Wednesday, June 24, 2009

Releks Malam

Catatan Penyelesaian

ANGAN-ANGAN untuk melihat berlakunya kerjasama antara Umno dengan Pas telah terburai. Pas terpaksa akur kepada tentangan DAP dan PKR dari melakukan ‘mahasabah’ bersama Umno. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta beberapa pemimpin yang mempunyai pandang tembus dalam Pas sendiri berjaya memujuk Abdul Hadi Awang supaya tidak meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Jadi kini, idea mengenai kerajaan perpaduan sudah pun khlas, sudah tamat!

Hari ini Pas kembali menjadi Pas yang asalnya yang bergabung dengan PKR dan DAP. Semangat reformasi yang dicetuskan tahun 1998 masih kekal dan semangat inilah yang akan diheret sehingga pilihan raya umum ke-13 nanti.

Manakala Umno pula kembali menjadi dagang dan yatim sendiri. Umno tidak ada jalan lain melainkan kena mengukuhkan parti itu serta institusi Barisan Nasional. Umno dan Najib tidak boleh berharap kepada Pas lagi untuk menyelamat nyawanya. Najib tidak berjaya untuk mengambil kesempatan atas kesediaan Umno berunding dengannya.

Hormatilah apa yang berlaku. Jangan cuba mempersalahkan sesiapa. Najib jangan salahkan Hadi, dan Hadi jangan salah Anwar, Lim Kita atau Umno. Jangan mencari alasan dangkal dan diketawakan budak untuk menghalalkan tindakan masing-masing.

Tanpa kerjasama Pas – Umno pun politik kita boleh tenang dengan syarat kita bermain dengan penuh kejantanan dan berakhlak. Dr Mahathir juga telah meminta ahli politik berakhlak. Akhlak di sini bermakna kita hormat pihak lain dan jangan cuba bermain jahat.

Dalam keadaan rakyat sudah celik dan terbuka - kejahatan, tindakan samseng seperti itu tidak laku lagi. Sesiapa bertindak secara purbakala ia akan dikecam dan akan dijauhi rakyat. Sekarang ini zaman orang bertindak dan berkerja secara profesional.

Misalnya kalau UBN menghormati tatacara demokrasi, tidak melakukan penyelewengan, perogolkan ke atas undnag-undang, rakyat tidak akan memberontak, rakyat akan hormat. Tetapi kalau itu digunakan rakyat akan bertindak menentangnya.

Kemenangan dalam politik bukan dengan jaminan kejahatan dan kesadisan. Kemenangan yang cemerlang ialah dicapai dengan kerja-kerja penuh keikhlasan, bertanggungjawab dan mengikut etika.

Justeru janganlah marah kepada Pas. Abdul Hadi cuba hendak membawa pendekatan siasah mengikut acuan pemikirannya. Apabila ia tidak dapat diterima kerana sebab-sebab tertentu apa boleh hendak dilakukan.

Politik Pakatan Rakyat mungkin akan merasa lega dan lebih tenang dengan selesainya is ini. Cuma apa yang mungkin menimbulkan kekalutan semula jika tertakdirnya berlaku sesuatu ke atas Anwar Ibrahim selepas ini misalnya beliau dipenjara atau ditahan. Maka Pakatan sekali algi akan mengalami ujian dan cabaran besar. Cabaran itulah yang ditunggu kerana ia merupakan cabaran terakhir sebelum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. [wm.kl. 9:15 pm 23/06/09]

5 comments:

Salleh - Putrajaya said...

satu pandangan yang ikhlas dan tanpa terikat dengan mana-mana retorik. Tahniah tuan MSO.

hakimi mahmud said...

salam..saya berani meramalkan dan bertaruh(jika pertaruhan tidak haram), bahawa anwar ibrahim akan dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan..bukan karena dia salah atau tidak..tapi kerana umNO main taktik lama..

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Yah..
betol tu..
sepatutnya kita menghormati setiap idea dan pandangan orang lin. jangan cepat nk berkelahi sana sini. kan bijak kalau dibahaskan dulu sesuatu idea. kalau idea ditolak mentah2 alangkah ruginya kalau2 ada kebaikan di dalm idea tersebut.

firdaus said...

sekiranya DSAI ditangkap pastinya akan mencetuskan perang yang lebih besar dari perang dunia ketiga

pastinya ia akan menjadi satu perjuangan jihad menentang pemerintah

dalam keadaan umno yang kian tertekan takkan mereka nak buat sesuatu yang menambahkan lagi tekanan......

janganlah jadinya apabila suatu ketika dulu referomasi akan pula bertukar menjadi revolusi pula.

tak mungkin najib sebodoh itu.

kalau sekarang kerajaan perpaduan dah tak da mungkin ada baik najib melibatkan pembangkang dengan membawa masuk lebih banyak idea2 pembangkang utk membangun dan menyelamatkan negara

bukankah itu lebih baik dari buat kerja yang dikira agak bodoh dan tak kemana-mana..

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

Isu yang telah selesai tetapi masih mahu di keber keber (dedah dan dipanjang pangjangkan)sama ada didalam perhimpinan yang kononnya akan dibuat nanti atau pun didalam mana mana ceramah dikira satu kerja kurang bijak kerana akan diekploitasi seolah olah dilihat sebuah gerakan islam yang mengamalkan anti perpaduan walhal perpaduan yang dimaksudkan itu atas nama agama bukan atas dasar maslahat politik...kalau sudah tutup buku tetapi masih diwar warkan ini bermakna seperti seekor anak lembu "bertebeeek" kerana kehilangan ibu dengan harapan ibunya pulang kembali untuk membolihkan ia menetek susu,jadi fikir betul betul....!