Monday, January 7, 2013

Zahid Hamidi Perlu Tiru Nik Aziz

SESUDAH SUBUH                                                                                                                              

Salah "sekor" Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil tanggungjawab berani dan telus seperti mana Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat lakukan, yang sedia membuka pintu pejabatnya selama 25 jam kepada Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa-apa saja yang diragui berlaku penyelewengan dalam kerajaan Kelantan.

Kalau Nik Aziz berani dan tulus membuka pintu pejabatnya maka Zahid juga perlu lebih berani dan tulus membuka gate Kementah. Kalau Nik Aziz hanya buka setakat 25 jam, Zahid perlu membuka sampai 26 jam. Kerana saya yakin penyelewengan di Kementah lebih banyak berbanding di Kota Darulnaim.

Zahid tidak perlu bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi 'buta rengga' mengenai gajah di tepi mata. Gesaan Zahid supaya Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas sebenarnya tidak perlu dan tidak termasuk dalam buku log yang perlu disegerakan.

Zahid tidak perlu pun concern terhadap perkara itu dengan meninggalkan perkara-perkara atau kerja lain yang berada di bawahnya yang banyak belum selesai dan disalaputi kemesterian.  Beliau perlu utamakan apa yang bergeliwat di sekitar kementeriannya.


Perkara ditimbulkan Zahid itu adalah perkara remeh dan ia tiak ada kena mengena dengan kepentingan negara pun. Ia juga tidak dapat memberi benefit besar kepada UBN di dalam pilihan raya. Rakyat tidak merasa apa-apa dengan kesalahan teknik didalam parti Cina DAP itu. Undi Cina untuk Umno tidak akan mengubah kalaupun Zahid dan para pemimpin Umno lain melanyak dan memprajudiskan DAP. Bahkan cara itu menjadikan Cina lebih nekad untuk undi DAP.

Banyak masalah dan perkara yang Zahid perlu bnereskan. Isu-isu di sekeliling 'pinggan mangkuk makannya' masih 'berporah'. Banyak isu atau pun tragedi yang terbunting dalam Kementerian Pertahanan (KP). Paling baru ialah apa yang didedahkan oleh taukeh karpet, Deepak Jaikishan mengenai campur tangan KP dalam pembelian dan penjualan saham Deepak dalam syarikatnya Astagacanggih Sdn. Bhd.

Deepak mendedahkan bagaimana beliau diarah oleh KP supaya menjual saham miliknya dalam syarikat itu untuk menampung kewangan dalam pembelian tanah yang ada kaitan dengan pemimpin betina Umno.

Penjulana itu kurang disenangi oleh Deepak dan kelihatan semacam ada paksaan. Urusniaga itu juga telah memberi keuntungan kepada kroni Umno. Selain itu dalam proses pembelian tersebut juga seolah ianya telah menggunakan wang bekas pesara tentera dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk kepentingan pihak tertentu. Penggunaan wang LTAT itu tanpa 'kelulusan' penyimpannya tidakkah ia satu penyelewengan besar?

Perkara ini dulu yang perlu diutamakan oleh Zahid. Sebagai menteri bertanggungjawab beliau harus clearkan kedudukan atau peranan LTAT yang ada hubung kait dengan tanggungjawab sebagai menteri pemantau. Sebelum Zahid mahu bersihkan laman rumah orang dia kena bersihkan halaman rumah tangganya sendiri dulu. Betapa pun Zahid ikhlas dalam perkara itu, tetapi orang nampak beliau munafik kerana keadaan kotor dalam rumahnya sendiri gagal dibersihkan. Apa lagi kalau kotoran itu sampai peringkat najis mughalazah.

Sebenarnya bukan itu saja yang perlu diberikan tumpuan oleh Zahid. Berbagai isu lagi yang boleh menjejaskan integriti kementerianya dan reputasi dirinya sebagai pemimpin. Misalnya pembelian peralatan perang seperti kapal selem, (Scorpene) melibatkan komisyen ratusan juta ringgit, kereta kebal, kehilangan injin jet sebelum ini dan lain-lain menjadi persoalan. Kenapa Zahid tidak menumpukan untuk menyelesaikan perkara ini dan tidak obses sangat kepada soal-soal membersihkan perkara itu dengan mempelawa SPRM masuk ke Kementah?

Tindakan Zahid meminta ROS agar menyiasat DAP itu dilihat sebagai songsang. Kerana sikap songsang dilakukan Zahid inilah menyebabkan orang ramai konfis dan kecewa dengan Zahid. Apakah dia diletak di kementerian itu untuk mengawal kementerian itu sebagai sebuah kementerian yang terehebat dan sifir dari sebarang penyelewengan kerana kementerian itu harus menjadi sebuah kementerian terbersih, atau sebaliknya.

Zahid kena pastikan KP bersih dari rasuah dan penyelewengan. Kalau KP terikut-ikut sama dibumbui elemen-elemeh itu ia sesuatu merbahaya. Kalau di KP ada orang sanggup dan tergamak menerima rasuah, ibarat kata negara ini akan hancur luluh. Hari ini rasuah adalah musuh nombor satu negara yang perlu dibenteras habis-habisan.

Dari sudut itu Zahid gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Disebabkan itu maka orang membuat kesimpulan mudah Zahid di KP bukan berfikir dan mencari idea-idea macam mana hendak memperkuatkan pertahanan negara sebaliknya semacam hendak mempertahankan kedudukan dan kekuasaan Najib Razak dalam anjung politik serta sekaligus menutup kesalahan Najib di KP itu.

Satu demi satu isu yang bangkit dari kementerian itu menyusahkan Zahid dan menjadikan dia sebagai pengandang biawak hidup milik Najib yang terlepas sangkar. Kalau dikira semua isu-isu yang timbul di kementerian itu ia menetas di zaman Najib menjadi menterianya. Apakah Zahid sudah terjerat dengan Najib maka beliau tidak dapat menjengukkan kepala dan akur atas apa saja arahan atau 'mempolotkan' dia dengan najis?

Zahid masa ada peluang untuk membaiki keadaan. Pintu taubat belum tertutup. Beliau tidak perlu menumpukan pemikirannya untuk memburukkan parti-parti Pakatan Rakyat, sebaliknya kena membuat kerja yang ditugaskan ke atas bahunya sebagai menteri pertahanan. Kerja-kerja memburukan parti Pakatan Rakyat dan pemimpinnya serah kepada Ahmad Maslan, Puad Zarkasi, Khairy Jamaluddin yang tidak ada kerja itu, ataupun swastakan sepenuhnya kepada beberapa ekor 'dubuk parlimen' yang lompat parti.

Bayar dan upah mereka, tahulah mereka membuatnya. Para dubuk parlimen seakan kekeringan idea dan kehabis isu kini untuk membantu UBN. Sayanglah kalau Zahid tidak memahami harapan dan impian rakyat yang disandarkan kepadanya. Beliau yang berlatar belakangkan pendidikan Islam tidak seharusnya bersubahat dengan kejahatan dan kebejatan. Biarlah ada 'gundal' (simpanan) di dalam Umno orang baik dan bersyaksiah seperti Zahid.

Beliau patut menjadi pengislah di dalam Umno dengan peranan utamannya menyelesaikan kes-kes seperti ditinggalkan oleh Najib dalam KP itu.

Selepas ini kita mahu dengar Zahid menjemput SPRM menyiasat berhubung skandal Scorpene, projek Puspahas, pemberian tander pembelian peralatan perang dan sebagainya. Kalau Zahid tidak bersedia meniru langkah diambil Nik Aziz eloklah Zahid berhenti sebagai menteri. Lebih baik kita tidak berjawatan daripada kita disumpah dan dicemuh sepanjang masa bermula dari Januari hingga ke Disember hingga ke hari kimat. Beranikah Zahid?  [wm.kl.7:26 am 07/01/13]


1 comment:

sizzly7761 said...

Confirm zahid tak berani! Orang kata kalau kita bersaing dengan orang jahat,maka tempias jahat tu sikit banyak kena kat kita! Sahsiah agama bukan jaminan seseorang itu tidak terjebak dalam rasuah atau salahguna kuasa!