Penjelasan Sallahudin dan Hassan Ali
TENGAH hari tadi Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub menghubungi saya untuk memberi sedikit penjelasan berhubung tindakan beliau bersabung mulut dengan Mufti Perak, Harussani. Beliau membuat penjelasan itu setelah membawa posting saya di bawah tajuk “Haram dekati Harussani!”.
Mungkin Sallahudin terasa saya silap faham berhubung tindakannya membalas rembak dengan Harussani. Atau pun beliau terasa dengan tulisan itu di mana saya menyatakan kurang senang dengan sesetengah orang Pas yang membambu Mufti Perak, Harussani Zakaria.TENGAH hari tadi Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub menghubungi saya untuk memberi sedikit penjelasan berhubung tindakan beliau bersabung mulut dengan Mufti Perak, Harussani. Beliau membuat penjelasan itu setelah membawa posting saya di bawah tajuk “Haram dekati Harussani!”.
Kata Sallahudin beliau menjawab kenyataan ditimbulkan oleh Harussani mengenai Mutfi itu berjumpa dengan seorang pemimpin Pas. Menurut Sallahudin beliau ‘menyerang’ Harussaani kerana kenyataan (pendedahan) itu boleh menimbulkan masalah kepada Pas sebab Harussani tidak menyebutnya secara terang.
“Kita sudah aman sebelum ini. Isu UG – Unity Gorvenment telah selesai, tapi bila Harussani keluarkan kenyatana itu kita bermasalah semula,” ujar Sallahudin. Menurutnya, sebagai Mufti beliau tidak patut bermain teka-teki begitu.
Saya faham maksud Sallahudin. Dia mempunyai tujuan baik apabila bersabung mulut dengan Harussani. Semuanya dilakukan untuk mententeramkan keadaan dalam Pas. Dia alert kepada masalah yang timbul dalam Pas. Dengan kenyataan samar-samar Harussani itu menyebabkan Pas akan dan boleh berpecah dan ahli menjadi keliru. Sedangkan katanya antara perkara penting dibincang dalam retreat Pas di Port Dickson baru-baru ini ialah untuk menyelesaikan masalah hubungan Pas dengan Umno.
Saya akur dengan apa yang dinyatakan Sallahudin. Soalanya apakah begitu naif orang Pas untuk memberi reaksi kepada Harussani. Tidak cukupkan bidasan dan celaan kepada Mufti itu sebelum ini. Sepatutnya Sallahudin atau sesiapa saja tidak bimbang dengan kenyataan Harussani itu. Justeru itu bila ada pemimpin Pas bersabung mulut, menuntut Harussani menjelaskan ia seolah mahu memerangkap orang tertentu saja yang mungkin berjumpa dan mungkin tidak dengan Harussani.
Dan rasanya isu siapa yang jumpa Harussani yang menjadi teka teki itu telah selesai apabila lewat petang ini, Dr Hassan Mohamad Ali telah menjelaskan bahawa beliau ada berjumpa dengan Harussani dua bulan lalu. Kata Hassan beliau berjumpa atas kapasitinya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor. Perjumpaan itu dalam rangka persiapan untuk beliau menghadiri satu mesyuarat yang turut sama dihadiri Mufti berkenaan.
Berikut kenyataan penuh Hassan Mohamad Ali:
“Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.
Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.
Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.
Saya ingin menegaskan bahawa:
Saya ingin menegaskan bahawa:
1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;
2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;
3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.
4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;
5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;
6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.
2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;
3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.
4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;
5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;
6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.
Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.”
Penjelasan Hassan ini nyata dan jelas ianya tidak ada kaitan dengan kebimbangan yang dimaksukan oleh sesetengah pemimpin termasuk Sallahudin itu. Apakah salah bagi Hassan berbuat begitu? Perjumpaan itu bukan tertutup tetapi tersembunyi. Kenapa ditimbulkan kononnya ada rakaman video dan ada individu lain dalam pertemuan itu. Kalau menurut Hassan bukan seorang individu tetapi ramai.
Penjelasan Hassan ini nyata dan jelas ianya tidak ada kaitan dengan kebimbangan yang dimaksukan oleh sesetengah pemimpin termasuk Sallahudin itu. Apakah salah bagi Hassan berbuat begitu? Perjumpaan itu bukan tertutup tetapi tersembunyi. Kenapa ditimbulkan kononnya ada rakaman video dan ada individu lain dalam pertemuan itu. Kalau menurut Hassan bukan seorang individu tetapi ramai.
Kalau perbuatan Hassan Ali itu salah, maka salah jugalah pertemuan pemimpin Pas dengan beberapa pemimpin Umno sebelum ini. Rasanya hampir semua pemimpin Pas berjumpa dengan pemimpin Umno baik atasa urusan peribadi, negara ataupun berkebetulan menghadiri mesyuarat bersama. Kalau tidak bersalah pun hanya seorang saja iaitu ketua Pas di sebuah kawasan di Selangor sebab beliau telah mengharamkan dirinya berjumpa dengan pemimpin Umno!
Apakah pertemuan-pertemuan yang tidak dengan membawa niat untuk merangka plan politik itu salah dan menjadi dosa besar? Kalau begitu semua pemimpin bersalah. Salahlah juga pemimpin Pas yang berbesan dengan pemimpin Umno ataupun yang berkahwin dengan anak saudara pemimpin Umno. Salahlah pemimpin Pas yang berjumpa dengan kontraktor Umno. Maka salah juga pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno yang abangnya wakil rakyat Umno.
Pemimpin Pas hendaklah rasional dalam soal ini. Janganlah terlalu prejudis atas apa yang berlaku. Jangan eksploitasikan semua keadaan yang akhirnya boleh memburukkan keadaan dalam parti. Kalau pun kita ada niat hendak menjatuh seseorang lawanlah secara gentleman dan menurut peraturan-peraturan atau kaedah dibenarkan parti menurut syariat Islam. Tidak salah menjatuhkan pemimpin yang lemah dan tidak mampu memimpin tetapi menjatuhkannya secara tidak beradat apa lagi dengan fitnah adalah satu kesalahan. [wm.kl.9:00 pm 24/07/10]
5 comments:
Tuan,
Perpaduan Melayu sudah jadi TAHI.
Assalamu alaikum tuan. Membaca kenyataan media Dr. Hassan, Pandangan YB Salehuddin dan tulisan-tilisan yang menyentuh berkaitan perkara berkenaan terasa benar yang sebenarnya dalam PAS memang ada gunting dalam lipatan. Nampaknya memang ada tangan yang suka membaling batu ke dalam air yang tenang agar ia berkocak. mahu tidak mahu kita kena mengaku bahawa pollitiking dalam PAS memang boleh tahan dahsyatnya sehingga ia boleh memberi peluru berpandu kepada penembak tepat UMNO-BN sekalipun kapal selam mereka tak boleh menyelam.
Isu perpaduan UMNO-PAS yang telah lama ditutup sengaja dicuit untuk keuntungan politik golongan kecil dalam PAS dan macam kisah salentia juga watak-watak ini adalah yang memeriahkan politik dalam PAS. Cuma kepada pemegang watak itu kalau boleh janganlah lebih-lebih. UMNO memang sedang kelaparan untuk menunggu mangsa untuk dibaham.
UMNO yang sedar akan kedudukan politik mereka sekarang memang akan cuba menyusahkan PAS dan kini PAS diperlakukan sebagai orang yang serba salah. Tolak perpaduan UMNO-PAS akan dianggap Melayu sebagai pemecah belah melayu dan tak ikut Islam sebagaimana yang diperjuangkan. Terima perpaduan bermakna akan kehilangan kepaercayaan golongan bukan Islam yang telah boleh menerima Islam dan keadilan yang didukung oleh PAS tanpa prajudis. Bukan senang untuk PAS meraih keadan yang dicapai sekarang setelah berusaha sekian lama sejak aideanya paernah disebut oleh Prof. Zulkifli Muhammad lagi. Baru kini ia dapat direalisasi. Apakah munasabah setelah berpenat lelah dan telah membuahkan hasilnya lantas ia hendak dikhianati hanya kerana ajakan perpaduan yang tak tahu keikhlasannya.
Campur tangan institusi agama termasuk mufti pula benarr-benar menyerabutkan keadaan. Kita memang tidak boleh meneropong jauh ke dalam hati Tan Sri Mufti Perak dan ajakan yang dilakukan memang sesuatu yang murni tapi kenapa hanya melayu dalam UMNO dan PAS? Bagaimana dengan Melayu dalam PKR, seorang dua Melayu dalam DAP dan Gerakan dan Melayu lain yang tidak berparti yang jumlahnya bukan sedikit. Mereka juga harus dilibat kerana mereka juga melayu yang sama dengan melayu PAS dan UMNO.
Rasanya PAS tak perlu layan keinginan UMNO ini. Biar UMNO berkokok tentang perpaduan ini seperti ayam berkoko nak bagitahu orang yang hari nak sian. Sebenarnya ayam itu tertipu oleh cahaya kalimatang di tengah malam. Biarkanlah mimpi orang UMNO terganggu oleh kokokan ayam itu kerana sebenarnya tiada lagi pagi untuk UMNO.
tuan mso mungkin boleh tanya salehudin - boleh pula dia jumpa jamil khir minta tolong utk dptkan kuota haji dulu??
Tuan Mufti tidak bertindak dlm keadaan sepatutnya.kenapa isu perpaduan dia menjadi begitu ambil berat sdgkan segala macam 'keresahan' dlm pentadbiran berkaitan isu rasuah, jenayah, salah laku peribadi, penyelewengan dan isu2 menolak Islam sudah lama wujud dlm UMNO tidak pula mufti tersebut bersuara.Mengapa begitu 'terpilih' utk bersuara?..
Assalamualaikum Tuan MSO,
Saya bersetuju dgn Tuan dalam hal ini. Sdr. Sallehuddin cuba membelit saudara pula seolah2 salah saudara mengutarakan akan kesalahan yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin PAS menghina Tok Mufti Perak.
Pada hemat saya, tulisan sdr adalah jelas iaitu yang dikesalkan ialah cara dan penghinaan yang dibuat.
Saya fikir Sallehuddin terslipa jika dia mahu membelit sdr dalam hal ini.
apalah malang nasibnya Mufti jika hanya perkara sebegitu pun dihina cerca. Seharusnya, para pemimpin PAS harus ingat bahawa rakyat Marhein memerhati tindak-tindak mereka....satu demi satu tertonjol keaiban dan kesilapan yang mana jika ia tidak diurus dengan baik, PAS boleh menjadi semakin tidak popular lagi.Iklhas.
Post a Comment