalkan perbuatannya memberi IC palsu kepada warga asing di Sabah sama dengan apa yang Tunku Abdul Rahman laksanakan selepas merdeka yang memberikan IC menerusi dasar Jus soli. 

Berikut adalah kenyataan penuh Azmin:


Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.

Percubaan Dr. Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina. Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.

Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita. Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr. Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.

Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.

Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut. Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.

Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.

Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr. Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
[wm.kl.11:56 am 18/01/13]

6 comments:

ulitmayang said...

sebagai diktator agung dizamannya , mahathir tidak perlu rasa segan & silu

,,,,,,,, begitu lah sifat & ciri seorang diktator

,,,,,,peduli apa dgn apa org kata

,,,,,,,,usd40billion , bila dia nak habiskan

,,,,,,,,, blm ada yg mampu menandingi kehebatan diktator kelahiran kerala ini , zaman ,abad & kurun ini

,,,,,,,

ayba said...

Tidak mahu mengaku salah dan meletakkan kesalahan pada orang lain adalah keperibadian dia. Meletakkan kesalahan pada Tunku adalah tidak bertanggungjawab. Sepatutnya dia malu kerana tunku tak boleh menjawab.

Unknown said...

Mengapalah engKau di Lahirkan dimuka bumi ini sebagai Mahathir. Lebih Baik kau lahir sebagai Jerung.-- Atau ular tedung senduk.

imah said...

Salam Tuan Mso,

Saya pikir PRU 13 ni ada masaalah besar berhubungkait dengan RCI kat Sabah sekarang.

Jika RCI itu mengesahkan IC Mykad Projek pendatang Sabah itu sebagai sah di sisi undang-undang makanya PRU 13 sebagai sah.

Apa jadi kalau RCI putuskan Mykad itu sebagai tidak sah?

Pertanyaan saya:

1. Jika keputusan tidak sah itu dibuat sebelum PRU 13, adakah SPR mampu membuang nama mereka ini daripada senarai daftar pemilih?

2. Jika ada nama mereka tidak berjaya dibesihkan semuanya dan ada yang hadhir membuang undi dan dapat dibuktikan mereka mengundi selepas selesai PRU, adakah PRU bahagian itu boleh diisytihar batal?

3. Jika keputusan Mykad pendatang itu diumumkan RCI sebagai tidak sah selepas selesai PRU sedangkan semua pemegang Mykad itu hdhir membuang undi, apakah risikonya? Adakah PRU 13 itu sah?

Harap dapat tuan bagi komentar isu ini.

Terima kasih

PokAmid said...

Dia lah ada lah sebesar-besar pengkhianat negara yang pernah menghuni negara kita. Celaka Mamaktaik! Maafkan saya kerana bersikap kurang adab kerana tak tahan dengan sikap situa kutuk ini.

insafdoh67 said...

Kita hukum pengkhianat Negara. Takbir. Takbir.Takbir....