Kematian Teo Beng Hock
Wajar Ditubuh Suruhanjaya Diraja
SEPERTI diduga kematian misteri, pegawai politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30 yang dalam proses soal siasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan pelbagai tafsiran. Paling membimbangkan ada unsur-unsur insiden itu boleh mencetuskan malapetaka besar di negara ini. Semua pihak tidak berpuas hati terhadap SPRM yang dilihat perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian malang itu.
Mayat Beng Hock ditemui di terlungkup atas bumbung dipercayai ‘jatuh atau dijatuhkan’ dari tingkat lima Wisma Masalam di mana pejabat SPRM Selangor ditempatkan.
Walaupun belum ada bukti-bukti jelas menunjukkan SPRM terlibat dengan insiden itu tetapi kerana insiden malang itu berlaku di premisnya maka SPRM menjadi tumpuan umum.
Sesetengah pihak yang emosi sudah terang-terangan menuduh SPRM bertanggungjawab atas kemalangan itu walaupun semuanya berladasakan andaian dan agakan liar.
Makanya SPRM tidak boleh mengelak lagi selain menerima andaian itu. Apa-apa tindakan mengelak tidak akan diterima malahan menjadi prejudis kepada badan itu semakin menebal. Seelokknya pihak SPRM dalam hal ini tidak banyak cakap dan serahkan saja kepada pihak yang bertanggungjawab menyiasatnya.
Memandangkan kes ini berpotensi untuk menukar dan akan dijadikan modal politik berasaskan sentimen masing-masing dan motif politik, eloklah kalau kerajaan menerima pandangan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kejadian itu. Insiden itu perlu diselesaikan segera. Kes itu tidak boleh dibiarkan tergantung begitu lama kerana kelewatan menyelesaikannya mengundangkan banyak andaian-andaian atau spkekulasi politik mengenainya.
Pelbagai pihak baik badan NGO dan Pakatan Rakyat mencadangkan agar ditubuhkan suruhanjaya berkenaan. Semua pihak seolah bersedia untuk menerima hasil siasat suruhanjaya di raja bukannya dari mana-mana agensi termasuk polis.
Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin untuk membincangkan penubuhan itu dalam mesyuarat Kabient dialu-alukan. Menurut Muhyiddin beliau memandang serius mengenai kejadian itu dan akan membawa kepada Kabinet bagi menentukan apakah suruhajaya itu perlu atau tidak ditubuhkan.
Sebenarnya bagi mengelak kebimbangan tadi, Muhyiddin atau kerajaan tidak perlu befikir panjang untuk akur dengan cadangan pihak yang mahukan kes itu dikendali/siasat oleh susurhjaya di raja. Sekiranya cadangan itu tidak dipenuhi menyebabkan berbagai persepsi akan dilemparkan kepada kerajaan. Tanggapan ini akan menambahburukkan lagi kerajaan yang kini sudah begitu buruk dan hanyir di mata sesetengah rakyat.
Makanya baik kalau beliau ada kuasa, beliau mengarahkan penubuhan sebelum Najib Razak pula ke tanah air. Waktu ini Najib berada di luar negara.
Jelas hari ini pihak Pakatan Rakyat tidak lagi percaya kepada pihak polis atau lain-lain agensi yang mempunyai tanggungjawab langsung kepada kerajaan. Sikap ini timbul ialah kerana berpandukan kepada peristiwa dan pengalaman lepas yang dilalui. Seperti mana kata penasihat umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, siasatan itu juga nanti mestilah mencakupi soal teknik dan kaedah siasatan dijalan SPRM.
Mudah-mudahan dengan adanya suruhanjaya itu ia akan memberi kepuasan kepada semua pihak. Selepas ini hendaknya isu kematian itu tidak akan dipertikiaikan lagi. Apa juga keputusan dan hasil siasatan dilakukan suruhanjaya bebas itu semua pihak kerana menerima dan redha atas apa yang berlaku.
Jangan pula hasil siasatan itu tidak memihak dan memberi kelabaan politik kepada kita akan dituduh pula suruhanjaya itu tidak bebas, tidak telus ataupun diperalat oleh mana-mana pihak.
Selagi ada sikap demikian, tubuhlah suruhajaya apa sekali pun ia tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul.
Kerjsama dan keikhlasan semua pihak dituntut bagi menyelesaikan isu ini.
Kepada mereka yang beriman (orang Islam), hendaklah redha dan rela atas apa yang berlaku itu. Selepas berpuas hati dengan segala sebab musabab kejadian itu semua pihak kena redha menerimaya sebagai takdir Allah s.w.t. Kematian Beng Hock itu bukan saja ditangisi oleh orang Cina tetapi orang Melayu juga ada yang mengalirkan air mata!
Dan Beng Hock juga istimewa kerana majlis pengembumiannya di Melaka dijangka Isnin ini akan turut sama dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat beragama Islam, barang kali termasuklah para ulama dari Pas turut sama menghadirinya bagi menunjukkan simpati dan kesungguhan untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman menerusi Pakatan Rakyat. Mungkin! [wm.kl. 2:40 pm 18/07/09]
1 comment:
Tanpa disedari SPRM telah membuat satu kesilapan yang besar apabila pegawai atasannya secara terbuka memberitahu bahawa simati yang dipanggil sebagai saksi telah disoalsiasat sehingga jam 0345pagi sebelum dilepaskan.Inilah intipati persoalan masyarakat,dan tidak heranlah terlalu banyak sekali teori-andaian diberikan.Ternyata hasrat PM,TPM dan Polis Malaysia yang meminta orang ramai jangan membuat spekulasi tidak akan ditunai.(Khir Toyo pun tumpang semangkok)
Ini ditambah ,apabila umum sedia maklum bagaimana melihat perbezaan layanan SPRM terhadap kes aduan berkaitan PR dan UBN.
Seperti kebanyakan pendapat,SPRM mempunyai tugas yang amat berat untuk menjelaskan bagaimana peristiwa ini terjadi didalam kawasan SPRM sendiri.
Jawaplah apa saja,SPRM akan tetap dituding hanya disebabkan jam 0345pagi.
Post a Comment