Gurauan Dr Hatta Agak Melebih
TAHNIAH kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya melancarkan sebuah kelab, Sahabat Pakatan di London. Dengan penubuhan kelab itu peta dunia Pakatan bertambah seinchi lagi. Ia memberi imej tinggi kepada parti berkenaan.
Tentu mereka yang melahirkan idea berkenaan ada perkiraan sendiri untuk apa kelab itu ditubuhkan. Ia juga sudah mengira gerak kerja atau pun input yang bakal diberikan kelab itu dalam menjayakan perjuangan Pakatan.
Semasa perlancarannya Raja Petra Kamarudin ada bersama. Apakah beliau dilantik menjadi presiden kelab berkenaan?
Saya tidak mahu mengulas lanjut atau membuat perkiraan awal akan keberkesanan kelab berkenaan. Itu terserah kepada pihak Pakatan Rakyat sendiri dan bagaimana kelab berkenaan berfungsi. Apakah ianya sama dengan puluhan kelab Umno di luar negara? Yang hanya kembali semasa perhimpunan parti atau meraikan kejayaan saja? Harapnya tidak begitu.
Tetapi apa yang ingin saya ungkitkan di sini mengenai cakap Bendahari Pas, Dr Mohd Hatta Ramli yang hadir sama pada majlis berkenaan. Saya kira beliau mewakili pihak Pas.
Dalam laporan yang dipetik Hatta sebagai berkata pilihan raya mengikut pandangannya akan diadakan pada tahun ini. September adalah bulan pilihannya. Itu tidak menjadi masalah, tetapi mengenai keyakinannya, kalau pilihan raya diadakan tahun ini katanya Pakatan akan menang besar. Dan kalau diadakan pada tahun depan Pakatan akan menang lebih besar.
Saya kira Hatta melawak dengan kata-kata itu. Saya tidak fikir dia sudah ada maklumat ataupun instinct awal mengenai suasana pilihan raya umum akan datang. Bila bercakap dalam sebuah majlis seperti pelancaran kelab itu ianya sebagai menyuntik semangat kepada ahli saja.
Bagaimana pun dari sudut lain kata-kata Hatta itu agak takabul sedikit. Kalaupun Hatta dan Pakatan rasa mempunyai maklumat ataupun perasaan akan menang besar ekoran perkembangan muasir ini, namun tidak wajar kalau kata-kata berlebihan itu diungkapkan. Islam mengajar kita berserdahana dalam segala hal.
Gurauan Hatta itu akan tetap menjadi pegangan mereka yang cetek dan tidak mudah faham politik. Kesannya mereka akan menjaja ke serta tempat yang Pakatan akan menang besar. Natijah dari itu ia bukan memberi semangat menambah kerja, sebaliknya akan mengurangkan rasa ingin berkerja. Simpatis atau penyokong luar Pakatan akan bersikap tidak perlu berkerja keras kalau sudah menang besar. Bagi rakyat yang mencemuhi BN mereka bukan mahu memang besar, tetapi sekadar menang satu undi pun sudah memadai. Apa yang mereka mahu tengok BN tumbang.
Cakap dan gurauan tidak salah tetapi biarlah sepadan dan kena pada tempatnya. Kalau silap cakap apa lagi berbau takbul orang akan mengatakan rendahnya mutu politik kita. Orang tentu akan mengukur sejauh manakah kekuatan dan kesediaan Pakatan untuk menghadapi pilihan raya hari ini dan membandingkan dengan persiapan yang telah dan sedang BN lakukan.
Pada saya peluang Pakatan Rakyat tidak semudah apa yang diucapkan oleh Hatta. Mungkin saya tidak layak untuk melawak dan bergurau kerana apa yang kita tulis dan catatan akan diberi perhatian dan ditandai di dalam kepala. Secara mudah bagi saya dengan gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya kini, BN ke depan. BN sudah mula membuat perang saraf dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.
Di pihak Pakatan belum ada gerakan menyerang secara tersusun. Isu-isu yang dibangkit hari ini yang kira boleh menyerabutkan BN ia timbul secara kebetulan saja. Seperti isu Apco, Sime Darby dan juga terbaru Felda. Isu itu bukan dirancang untuk digerakkan secara tersusun. Sebaliknya BN dalam mengambil kesempatan dalam isu itu sudah bertindak ke atas permit Suara Keadilan.
Surat khabar itu tidak boleh diterbitkan lagi. Ini mengurangkan satu wadah propaganda bagi Pakatan Rakyat. Ini juga termasuklah dalam tindakan persiapan menghadapi pilihan raya oleh BN.
Makanya kalau Pakatan ingin memang besar seperti mana digambarkan Hatta, Pakatan harus menyusun dan bergerak secara bersistemetik dalam menangkiskan isu-isu yang dibangkit oleh BN yang nampaknya terancang itu. Juga, dari dalam parti-parti gabungan Pakatan Rakyat juga harus mulai melupai agenda peribadi masing-masing dan sederap maju ke depan bagi menghadapi ancaman BN. [wm.kl.12:00 t/hari 05/07/10]
4 comments:
Assalamu alaikum tuan. Merenung kembali pencapaian PAS, PKR dan DAP dalam PRU12lalu, ia sebenarnya dicapai dalam suasana kita berada dalam keadaan yang dirasakan cukup lemah. Rasanya kebanyakan dari ahli dan pemimpin Parti-parti pembangkang yang kemudiannya terangkum dalam Pakatan rakyat pun tidak menduga kejayaan itu. Sebenarnya BN tak percaya dia kalah dan Pakatan Rakyat pun tak percaya dia menang.
Berbeza dengan PRU11, PAS dan PKR kelihatannya begitu yakin dan kadang-kadang nampak kesombongan mereka bila bercakap dan akhirnya menerima padah dengan kekalahan yang cukup teruk dan menyedihkan. Seingat saya pada tahun 2004begitu kurang majlis-majlis bermunajat kepada Allah memohon bantuan berbanding pada tahun 2008. Saya yakin pencapaian dan kegagalan kedua-dua pilihanraya itu ada kena-mengena dengan sombong dan tawadu' kita terhadap Allah. Seharusnya setelah berlaku dua keadaan pilihanraya untuk 2004 dan 2008, maka kita sudah patut tahu apa yang patut kita lakukan sebagai hamba dan perjuang Islam dan keadilan. Jangan sampai PRU11 berulang pada PRU13.
Selalunya begitu lah..baru 'rebah bulu' sikit dah mula cakap melampaui takdir Allah.Sepatutnya..yakin menang camna pun, komen tu biarlah berpada2.Simpan dlm hati apa2 yg kita yakini..tunggu masa je.Bila benar2 menjadi kenyataan..barula buka mulut.Setuju dgn teguran Tn MSO terhadap Dr Hatta tu.Jadilah resmi padi..
Tahniah atas Penubuhan Sahabat Pakatan.
Dalam pada itu, KERJA Masih Banyak!
Teruskan Perjuangan.
herman che mok
johor bahru, malaysia bumi bertuah.
Assalamualaimum Tuan MSO,
Betul saya bersetuju dengan pandanan sdr. Seharusnya Hatta perlu strategik dalam hal sebegini kerana zaman ini bukan lagi zaman Pak Lah yg memerintah, ini adalah zaman Najib yang kita tahu bahawa dia seorang yang strategis dalam tindakannya. Jadi jangan biarkan diri dilambung ombak sebagaimana PRU 12 baru-baru ini. Pemandangan padang PRU 13 pastinya tidak seindah yg Hatta bayangkan....percayalah!
Post a Comment