Monday, April 5, 2010

Eksklusif Tengahari

Zaid Calon PKR Hulu Selangor

[kemaskini] BEKAS Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, 59 yang disebut-sebut akan diturunkan PKR untuk mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor sudah hampir pasti akan dicalonkan PKR.

Zaid (foto), yang dipecat dari Umno kerana tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan Umno yang tidak berubah dari paradigma konservetifnya dipilih berdasarkan populariti beliau sebagai salah seorang pemimpin PKR di peringkat nasional.

Beliau adalah antara lima calon yang disenarai pendek PKR sebelum ini.

Zaid adalah pemimpin PKR yang juga menjadi penyelaras parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Zaid lahir di kampung Chat, Bachok Bachok, Kelantan. Menyertai Umno sejak belasan tahun dan aktif dalam parti itu 1986 ketika berusia 40 tahun. Berkelulusan dalam bidang undang-undang dan menubuhkan firma guaman terkenal Zaid & Co.

Jawatan tertinggi beliau dalam Umno ialah selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan. Pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Jawatan tertinggi yang pernah dipegang dalam kerajaan, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Zaid mengambil keputusan melepaskan jawatan dan tidak terus berada dalam kabinet Najib apabila perubahan yang hendak dilakukan terutamanya dalam sistem kehakiman ditentang rakan dalam UBN.

Seorang yang berprinsip dan tidak tunduk kepada tekanan daripada terus memperjuangkan nasib rakyat bawahan. Beliau mempunyai seorang isteri, Suliana dan tiga anak, Karzan, Ezra dan Alysha.

Pemilihan Zaid sebagai calon PKR diyakini akan memberi tentangan sengit kepada UBN sama ada parti itu meletakkan wakil MIC atau Umno dalam pilihan raya 25 April nanti.

Semalam PKR telah mengadakan mesyuarat biro politik dan dipercayai telah memutuskan Zaid Ibrahim sebagai calon. Pengumuman Zaid sebagai calon akan dilakukan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim Khamis atau Jumaat ini. Manakala laporan terbaru menyebut pengumuman calon PKR akan dibuat dua hari lebih awal dari UBN iaitu pada 13 April manakala UBN pada 15 April. [wm.kl. 1:10 pm 05/04/10]

3 comments:

Unknown said...

Salam tuan MSO,

perlantikan DZI untuk bertanding kerusi MP Hulu Selangor bagi saya merupakan langkah tepat yang diambil oleh PKR bagi menandingi saingan daripada BN dalam pilihanraya kecil nanti. Asas kepada pemilihan ini saya lihat sebagai berikut;

i. DZI merupakan bekas menteri yang meletak jawatan kerana prinsip.
ii. menyambung legasi penyandang sebelum ini iaitu daripada PKR.
iii. Suasana pengundi di kawasan itu yang majoriti melayu diharap dapat menarik sokongan dengan meletakkan calon melayu.
iv. DZI diharapkan dapat menyaingi bakal calon dpd BN dari segi ketokohan.
v. Diharapkan DZI dapat menambahkan kekuatan MP pembangkang dalam parlimen nanti sekiranya menang.
vi. DZI masih lagi tidak memegang apa2 jawatan politik selain jawatan dalam parti.

Selain itu, DZI juga dilihat calon yang sukar digugat oleh mana-mana bakal calon BN jika diukur dari segi ketokohan dan pengalaman. Beliau juga setahu saya tidak pernah dikaitkan dengan apa2 skandal yang besar. Imej politik beliau sangat jelas dengan perjuangan PKR dan PR umumnya. Beliau sangat disegani oleh pihak kawan atau lawan. Namun begitu, sebagaimana dikatakan oleh tuan sebelum ini, apa2 yang mustahil boleh terjadi dalam pilihanraya kecil.

Putra IJ80 said...

Sya.mungkin masih mentah dalam kancah Politik.

Tapi Pemilihan DZI.,sebagai calon mempertahankan P94 Hulu Selangor,amat bertepatan.

Insyallah Hulu Selangor kekal di tangan PR.

FALIHAH said...

salam, tak dapat dinafikan kebolehan dan pengalaman politik DZI yang luas sama ada semasa di dalam kerajaan atau pakatan rakyat tetapi saya merasakan dalam pilihanraya kecil calon tempatan (anak selangor) adalah salah satu faktor yang perlu diambilkira. sentimen pengundi dalam pilihantara kecil adalah berbeza dengan pilihanraya umum terutama kaw majoritinya melayu seperti hulu selangor.