Wednesday, January 28, 2009

Susupan Petang

Umno Perak Sudah Rosak

UMNO Perak nampaknya semakin goyah dan hilang tumpuan. Semuanya berpunca daripada tindakan nekad seorang Adunya, Nasaruddin Hashim bertindak meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Penghijrahan Nasarudin itu menyebabkan Umno tidak dapat melakukan apa-apa lagi melainkan hanya setakat boleh mengeluh dan menyesalkan saja. Nasarudin sudah tidak dapat berundur ke belakang lagi.

Pagi ini Nasirudin sudah mengunjungi Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin. Kunjungan tersebut membuktikan bahawa Nasarudin tidak akan terpanggil lagi kepada usaha untuk membujuknya semula. Penghijrahan Adun Bota itu bukan kerana merajuk yang boleh dipujuk tetapi kerana beliau kecewa dan kesal dengan Umno.

Seperti mana jelasnya beliau hijrah ke dalam PKR bukan kerana ingin jawatan seperti mana yang dituduh ke atasnya. MB Perak juga memperakui tidak ada apa-apa jawatan kepada Nasarudin. Bagaimana pun dalam politik adalah biasa kalau seseorang yang baru berhijrah diberikan jawatan setanding dengan kedudukannya. Ia bukan sesuatu yang pelik.

Mungkin kisah Nasarudin menyertai PKR itu tidak perlu difikirkan lagi oleh Umno. Sebalik apa yang mungkin memeningkan kepada ialah ura-ura ada tiga orang lagi Adun BN yang dikatakan berhajat untuk melakukan hal yang sama.

Mereka yang disebut-sebut ialah Hamdi Abu Bakar (Beruas), Ahamad Pakeh Adam (Lintang) dan Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah). Walaupun dua daripada tiga Adun ini dikatakan ada pergi menghadap Mohd Najib Razak kelmarin untuk menyatakan sikap dan melafazkan ikrar taat setia namun ia bukan perbuatan mutlak menjaminkan mereka tidak akan meninggalkan Umno.

Raja Ahmad Zainuddin dikatakan tidak ikut serta dalam rombongan melafaz ikrar itu konnonya beliau berada di luar negara?

Penghijarahan Nasarudin dan apa lagi kalau diikuti oleh tiga Adun itu ia memberi pukulan maut kepada Umno Perak. Kesan kepada penghijrahan itu menyebabkan maruah Umno Perak boleh jatuh terburai dijalan.

Ia memberi gambaran bukan saja ahli yang kadang kala terlena dengan sesuatu yang baru tetapi pemimpin sendiri sudah hilang kepercayaan. Kalau pemimpin sudah hilang kepercayaan ia bermakna parti itu sudah tidak ada hala tuju dan masa depan yang cemerlang lagi.

Kebetulan Nasarudin dan dua lagi Adun adalah bekas Ketua Umno Bahagian. Mereka kalah dalam pemilihan jawatan Disember lalu. Manakala Raja Ahmad Zainuddin pula sedang berhadapan dengan masalah akan ditentang oleh Hamzah Zainuddin. Apakah Raja Ahmad menunggu dia dijatuhkan baru hendak menyertai PKR?

Jadi dengan situasi itu ada yang mengatakan mereka ini kecewa kerana kalah dalam pemilihan itu maka mereka beralih ke parti lain. Sebenarnya kalau benar disebabkan mereka kalah dalam parti, tetapi tentu ada yang menyebabkan mereka sanggup berpaling tadah dan menukar wadah perjuangan.

Sebelum ini pun ramai ketua bahagian yang kalah, hatta yang bertanding timbalan presiden, naib-naib presiden pun ada yang kalah namun mereka tidak sampai mengambil keputusan untuk meninggalkan parti. Jadi tuduhan itu tidak benar dan cuba merendahkan politik mereka itu.

Jelas mereka mula tidak minat kepada parti Umno ialah kerana budaya dan sistem yang diamalkan parti berkenaan. Sesuatu yang bertentangan dengan budaya dan pemikiran mereka sudah tentu mereka rasakan tidak wajar mengikutinya lagi. Mungkin salah satunya mereka kecewa dengan rasuah yang bermaharaja lela dalam parti berkenaan. Mungkin juga mereka tewas sebagai ketua bahagian kerana mereka tidak mahu rasuah bukan kerana ditolak atas faktor lain.

Ekoran perkembangan itu Umno Perak khasnya dan Umno Malaysia sudah mengambil beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan Umno Perak. Antaranya Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Mohd Tajol Rosli Ghazali akan berundur dalam tempoh terdekat. Tempat beliau akan diambil oleh Mohd Najib Razak ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Kalau pun Najib mengambil alih mungkin untuk seketika saja kemudian akan diserahkan kepada Zahid sekiranya Zahid menang sebagai salah seorang Naib Presiden. Soalnya apakah peralihan itu akan membawa perubahan dan dapat mengembalikan suasana di Perak?

Apakah tidak mungkin dengan berlakunya peralihan kuasa itu ia menambahkan lagi kecelaruan dan kegoyahan Umno Perak? Dalam keadaan hari ini, apa juga yang diperlakukan kepada Umno ia tidak mudah untuk jadi sempurna semula. Kegoyahan Umno Perak samalah dengan keadaan rumah buruk yang terletak di atas pasir lembut. [d'kota kl 9:15 pm 28/01/09]

3 comments:

mal887 said...

Salam Tuan;

UMNO sebenarnya double standard... memanglah melompat tu dikira sesuatu yang tidak bermaruah...tapi..

Kalau ADUN BN lompat ke parti lawan dikatakan tiada maruah dan harga diri serta di MINTA MENGOSONGKAN KERUSI ADUN tapi kalau parti pembangkang melompat ke BN adakah MEREKA JUGA DIMINTA UNTUK MENGOSONGKAN KERUSI?????

Pasti TIDAK bukan????

Anonymous said...

salam tuan MSO.

kegawatan umno perak kini sudah terang dan nyata. pandangan saya umno perak memang sudah goyah sejak tewas dalam PRU lepas. namun dengan segala upaya mereka cuba untuk menutup kepincangan dalaman tersebut. perkara ini adalah biasa dalam mana-mana parti. cuma yang menjadi tanda tanya kepada rakyat adalah adakah umno perak akan menjadi seperti umno kelantan yang mana ahli-ahlinya hanya mementingkan jawatan dalam parti mereka sahaja dari berusaha membantu rakyat?

Pak Mat Tempe said...

Salam Sejahtera MSO,
Pada pendapat P.M.Tempe masalah UMNO bukan berlaku diPerak sahaja tetapi diseluruh negara.

Salah satu sebab yang wak nampak adalah, pemimpin nya yang terlalu ramai berminat dan asyik memberi nasihat kepada rakyat dari mendengar nasihat dari rakyat .kekadang malas nak mendengar nya hari2 dimedia cetak dan elektronik. Kata kata yang biasa sangat kita dengar seperti kita jangan cantas mencatas, jangan amal politik wang, penjenamaan semula parti, parti hilang daya tarikan, mesti turun padang pergi ke akar umbi, mendekati rakyat, hidup sederhana, jangan membazir dan macam2 ayat yang molek2 dan retorik.

Pak mat Tempe yang tak sekolah tinggi ni nak beritahu, nasihat itu semuanya baik dan message nya positif dalam manjalani kehidupan tetapi adakah mereka yang menasihat ini mengamalkan apa yang dikatakan terutamanya dalam pertandingan dan menjalani kehidupan seharian. Bukan apa, pemimpin adalah kalifah dan role model (sepatutnya lah) harus memberikan contoh yang baik.(Buat apa yang dicakap dan cakap apa yang telah dibuat)

Persoalan nya berapa ramaikah dari pemimpin yang sanggup berkorban dan hidup seperti Nik Aziz (maaf wak bukan orang pas tapi kagum kat keperibadian dia)menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan dari segi berbelanja, berpakaian, berkenderaan, rumah kediaman, percakapan. Tidak salah pemimpin mengambil faedah peribadi yang halal, kediaman yng selesa untuk keluarga, tetapi berpada pada lah jangan over ,rakyat jadi meluat bila datang melawat rumah termiskin bawa kereta besar dengan cermin gelap ala presiden Amerika dengan pengiring2 nya. Apa nak ditunjuk kepada wak dan rakyat yang pakai basikal lebih2 pun motor cup tahun 70han dalam urusan harian. Ingat lah kita bukan berada ditahun 60han,70han, 80han dimana rakyat hormat tanpa soal pada pemimpin. Sekarang Rakyat dah pandai dan berani gunakan hak nya (Bukan rakyat dah cerdik atau sedar seperti selalu diucapkan,rakyat memang sentiasa sedar dan cerdik pun sebelum ini,tetapi belum tergamak mengundi lain dari dacing. Tetapi itu dulu

Dari proses pendidikan jenerasi sekarang lebih terdedah kepada ilmu tentang demokrasi, Doktrin Pengasingan Kuasa(Separation of power) dengan fungsi dan had had kuasa yang ditetapkan bagi negara pengamal demokrasi, Sistem Federalisma dalam perlembagaan, kebebasan dan fungsi SPR, The Rule of Law, good governance dan keterbukaan serta ketelusan.

Nampak nya Pak lah dah buat apa yang sempat(Kehakiman , Anti Rasuah) saya tahniah kepada beliau. Sekarang rakyat menunggu perlaksanaan nya oleh pemimpin seterusnya.Jika perlaksanaan nya baik dan cantik UMNO tak perlu risau rakyat akan tetap memilih nya pada PRU13,Tetapi jika sebaliknya wak tak dapat ramal lah apa akan jadi pada BN.

Pilihanraya adalah pertandingan 'who can give better service, 'who can produce better product, 'who can give better result. baru lah diikuti oleh marketing 'rebranding' ke, promosi ke. Rakyat sebagai pembeli/hakim memilih yang perkenan dihati berdasarkan 3 diatas (the best among the best). Pemberian projek masa pilihanraya dah tak jalan dah contohnya PP dan KT. Oleh itu tak payah kempen ala tahun 60han untuk menjenamakan UMNO.Kekuatan parti politik bergantung kepada pemimpin nya seperti kata bijak tak pandai 'There is no bad soldiers.

Walau apa pun Wak tetap berpendirian parti parti politik dimalaysia ini harus bersatu untuk kepentingan rakyat. Memang ramai yang tak setuju tetapi semua pehak kena renung2kan baik buruk nya. Pemimpin yang baik adalah yang membawa obor perdamaian dan perpaduan. Pemimpin yang jujur akan meletakan Negara dan Rakyat diatas segalanya. Tidak mustahil dilakukan , ia bergantung kepada niat kita dan 'political will' masing2 pemimpin.

Ikut contoh kepimpinan Allahyarham Tun Abd Razak kurang bercakap banyak berfikir, merencana , melakasana program rakyat terutama melayu,menyatukan parti parti politik dimana hasil pemikiran nya sebagaimana hasil yang kita nikmati sekarang.

Wak rasa cabaran lebih kuat dizaman tun Razak dengan masalah komunis, konfantasi, 13mei tetapi beliau tidak panic atau mengelabah. Sebabnya apa. Tak lain tak bukan kerana beliau ada lah pemimpin tulin dimana kehidupannya disumbangkan kepada negara dan rakyat. Tidak bercakap lebih tetapi menunjukan hasil nya. Sekian