Shwan Harus Faham Politik 4C
CATATAN saya di bawah tajuk : Pas Parti Sesat, Umno Parti Haram! mendapat reaksi dari beberapa penjenguk. Ada yang terus masukkan ke dalam box email dalam blog dan ada yang menghantar ke email peribadi. Salah seorangnya darinya, sdr Shwan Abdullah. Saya turunkan email beliau dan akan menjawab atau menjelaskan apa yang dipersoalkan secara ringkas.
salam tuan,
saya tau komen saya tidak akan terlepas kerana saya lebih pro umno dari pas atau pkr walaupun saya bukan ahli umno. jadi saya amek keputusan untuk hantar emel direct ke address tuan dan meluahkan pandangan saya tentang kenyataan shafie afdal.
pertama sekali, analisa yang tuan buat terlalu mudah. tuan samakan sesat dengan haram. apa yang tuan tak faham atau pura-pura tidak faham ialah haram itu cuma dari segi undang-undang dunia saja. kalau umno haram sekalipun, ianya mengikut undang-undang dunia yang direka oleh manusia sendiri. undang2 boleh digubal dan diubah bila2 masa.
bagaimanapun sesat pas ini mengikut undang2 allah swt yang dipakai oleh dunia sejagat dan tidak boleh diubah dengan apa2 undang2 pun dalam dunia ini.
jadi, adakah tuan masih fikir sesat pas dengan haram umno dua benda yang sama?
saya menyokong kenyataan shafie afdal sbb ulama pas pernah keluar kenyataan beberapa kali yang menyatakan beliau akan bubar pas dan masuk umno kalau umno ikut ajaran islam. dengan fatwa ini, bermaksud umno bukan islam dan maknanya umno kafir.
kasihan dengan orang2 kampung. mereka yang tidak dapat membezakan kenyataan politik dengan hukum tuhan sudah tentu menelan bulat2 fatwa ini. pada mereka, umno adalah parti kafir dan hanya pas sahaja parti islam. kalau tuan tak percaya ada orang termakan kata2 ini, bolehlah ikut saya melawat kelantan dan kita tinjau sendiri pendapat org kampung tentang pas dan umno. ramai yang akan kata umno bukan parti islam. itulah sebabnya berlaku perpecahan di kalangan umat islam sehingga berlakunya sembahyang dua imam dan perceraian suami isteri dan pelbagai lagi keadaan yang tidak menguntungkan umat islam di negara ini.
apa yang saya harapkan agar tuan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab seperti ini. tulisan tuan boleh mempengaruhi pemikiran golongan yang cetek ilmu yang mungkin meminati tulisan tuan. saya minta tuan menulis perkara yang benar sahaja. jadilah manusia yang bertanggungjawab dan bukan menulis untuk menyokong parti sendiri.
pohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyakiti hati tuan. saya tahu tuan pernah menulis sekiranya sesiapa yang tidak suka dengan tulisan tuan supaya tidak membaca blog tuan kerana tuan tidak pernah menuruh sesiapa pun membaca blog tuan. bagaimanapun menegur kemungkaran adalah tanggungjawab semua umat islam.
salam
Terdahulu terima kepada sdr Shwan kerana mengirimkan komen ini dan minta penjalsan. Waalaikumusalam. InsyAllah dengan pertolongan Allah juga saya akan menjawab apa yang sdr musykilkan.
1. Tanggapan sdr bahawa komen sdr tidak akan disiarkan mungkin salah. Saya seberapa yang boleh akan melepaskan apa juga komen selagi ia beradat, tidak kesat atau menimbulkan implikasi lain. Kalau komen seperti ini tentu saya akan lepaskan kerana ia boleh menjadi polemik dan renungan bersama.
2. Saya faham mengenai pengertian haram dan sesat dari kedua konteks berhubung perkara itu. Tetapi sdr harus faham dari konteks mana saya menimbulkan perkara ini. Ianya dalam konteks politik. Saya sudah katakan dalam politik ada 4C... sila baca dan fahami sebaik mungkin cacatan berkenaan dan prejudis melulu. Mesej saya dalam tulisan itu ialah antara Pas dengan Umno (orang Melayu) sama saja. Saling mengata dan memburuk di antara satu sama lain. Dalam erti kata lain saya mengkritik keduanya sekali, cuma saya tekankan supaya Shafei lebih melihat kepada partinya di Kelantan yang tidak ikut Akta Pertubuhan. Dalam kata lain saya mengambil subjek ditimbul Shafei untuk membuat teguran umum.
3. Saya tidak menganggap kebenaran kepada kata-kata Shafei Afdal itu. Lagipun hujah dan dalil mengatakan Pas sesat mengikut versinya lemah, sangat lemah dan fitnah. Kalau sdr Shwan hendak mengatakan Pas sesat kerana Pas mengatakan Umno sesat ia tidak relevan dan tepat. Dalil dan bukti itu tidak cukup. Sdr harus menghuraikan satu persatu dengan membuat kajian ke atas tuduhan Pas mengenai Umno itu. Apakah yang menyebabkan mereka berkata demikian. Apakah dari segi politik, agama dan adat kenyataan politik Pas itu salah, dan kenyataan atau aksi Umno memolehkan Pas mengatakan begitu betul. Apapun saya sendiri bersetuju politik berlebih begitu (menghukum sesat) adalah buruk.
4. Sdr kena kemukakan nas bahawa tuduhan Pas itu salah baik dari versi Quran maupun politik barulah sdr boleh mengiyakan apa yang Shafei katakan itu. Seperkara lagi dari konteks politik kalau yang difahami Pas jika Umno tidak mengambil Quran dan Hadith sebagai panduannya apakah ia tidak sesat? Bukankah Quran dan hadith itu penunjuk jalan lurus? Tetapi saya tidak berfahaman otordoks seperti Pas dalam soal ini, cuba menghujahkan ini isecara logik.
5. Alasan sdr kemukakan pernah mendengar kenyataan Pas mengatakan akan bubar kalau Umno mengambil Islam, bukan alasan untuk mengatakan tuduhan Pas ke atas Umno itu benar sesat. Sdr kena faham itu adalah provokasi politik. Kalau sdr mengutip setiap kata-kata orang Pas dan menganggapnya sebagai benar, maka sdr sebenarnya belum cair mengenai politik sekular yang dianuti kedua buah parti berkenaan. Pemahaman sdr lebih cetek daripada pemahaman orang kampung yang sdr bimbangkan itu.
6. Saya tidak akan marah kepada sdr, tetapi saya tetap berpendirian mereka yang otot kemetot atau naif dalam memahami politik 4C tidak perlu bersusah payah untuk membaca blog saya kerana ia membuang masa pembaca berkenaan dan juga saya untuk menjawabnya.
Salam.
MSO
8 comments:
Assalam Tuan,
Saya yang tidak menganuti mana mana parti politik jadi...saya menyokong 100% jawapan tuan kepada pengomin ini yang saya rasa penyokong umNO tegar.
itu perkara biasa saudara MSO.. kebanyakan yg pro-UMNOni ada sikit jahil ilmu.. bukan setakat pemahaman agama.. apatah lagi politik.. apa yg didepan terima bulat2.. yg pro-PAS ada juga yg jahil tapi x lah seteruk pro-keris bogel ni..
itu lah bang.... lain kali tulis artikel pasal umno..tulis la setinggi karangan budak darjah 2E. abang tulis karangan budak darjah 3D pun dah dah jadi bengong si shawn ni.
nak tulis pasal umno...tulis bahasa mudah2 je...
Assalamualaikum, encuk MSO
Saya amat bersetuju dengan jawapan tuan, dan diperenggan terakhir amat saya suka sekali. untuk maklumat encik MSO saya boleh dikatakan membaca setiap buku keluaran yang tuan tulis dan blog tuan hari-hari saya baca, terima kaseh, Hj Ahmad
salam..
Ya, saya setuju dgn jawapan tuan mso. Sy cadangkan sdr Shwan ini mengaji ilmu agama dlm2 lagi. Tp sebelum itu sdr Shwan mesti mengosongkan hati & otak sdr drpd fahaman mana2 parti dulu..
selepas tu, moga2 sdr Shwan dpt taufiq & hidayah..
Jgn kita tersesat kerana kejahilan kita..
Tuntutlah ilmu selagi nyawa kita ada..
Salam Tuan MSO
kalau dibaca sekali lalu banyak perkara yang ditumbulkan ada kebenarannya. tetapi secara ilmiahnya saudara tadi tersilap faham pemahaman politik di Malaysia kini. dia sebenarnya terasa dengan tulisan tuan tentang halal haram umno. bila bercakap dalam konteks hukum Islam banyak perkara yang dapat dibongkar kesilapan yang berlakudalam percaturan politik umno. saya tidak memihak mana-mana tapi itulah yang saya nampak bila melihat melalui konteks hukum Islam
Tulisan tuan MSO banyak mengajak kita mantafsir pentas politik malaysia mengikut pandangan tersendiri..
Amat malang mereka pembaca yang gagal berfikir secara kritis melihat apa yang tersurat dan tersirat.
Sejarah PAS dan Umno hampir setengah abad .. biasa lah isu semacam ini diputarkan semula. Cuma kali ini lagunya dinyanyikan oleh Shafie Afdal .. cuma lagunya agak sumbang.
Saudara shawn bukan sahaja pro-UMNO tetapi penyokong tegar UMNO .Saya mungkin tak salahkan saudara , mungkin selama ini shawn hidup dikekelingi lautan biru dari segenap segi sama ada media mahupun rakan taulan dan sanak saudara .
Untuk melihat parti mana yang bersungguh2 memperjuangkan syiar Islam saya rasa tidaklah terlalu payah. Malahan kanak2 tadika yang diajar secukupnya ilmu agama tertanya2 apakah tak berdosa menunjukkan aurat ? Itu hanya salah satu dari syiar Islam . Berlambak lagi yang ada tapi tak mampu diikuti dan dilaksanakan oleh UMNO biarpun memiliki kuasa mutlak selama 52 tahun .
Saya rasa eloklah shawn tunjukkanlah dahulu mana dia perkara sesat yang PAS lakukan . PAS tidak pernah memperlekehkan HUKUM HUDUD . Tidak pernah mengatakan tak berdosa kalau tak bertudung bagi wanita . Tidak pernah menghalalkan berpelukan lelaki dan perempuan bukan mahram apatah lagi berlaga pipi dan meyembam dada .
Jadi tolonglah tunjukkan di mana sesatnya . Kalau maki hamun itu dosa peribadi. Tapi kalau shawn kata PAS menabur fitnah tolong beritahu apa fitnahnya ? kalau PAS berbohong bagitau apa yang didustakannya ? kalau PAS menyeleweng apa yang diselewengkannya ? Jangan hanya tuduhan umum tapi faktanya ...hampas .
Ini baru fitnah namanya ..
Post a Comment