Wednesday, July 14, 2010

Celoteh Murai 73

Salentia Disuruh Jadi Jurulatih Beruk

MURAI ada baca dalam akhbar pagi ini ada seorang wakil rakyat mengemukakan cadangan bagi mengatasi keganasan binatang liar seperti beruk daripada memakan tanam dan menganggu ketenteraman manusia, agar ianya dilatih menjadi pemain bola sepak. Aduh... hebat idea wakil rakyat ini. Mungkin orang lain tidak berfikir sepertinya. Inilah genius Melayu perkasa.

Katanya beruk ini binatang boleh dijinak dan cerdik. Mungkin dia tahu sebab di kampungnya banyak beruk yang digunakan untuk panjat pokok. Dia sendiri juga semasa kecil dulu Murai diberitahu suka here
t (bawa) beruk keliling kampung. Diletak atas handle basikal. Sebab itu di kampungnya juga dia dikenali dengan nama ******* beruk.

Kata wakil rakyat itu lagi pasukan beruk itu sekumpulan dinamakan beruk Selangor dan satu lagi beruk Kelantan. Ini yang Murai tak sedap ni.... Mulanya sudah elok cadangan itu kerana ia tidak menyentuh perasaan sesiapa. Tetapi bila di masukkan perkataan Selangor dan Kelantan, menyebabkan orang faham ke mana siniskalnya itu. Apa lagi dia juga pernah memberukkan seorang ustaz di Kelantan tidak lama dulu dengan mengatakan 'tok guru kera".

Dan Murai juga terbacalah dalam berita itu, seorang ahli parlimen lain mencadangkan wakil rakyat yang mengemukakan cadangan itu supaya ahli parlimen itu menjadi jurulatihnya. Ar... bak ini Murai tidak setuju. Murai bimbang kalau dia jadi jurulatih, beruk itu akan jadi lain nanti. Bukan saja dia setakat tahu main bola sepak, tetapi bimbang dia akan melompat situ melompat sini, panjat tiang gol... koyak bendera, hingguk itu hindik sini..... haru jadinya.

Al maklumlah perangai wakil rakyat itu begitu, suka melompat dan sinonimas dengan Salentia. Dahlah perangai semula jadi beruk suka melompat dan menghingguk, ditambah dengan budaya lompat yang dimiliki wakil rakyat berkenaan menyebabkan beruk itu jadi semakin beruk, gila melompat dan menghingguk.


Malahan lompatannya mengatasi dan mengalahkan lompatan biasa oleh si beruk di hutan. Dia bukan saja lompat untuk makan pisang, atau buah-buahan, dia boleh lompat ke Yayasan Perdana, bahkah sanggup lompat ke bulan dan terjun turun dengan kepala dulu dan tidak lupa meninggalkan tahi di cekrawala itu.

Kalau perangai ini melekat kepada beruk yang disuruh latih itu, naas jawabnya. Dan apa lagi yang menakut dan membimbangkan Murai, beruk itu bukan saja setakat melompat tinggiiii... tetapi takut juga dia akan mencium punggung orang kerana sejarah jurulatih itu diketahui bersedia mencium punggung seseorang kerana inginkan sesutau benda.

Kesimnpulannya Murai tidak setuju kalau wakil rakyat itu dijadi coach kerana bimbang beruk bukan saja tahu melompat tetapi pandai dan tergian pula nak cium punggung orang.

Murai: Suka jadi penjaga garisan.

2 comments:

ANAFAKIR said...

Org gila mmg tak mengaku dia gila.So sama la yg menggelarkan org lain sekumpulan beruk tu..sbb dia lebih beruk dari yg dikatakan itu.Keberukan dia lebih teruk lagi kerana semua rakyat kenal dia tu siapa?...PRU akan dtg,sikap keberukan dia akan terlampau2 la kerana siapa yg akan mencalonkan dia utk menjadi calon dlm PRU tu nanti.UMNO rasanya tak mungkin nak mengambil beruk ni jadi calon mereka kerana UMNO pun ada 'beruk' yg lebih alim.Pasti 'beruk2' UMNO akan menghingguk segala pokok dan pagar yg ada dlm parlimen tersebut jika beruk yg bersifat seperti katak ni dicalonkan.Mereka dah lama berjuang dlm UMNO tup2 org lain dipilih jadi calon..mau tak hangin seluruh badan.Jika dicalonkan juga maka beruk yg seekor ni akan ditahlilkan secara besar-besaran..

Entahlah..sekejap beruk, sekejap katak, lepas ni nak jadi apa pulak...segala gelaran sudah dipegangnya.Dari perkasa jgn jadi tak ttaso [ tak leh bergerak ] sudah la.Takut lumpuh seluruh badan nanti..puas menjaja diri,sehingga kini duk keliling luar 'perukuk '[ tempat org kurung ayam ] sahaja.UMNO saja nak pergunakan dirinya.PAS mmg meluat tahap maksima dah.Parti2 lain mmg menyampah kubra kat makhluk ni...

mantaro said...

Masing-masing ingin terus selamat dalam PRU 13.Jadi untuk meneruskan kesinambungan hayat politik,perlu kemuka di luar kotak.