Tuesday, July 27, 2010

Susupan Pagi

Contohilah Tuan Ibrahim Tuan Man

PENGERUSI Jawatankuasa Disiplin Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) semalam dipetik meminta semua pihak menghentikan menimbulkan isu pertemuan Hasan Ali dengan Harussani Zakaria kerana pertemuan itu tidak mendatangkan apa-apa keburukan seperti mana disangka.

Beliau juga meminta tindakan meminta Hassan Ali melepaskan jawatan juga dihentikan segera.

Menurutnya juga Hassan tidak akan akan dipanggil untuk memberi penjelasan apa lagi untuk dikenakan tindakan disipilin.

Naib Presiden Pas itu dilaporkan bersetuju kritikan terhadap Hassan itu sesuatu yang amat teruk kerana ia seolah-olah Pas jumud sehinggakan tidak boleh berjumpa dengan pihak Umno.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim mengakui beliau sendiri didatangi pemimpin Pas dan Umno berhubung perpaduan Melayu. Anihnya kenapa tidak ada kritikan dan kegelisahan bila keadaan yang berlaku ke atas Hassan Ali itu menimpa dirinya? Jelasnya Pas tidak menghalang ahlinya untuk berjumpa sesiapa saja untuk kebaikan.

Padangan Tuan Ibrahim itu lebih lunak dan menggambarkan peribadi Pas yang sebenarnya. Seharusnya pemimpin Pas lain terutamanya dua Naib Presiden lain bersikap terbuka dan rasional seperrti Tuan Ibrahim. Sikap takut kepada bayang-bayang kemudian mengeluarkan kenyataan bersikap dendam dan membenci seseorang boleh membunuh diri kedua pemimpin itu sendiri.

Selama ini saya tidak memberi perhatian kepada Tuan Ibrahim dan melihat beliau sebagai orang baik yang jarang bercakap. Kerana itu pemikiran ataupun corak beliau bertindak tidak menyerlahkan kemampuan beliau yang sebenarnya. Tetapi setelah beliau mengemukakan pandangan menampaknya bahawa beliau ternyata lebih mampu dan cemerlang serta memilik idea politik bernas berbanding dari dua Naib Presiden lain.

Tugas dan tanggungjawabnya selaku pengerusi Jawatankuasa Disiplin juga dilaksanakan dengan baik walaupun ada kritikan dari anak buahnya sendiri. Kritikan itu lebih kepada sikap 'assobiyah' di kalangan tertentu yang merasa terhina atas tindakan diambil Tuan Ibrahim dalam menjalankan tugasnya.

Patutlah dalam muktamar dua tahun lalu beliau memperolehi undi tertinggi untuk jawatan Naib Presiden. Pemilihan Tuan Ibrahim ternyata bukan satu kesilapan. Adalah diharap Tuan Ibrahim terus memainkan peranan dan bersikap lunak seperti mana yang diamalkan kini. Dan eloklah juga kalau dua Naib Presiden bersama beberapa pemimpin kecil lain yang jumud dengan siasah Islam mengunjungi Tuan Ibrahim untuk belajar kitab mengenai siasah Islam dan juga ciri-citi ketinggian akhlak seorang muslim. [wm.kl. 11:00 am 27/07/10]

4 comments:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan,
Saya SETUJU dgn tuan. Kelangsungan kelestarian PAS amat tergantung kepada orang2 seperti Tuan Man. Sirna dan auranya berbeza dgn yang lain. Dgn airmuka beliau yg begitu jernih maka ramai orang yang yakin untuk bergantung harap. Fikir2kanlah.

melikapakjangak said...

Dato Tuan Ibrahim adalah contoh aktivis politik tulen. Kalau ibarat raja gat, bila dimasyhurkan beliau tidak akan terkena tulah.

Tapi berapa kerat ada tokoh politik macam beliau? Yang banyak adalah ramai yang mahu jadi orang politik walaupun tidak ada patat siput sebagai orang politik, padahnya parti akan ditimpa pelbagai masalah oleh kerenah ahli politik tulah.

Orang macam Tuan Ibrahim, dibuang ke lembah akan tumbuh menjadi gunung, dicampak ke laut akan menjadi pulau, tegak akan menjadi tiang, rebah akan menjadi jambatan.

Dengan kata lain beliau boleh diterima pajak gadai dalam semua keadaan dan suasana.

macam-macam ada said...

salam..

Ya.. saya setuju.
Beliau patut dijadikan contoh ulama' yg berpolitik. Walaupun menghadapi musuh dlm politik, beliau tidak mudah melatah. Ilmu & adab beliau sebagai ulama' dijaga. Inilah contoh sifat2 yg disenangi & disegani oleh kawan & lawan.

Saya harap satu masa nanti beliau dpt diangkat lagi kepada jawatan yg lebih tinggi. Mungkin Timbalan Presiden, seterusnya Presiden.

wassalam.

ahmadnafiah said...

Salam
Saya bersetuju dengan cacatan tuan mengenai D Tuan Ibrahin Tuan Man,
Pada Pemilihan muktamar akan datang D Tuan Ibrahim sewajar nya diangkat menjadi Timbalan Presiden. Dan kerusi Presiden menunggu beliau bila2 masa aja.Assalamualaikum.