Perpecahan Melayu Kerana Tiada Agenda Bersama (Bhg Pertama)
Sejakterkarangnya kata-kata “Takkan hilang Melayu di dunia” orang Melayu yang sedar tiada sesuatu yang kekal di dunia ini sudah bersedia menghadapi musibah itu.
Persoalan ini tidak pernah hilang dari minda orang Melayu. Ia juga wujud secara bermusim pasang dan surut persis air laut. Adakalanya ia mengendur ada kalanya menonjol yang kadang-kadang menjadi serius sehingga setengah orang panik ‘giler’ memikirkannya.
Kebelakangan ini sekali lagi isu ini timbul dan agak rancak diperkatakan. Kali ini ia begitu kerap didendangkan dan berada dalam ruang polemik awam agak panjang.

Penonjolan isu ini ketara selepas pilihan raya umum ke-12 lalu yangmenyaksikan pertama kali Umno yang menunjangi Barisan Nasional (BN) gagal memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen. Kepercayaan bahawa kekuatan Melayu hanya berada di tangan Umno menyebabkan isu ini menjadi perdebatan dan membimbangkan.
Ghalibnya isu ini akan ditimbulkan bila mana kedudukan Umno terancam dan kritikal. Begitu juga penonjolan kini kerana kegagalan BN dalam pilihan raya lalu. Kehilangan empat buah negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor disamping gagal mengugat Kelantan benar-benar mencemaskanUmno.
Kegagalan itu disimpulkan kerana dua faktor menjadi penghambatnya; undi bukan Melayu lari dari menyokong BN dan undi Melayu tidak menyokong Umno. Manakala banyak sebab musabab yang membawa kepada munculnya situasi itu. Tetapi yang jelasnya perkembangan itu benar-benar merimaskan Umno dan juga segelintir Melayu lain yang meletakkan harapan kepada Umno atau menjadi tukang sapu ekor Umno.
Bertolak dari itu berbagai pihak seakan mula sedar dari tidur lena lantas berusaha dan berfikir mengenai survival bangsa. Berusaha untuk menyatukan Melayu. Riuh bercakap mengenai masa depan Melayu.
Perpecahan yang ketara ialah dari kalangan partisan, penganut dan penggemar politik baik yang berteraskan agama maupun yang berteraskan kepada humanisme dan materialisme.
Bila sebut parti secara automatik ia terujuk kepada dua kumpulan siasah iaitu Umno dan PAS serta sebahagiannya PKR. Sebab dalam ketiga-tiga parti ini kaum Melayu yang mendominasinya. Kumpulan atau serpihan Melayu yang berada di luar orbit politik tidak ketara keretakan mereka atau tidak berpecah langsung.
Begitu juga mereka yang berada di zone lain, kebudayaan, ekonomi, teknokrat dan sebagainya,tidak berpecah. Mereka masih aman bahkan seakan tidak mempedulikan polemik mengenai perpecahan Melayu ini.
Manakala mereka yang cemas dan sedar pula gagal mencari petua dan formula, tangkai dan azimat bagaimana hendak menyatukan Melayu. Sudah lenguh mulut mereka menyeru dan sudah hampir habis ayat-ayat Quran dan Hadith dibaca dan diterjemahkannya.
Umno pula terus menggunakan tektik reverst psikologis untuk menyatukan Melayu dengan menzahirkan kebimbangan dan menimbulkan kegerunan demi kegerunan melampau. Berbagai ‘slogan’ provokasi dicipta untuk menimbulkan rasa gerun dan seruan kebangkitan untuk bersatu – bersatu menyokong mereka!
Antaranya Melayu akan hilang kuasa, menjadi hamba di tanah air sendiri dan kemuncak akhirnya konon Melayu akan hilang kuasa majoriti. Cara sebegini sebenarnya tidak positif sebaliknya memberi kesan jiwa yang negatif.
Sebaliknya kempen dan rasa gerun yang ditimbulkan Umno itu dibantah oleh golongan lain. Hujah itu ditolak dengan anggapan kebimbangan itua dalah satu tektik Umno agar orang Melayu terus mendokong mereka. Ada yang bayangkan Melayu akan menjadi minoriti ditolak dengan hujah akademik dan janji-janji keyakinan yang berkobar-kobar.
Seorang pensyarah universiti menegaskan yang Melayu tetap akan menjadi majoriti berdasarkan kepada populasi kaum Melayu pada setiap tahun. Statistik ini menyakinkan beliau.
Di sini saya bukan nak menafi atau mengiya dakwaan mana-mana pihak yang saling bertentangan dan ghairah mengejar kekuasaan itu. Mengenai kedudukan orang Melayu atau kebimbangan terhadap masa depan kuasa politik orang Melayu ianya subjektif. Satu tanggapan yang simplistik yang tidak bertunjang kepada hakikat.
Kalau kita melihat dari kecenderongan menyokong Umno ia ada kebenarannya. Sebab kemerosotanUmno menjelaskan hakikat itu. Sebaliknya kalau kita berada di sebelah satu lagi atau ditengah-tengah, dakwaan dan kebimbangan Umno itu akan ternafi dengan sendirinya.
Kebimbangan itu bangkit dari ilusi ketakutan Umno kehilangan kuasa. [wm.kl. 6:00 pm 30/07/10]
*Artikel ini disiarkan dalam siasah Bil: 0209 18 - 24 Julai 2010.

1 comment:
Wujudnya jurang antara Melayu,antara miskin dgn kaya,antara kaum,antara agama,antara kelompok,antara puak, antara kroni,antara individu baik dalam parti yg sama mahupun antara parti berlainan semuanya kerana pemimpin yg berkuasa tidak jujur.Tidak ada rasa bersalah bila melakukan sesuatu perkara yg tidak elok,mengabaikan kepentingan rakyat,mementingkan puak dan kroni maka hari ini tercetus isu kuasa Melayu tergugat,bangsa lain sdg merancang utk memerintah negara,keistimewaan Melayu bakal tergadai dan seumpamanya.Satu persoalan ingin dikemukakan kepada pada pemimpin..siapakah yg bersalah dalam soal ini?kami [rakyat2 ] atau anda yg bergelar pemimpin?.Secara total pemimpinlah yg bersalah kerana mereka yg memiliki kuasa, memiliki perancangan, memiliki pentadbiran.Mereka yang menentukan hujung jatuhnya nasiba bangsa.Kenapa tetiba hari ini mcm2 ugutan dibuat,macam2 kerisauan dilontarkan utk rakyat fikir?Sdgkan mereka yg perlu berfikir ttg ini semua sejak dahulu.Mereka yg merancangf,mereka yg melaksana bukan rakyat.Bila kuasa di hujung tanduk mcm2 helah dibuat utk kekal berkuasa.Mereka bimbang tembelang mereka terbongkar,mereka bimbang kuasa bertukar tangan maka diterbalikkan rasa bimbang itu kepada rakyat supaya rakyat kembali menyokong mereka.Rasanya sudah terlambat utk memujuk rakyat kerana sudah lama rakyat digula dan ditipu oleh para pemimpin yg tamak kuasa dan tamak kekayaan..sesekali apa kata pemimpin diajar cara mentadbir.Biar mereka insaf.Kalau mati nanti pun mereka dalam keadaan sudah bertaubat..
Post a Comment