Kamal Amir Membongkar Rahsia Tengku Razaleigh
SELEPAS Asar tadi jumpa sdr Kamal Amir Kamil Hijar untuk menerima buku barunya, "Tengku Razaleigh Hamzah : Rahsia Yang Terpendam." Saya akan membuat sorotan secara ringkas mengenai buku ini. Membeleknya seimbas lalu banyak perkara yang terpendam dan dipendam mengenai rona-rona politik orang Melayu khasnya politik Tengku Razaleigh Hamzah terungkap dalam buku ini.
Buku ini akan segera berada di pasaran.
Ia bakal mengoncangkan beberapa pihak yang disentuh secara langsung, terutamanya Dr Mahathir Mohamad. Ada cerita dan kisah yang pernah disebut tetapi tidak disahkan secara mulut oleh Tengku Razaleigh, tetapi di sebut dalam buku ini.
InsyaAllah kalau ada kelapangan akan saya sorot dalam masa terdekat. Untuk ini terima kasih kepada sdr Kamal Amir kerana mengautografkan buku ini buat saya. Bangga kerana antara orang pertama dapat memegang dan memiliki buku ini. Pastinya penerbitan buku ini akan merangsangkan naluri saya untuk menerbitkan buku.
Tahniah atas kelahiran buku ini! [wm.kl. 6:40 pm 02/07/10]
2 comments:
Pengorbana Ku Li utk UMNO, politik Melayu dan dirinya sendiri terlalu byk tetapi UMNO dan kepimpinan terdahulu sengaja 'membuang' beliau.Jauh tersingkir dari arus perdana.Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..YBM TENGKU RAZALIEGH salah seorg yg akan terpahat namanya di puncak pujian rakyat terutama hamba rakyat Kelantan.Semoga isu royalti minyak akan membongkarkan tembelang pihak tertentu yg main wayang bila Ku Li sedia membantu...
Saya juga telah membacxa buku ini. Saya rasa bersalah kerana selama ini, saya ingat Tengku Razaleigh terlibat didalam kes BMF dan hanya buat bising selepas tidak memegang sebarang jawatan didalam kabinet.. rupa2nya kisah dan berita mengenai perkara2 tersebut telah di'black out' oleh Media tempatan.
Saya amat tertarik bagaimana penulis menjelaskan isu2 barkaitan kesemua perdana menteri dari Almarhum TAR sehingga la kepada kerajaan Najib.
Beliau yang talah diberi kepercayaan menjadi PM dari zaman Tun Razak dan Tun Hussein Onn telah menolak, dengan alasan masih muda dan memberi laluan kepada TDM. Kemudaiannya, bagaimana usaha murni kesemua PM sebelum ini hancur dengan delagat TDM, yang gila kuasa sehingga UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 berkubur dengan kejadian 'blackout' semasa pengiraan undi dan seterusnya bagaimana TDM melumpuhkan kesemua institusi kehakiman yang mendapati persidangan UMNO tersebut tidak sah! Buku ini untuk sesuai untuk semua lapisan masyarakatyang mahu tahu kisah dari perspektif Tengku Razaleigh yang merupakan Menteri Kewangan yang paling berjaya dan percaya kepada sistem demokrasi.
Post a Comment