Cadangan Encik Ibrahim Menghabiskan Air Liur Saja
ENCIK Ibrahim Ali yang menang atas ikhsan Pas di Pasir Mas mencadangkan supaya Pas dan Umno dibubarkan sekiranya kedua parti itu gagal menyatu padukan Melayu. Selepas pembubaran itu kelak bolehlah ditubuhkan sebuah parti baru. Katanya parti itu nanti bolehlah menggabungkan objektif Pas dan objektif Umno.
Sebelum itu katanya perlu diwujudkan jawatankuasa pemandu untuk menyatukan kedua pati berkenaan untuk kepentingan Melayu. Jawatan kuasa itu hendaklah terdiri dari golongan akademik, profesional yang berwibawa. Mereka perlu mengambil inisitifnya.
Encik Ibrahim tidak menyebut apakah nama atau konsep parti berkenaan. Tetapi saya yakin beliau cuba menjualkan Perkasa menjadi parti politik. Kalau Perkasa jadi parti tentulah dia akan jadi presidennya. Bijak juga Encik Ibrahim.... tetapi kebodohannya terserlah juga.
Cadangan itu menggambarkan yang Encik Ibrahim seorang nasionalis tulen dan punya akar politik yang mampan. Dia menunjukkan diri lebih profesional dan ikhlas dari orang Pas dan Umno. Tetapi sayangnya dia terlupa auntuk mencerminkan dirinya sendiri sebelum melontarkan cadangan berkenaan. Muhamamd Abdullah s.a.w itu kalau dirinya kotor, cemar, bohong, tidak berprinsip dia tidak akan berani untuk melontarkan ayat-ayat Allah menerusi perantara Jibrail kerana kalau dia dalam keadaan jijik orang tidak akan menyakininya!
Cadangan itu bunyinya pratikal. Ia mudah seperti memetik jari saja. Barang kali Encik Ibrahim lupa kalaupun kedua parti itu bergabung ataupun dibubarkan orangnya, orang itu juga. Kepalanya kepala itu juga. Jadi kalau orang sama, kepala sama, bentuk pemikiran, pandangan tentang masa depan tetap juga sama.
Jawabannya cadangan ataupun penggabungan maupun parti baru itu tidak akan membawa ke mana-mana pun. Ia sia-sia saja malah orang yang bercakap ke aras itu dalam suasana hari ini tak ubah macam orang gila. Melayu hari ini Melayu sudah hilang rupa diri. Sudah hilang budaya. Sudah hilang persefahaman. Sudah hilang kata-kata hikmat yang ditinggalkan oleh datuk nenek mereka. Dan Melayu yang sudah kehilangan keberanian untuk memperjuangkan nasib mereka. Melayu yang naif dan menjadi inforiti kompleks. Melayu yang diracunkan oleh dunia asing.
Melayu sudah tidak ingat apa ertinya; menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Melayu yang sudah lupa, bidalan sesudah terhantuk baru tergadah. Melayu yang sudah lama meninggalkan semangat, bersatu teguh bercerai roboh. Melayu hari ini Melayu yang menjadi musang berbuluh ayam, atau pun Melayu yang menjadi tenggiling yang kekenyangan dalam belitan diri sendiri di dalam rongga kayu.
Jadi usahlah Encik Ibrahim beretorik dengan dunia Melayu lagi. Lupakan dunia Melayu. Kembalilah ke dunia realiti yang cerah. Melayu tidak akan bersatu dalam siasah, Melayu tidak akan bersatu dalam NGO, Melayu tidak akan bersatu dalam persatuan lagi. Melayu akan bersatu sesudah nasi menjadi bubur!
Sekali lagi saya ulangi soal perpaduan Melayu - perpaduan Pas dengan Umno sudah jadi macam tahi! SUDAH JADI MACAM TAHI! [wm.kl.11:00 pm 22/07/10]
6 comments:
Menang pun atas Ihsan orang, Memang tak tahu malu betul ibrahim Ali ni..
yalah melayu dah hilang jati diri
zaman sekarang zaman orang yang terlalu nak berkira-kira zaman asyik nak buat duit sahaja
asalkan judi boleh buat duit buatlah... lagi nak cakap pasal perpaduan, halal haram..
apasaja yang boleh dibeli termasuk soal berupa maruah seperti perpaduan kalau boleh dibeli, dibeli juga
MELAYU MEMANG DAH ROSAK tanpa sempat mereka sedarinya dan kita sedarinya
Orang melayu tak reti nak bekerjasama kalau berbeza mazhab politik. Bukan setakat berbeza parti, walau dalam parti yang sama pun, kalau berbeza kem, orang melayu tak boleh nak bekerjasama juga.
Orang Cina nampak lebih terbuka terutama taipan2 dan tauke2 yg bertaraf khalifah. Demi pelajaran, ekonomi atau budaya, mereka bersama menyumbang dengan cara masing2.
Orang melayu masing2 sibuk nak jadi juara. Ibrahim pun nak jadi tok juara juga. Juara rakyat lah, juara melayu lah, juara kampung lah, juara negeri macam Khir dengan Noh Omar, macam Idris Jusoh dengan Mat Said, macam di Perlis, di Kedah, di Kelantan, hingga ke ceruk2 kampung pun, masing2 nak jadi juara.
minta Ibrahim Ali tubuh pagi PERKASA dan bDr Mathazir sebagai penaung dan beliau sendiri Presiden nya kan bagus tu.
Assalamualaikum,
Sememang betul apa yang telah saudara nukilkan berkenaan Sdr. Ibrahim Ali dan Perkasanya dalam urusan membubarkan UMNO dan PAS. Sebagai orang Melayu yang tidak berparti politik, saya rasa ajuan Ibrahim itu tidak praktikal langsung. Orang yang bodoh bodoh cerdik macam tu pun boleh dilantik sebagai Presiden PERKASA. Apa nak jadi melayu dalam Perkasa ini? Saya sendiri tidak begitu ghairah serta percayakan Perkasa kerana saya dapati ianya tidak lebih kurang daripada PEKIDA yang saya nampak sekarang adalah lebih menjurus kepada sifat mafia Melayu. Apa gunanya kita sibuk memperjuangkan kepertuanan Melayu, sedangkan orang Melayu di 1Malaysia hari ini telah jauh hanyut dalam arus kebaratan; anak mudanya sibuk dengan muzik kebaratan, merempitnya, anak haram dicampak kesana sini, agama Islam telah disemadikan jauh kedasar kesesatan dan sebagainya. Kalau kita lihat hari ini, apa lagi yang tingaal kepada batang tubuh orang Melayu? Lain lah jika seseorang itu berpegang teguh pada tali Allah; nas dan sunnah Rasulullah tanpa mengira apa keturunan sekali pun.
Bagi saya, UMNO bukanlah parti orang Melayu, MCA pun bukan parti orang Cina serta MIC juga bukan patri orang India. Kesemuanya adalah bom jangka tinggalan penjajah British untuk menghuru harakan negara. Kalau tidak, masakan semuanya menggunakan nama Inggeris!
Apalagi nak di kalutkan otak dgn perpaduan melayu , kalau di indones
ia mereka mempunyai berpuluh2 part
i, tidak timbul isu perpaduan,mala
h di serata negara2 di dunia mereka hidop dlm 1 negara dgn berbagai anutan politik tidak jadi
isu , mengapa di malaysia kalut sangat ,buka minda ,jangan terpengaruh dgn mainan politik sempit,tubuhkan parti2,tubuhkan ngo2 bergerak semua nya memajukan negara, tentang rasuah,tentang salah guna kuasa,tentang penindasan itu lebih baik dari menimbulkan isu2 yg remeh temeh
seperti perpaduan yg cuma utk di jadi bahan politik bagi menutup isu sebenar, isu barang2 naik ,isu
kemiskinan di bandar dan desa. kita sekarang ashik bertikam lidah
atas isu remeh melupakan isu besar
yg sepatut nya di bincangkan secara luas.sedar atau tidak kita
di permainkan sebagai tok dalang dgn wayang kulit oleh penguasa negara yg mencetuskan polimik ini,
jangan jadi budoh dan di perbudohkan sepanjang 52th ,cukup
dan cukop lah,,,,
Post a Comment