Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti
Pendekatan Lembut Yang Berkesan
KEDUA-DUA langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat mengenai masalah pencurian pasir dan pemberhentian penerbitan akhbar suara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, Suara Keadilan, Harakah dan Roket adalah bijak dan satu penyelesiaan yang baik.
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan rendah hati memohon bantuan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menangkap pencuri pasir yang berleluasa di Selangor. Dipercayai Khalid terbuka pintu puadnya untuk berbuat demikian ekoran kenyataan dan kritikan sinis Muhyiddin berhubung masalah pencurian pasir di Selangor.
Muhyiddin menyindir Khalid dan Anwar Ibrahim dengan mengatakan berleluasanya pencurian pasir di Selangor menunjukkan kelemahan kedua mereka itu dan membuktikan Kahlid dan Anwar tidak layak menjadi pemimpin. "Kalau urus pasir pun tak boleh macam mana nak urus negeri," begitulah kira-kita sinis Muhyiddin.
Tindakan Khalid itu juga dikira tepat untuk memerangkap daya kepimpinan Muhyiddin. Ia juga menguji sejauh mana keikhlasan Muhyiddin untuk menghapus penjenayah pasir. Seperti mana kata Khalid sekiranya Muhyiddin tidak menangkap pencuri pasir Timbalan Perdana Menteri itu dianggap bersubahat dengan penjenayah pasir.
Khalid juga tururt sama menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri (KDN), Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Musa Hassan, Ketua Polis Selangor, Khalid Bakar dan juga Peguam Negara Abdul Ghani Petail yang menjelaskan masalah itu dan memohon bantuan mereka.
Langkah diambil merupakan pengembalian paku buah keras kepada Muhyiddin dan mereka yang mempersoalkan kegagalan kerajaan Selangor dalam mengatasi masalah pencurian pasir. Tindakan Khalid itu betul kerana masalah jenayah bukan saja tanggungjawab seorang individu atau kerajaan tetapi semua orang yang bermukim di Malaysia ini.
Khalid juga turut memberi ganjaran kepada orang ramai yang dapat menangkap penjenayah pasir. Jadi kepada mereka yang tidak ada kerja dan untuk menambahkan pendapatan bolehlah berpakat menangkap penjenayah pasir dan menuntut ganjaran dengan kerajaan Selangor.
Apa yang menariknya Khalid akan turut mengeluarkan nama-nama mereka yang diberi lesen mengaut pasir di zaman pemerintah Barisan Nasional. Dengan penyenaraian itu nanti dunia akan mengetahui siapakah mereka di sebaliknya. Apakah tuduhan bekas MB Selangor, Khir Toyo mengatakan pemberian lesen menerusi konsortium Kumpulan Semesta Sdn Bhd (anak syarikat kerajaan Selangor) dilakukan kepada kroni benar atau tidak. Apakah pemberian secara individu di zaman BN memerintah dulu bukan kepada kroni? Bukankan 'kalong-kalong' pasir di Selangor ada kaitan dengan Umno?
Semua pihak kelak akan dapat membuat penilaian sendiri berhubung perkara ini. Kita mengalu-alukan agar Khalid cepat mengeluarkan nama-nama berkenaan. Dengan keluarnya nama-nama itu nanti akan diketahui siapa yang menjadi penyangak sebenarnya dan mengaut keuntungan menerusi 'komiditi' itu selama ini.
Dalam pada itu Khalid menjelaskan dengan kaedah pengurusan 'komoditi' itu di Selangor pada masa ini ia telah memberi keuntungan kepada Selangor. Hasil pasir tahun 2007 sebanyak RM2.9 juga meningkat ke RM6.3 juta tahun 2008.
Jumlah itu terus meningkat sebanyak RM5.4 juta tahun 2009 dan sebanyak RM10.3 juta setakat Jun tahun ini. Dengan perangkaan itu jelas kaedah atau sistem penghasilan pasir di Selangor yang dilakukan Khalid berjaya menambahkan kewangan negeri. Hanya mereka yang jahil matemetik saja akan beranggapan sistem yang dilakukan Khalid itu rugi.
Perkara kedua yang menarik perhatian ialah keputusan Pakatan Rakyat menghenti penerbitan akhbar lidah parti. Konsensus yang diambil Pakatan semalam adalah tepat. Menurut Anwar Ibrahim Pakatan bersetuju untuk mematuhi arahan KDN agar akhabr, Suara Keadilan, Roket dan Harakah tidak diterbitkan sehingga permitan diluluskan.
Dalam pada itu Pakatan akan berjumpa dengan KDN untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan syarat-syarat dan proses penyambungan permit yang sedikit mengelirukan. Cara dan langkah diambil itu adalah lebih kepada kompromi dan tidak keras seperti mana yang cuba dilakukan oleh sesetengah individu di dalam parti Pakatan yang lebih untuk menunjukkan ego dan keras kepala.
Dengan langkah terbaru itu juga menyebabkan KDN akan merasakan mereka dihormati dan sudah tentu tidak ada sebab kenapa permit penerbitan ketiga-tiga akhbar lidah parti itu tidak akan disambung sekiranya semua syarat dan peraturan sedia dipatuhi oleh pihak berkenaan. [wm.kl. 9:45 am 15/07/10]
4 comments:
pencuri pasir berleluasa. Berhampiran dengan selangor fruits valley tu, banyak kegiatan pencurian pasir. Setiap hari di laporkan di surat khabar pun, pencuri masih lagi dengan tenang mencurinya. Adakah khalid di khianati oleh pegawainya. Saya berkata kerana saya melihatnya dengan mata dan kepala saya sendiri
Mungkin pihak lawan kepada Pakatan yg sengaja mencabar kerajaan Selangor.Mereka yg curi, kemudian mereka yg tukang dedahkan.Untuk menaikkan imej UMNO di Selangor..mcm2 pendekatan diambil.Kalau pegawai MB Selangor yg jagi gunting dlm lipatan pun mungkin ya juga.Manusia hari ni,kerana duit mereka boleh berpura2.Dlm sehari watak mereka boleh berubah2..Entahlah.Harap2 Kerajaan Selangor kena pandai pasang perangkap,jgn biarkan UMNO memainkan perang saraf mereka keterlaluan sehingga mmg menampakkan apa yg berlaku adalah kelemahan dan kesilapan tadbir urus kerajaan yg ada masa kini.Mentadbir tu mentadbir juga..kerja2 politik pun kena bijak.Main politik kena setiap masa terutama bila berhadapan dgn UMNO..mereka [ UMNO ] pun ingin merampas semula negeri Selangor.Hujah perlu dijawab dgn hujah bukan sekadar menuduh dan membela diri tanpa bukti yg kukuh.Rakyat sentiasa melihat dan mengikuti sebarang perkembangan yg berlaku..hati2lah jika ingin menang dlm PRU akan dtg.Baik UMNO mahupun Pakatan Rakyat.
dalam pada itu, ambo di j.b ini amat ingin mengucapkan TAHNIAH buat MB Khalid atas COUNTER ATTACK Yang Begitu Tajam, Pedas dan Berkesan.
Begitu Juga Ketiga-tiga Pembuat keputusan Keadilan, Roket dan Harakah yang MEMILIH Air Untuk diLawan dengan Api.
TAHNIAH!
herman che mok
johor bahru, malaysia bumi bertuah.
Salam Saudara MSO,
Tahniah kepada MB Selangor atas kejayaan meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Selangor. Maknanya MB Selangor lebih cekap dari MB UMNO dulu. Ada sedikit2 kelemahan itu biasalah dalam pentadbiran dan yang penting kerajaan PR Selangor perlu dilihat profesional dan berusaha untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang ada.
MB Selangor kata dia akan dedahkan mereka2 yang terlibat dalam industri korek dan jual pasir selama ini. Biar orang Selangor tahu. Kita pun nak tahu zaman Khir Toyo jadi MB dulu mereka buat kerja korek pasir secara profesional ke?
TPM sejak akhir-akhir ni makin bercelaru cakap-cakapnya. Kalau hal pasir ni tanggungjawab MB Selangor kenapa kamu masuk campur? Kamu yang buka mulut dulu? Sekarang bila MB Selangor pelawa untuk sama-sama selesaikan masalah yang ada, tak nak pulak. Kenapa TPM prihatin hal pasir di Selangor sahaja? Negeri2 lain tak de kes curi pasir ke?
Akhirnya rakyat akan tahu juga siapa yang buat kerja dan siapa yang jual air liur je untuk meraih sokongan politik. Rakyat akan tahu juga nanti siapa yang guna kepala otak dan siapa yang guna kepala lutut.
Untuk MB Selangor, teruskan dan dedahkan ampunya-ampunya lesen pasir selama ini, agar rakyat tahu dan tidak terus tertipu dengan mainan dan propaganda politik murahan pembangkang.
Post a Comment