Saturday, July 31, 2010

Berita Petang

Zaid Akan Berperang Dengan Tajuddin Rahman di Perak?

ESOK akan berlangsung majlis Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Perak. Ia tetap diadakan biarpun beberapa berita pembatalan program mula disebarkan pihak-pihak tertentu sejak kelmarin. Berita itu untuk mensebotaj himpunan berkenaan.

Sejak malam tadi lagi sudah timbul desas desus kononnya perhimpunan berkenaan dibatalkan. Para peneroka juga telah dilarang termasuk diugut daripada menghadiri program berkenaan. Satu portal berita dipetik mendedahkan peneroka dan orang ramai diugut akan ditangkap kalau menghadiri majlis berkenaan.

Sebelum ini Pengerusi Felcra Tajuddin Rahman yang merasa penas dengan majlis berkenaan telah memberi amaran keras akan menyaman mana-mana pihak yang cuba memfitnah lembaga berkenaan.

Tajuddin merasai majlis itu sebagai satu cabaran besar untuknya dan mencabar statusnya sebagai pengerusi lembaga berkenaan. Tajuddin dikenali seorang Ali Parlimen yang lantang di dewan dan juga seorang yang dilihat sebagai agresif dan samseng. Kakitangan Felcra dan mereka yang rapat dengan Tajuddin kenal akan sikap berang ahli Parlimen Pasir Salak ini. Beliau juga dikatakan pernah bertelagah dengan pemandunya.

Petang tadi, Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim (foto) menelefon memberi tahu saya beliau akan ke Perak esok menghadiri himpunan berkenaan. Sudah pasti kedatangan Zaid itu akan menggeletarkan Tajuddin. Ia juga dilihat akan memulakan perang baru terhadap lembaga tanah berkenaan yang dicetuskan oleh Pakatan Rakyat.

Majlis himpunan berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang dipimpin oleh Mazlan Aliman.

Sementara itu jelas Zaid selepas dia menghadiri majlis berkenaan beliau akan ke ke Lumut dan Ipoh dalam dua program parti berasingan. Beberapa hari lalu beliau ke Sarawak dalam rangka memperkuatkan kedudukan PKR di negeri berkenaan.

Mengulas mengenai ancaman Pengerusi Felcra, Tajuddin Abdul Rahman akan menyaman kalau ada pihak memfitnah Felcra, Zaid berkata Tajuddin tidak perlu takut. Katanya yang menggelarkan Tajuddin Rahman sebagai panglima tidak perlu bimbang dengan himpunan berkenaan. Rakyat hanya ingin mendapat penjelasan berhubung isu-isu berkaitan tanah rancangan berkenaan dan Tajuddin selaku pengerusi sepatutnya ikut sama.

"Negara ini mengamalkan sistem demokrasi sesiapa saja boleh bercakap dan rakyat berhak mengetahuinya penjelasan", kata Zaid.

Himpunan berkenaan dilihat sebagai permulaan pihak pembangkang untuk membongkar skandal dalam Felcra selepas mereka mendedahkan Felda yang dikatakan berada di ambang bankrup sebelum ini. Pendedahan itu benar-benar mengoncangkan Felda sehingga beberapa tindakan drastik diambil ke atas pembangkang termasuk mengharamkan akhbar lidah rasmi PKR, Suara Keadilan kerana mendedahkan perkara berkenaan. [wm.kl 8:00 pm 31/07/10]

3 comments:

ahmad yani said...

Perhimpunan belum diadakan dan isu belum pun diucapkan dalam majlis itu tapi sudah ada ancaman untuk menyaman. Hanya orang yang 'bersalah' saja yang kecut tak tentu pasal.

azman kamarul said...

Kepada YB "Panglima Tajudin"...mengapa anda begitu menyerlahkan perasaan anda? sehingga sanggup untuk menyaman penaja program ini!
Anda kan "pemimpin" takkan dengan majlis sedemikian pun dah tunjuk gabrah.Lihat saja semasa berbahas di parlimen "hebat bergaya dan tegas serta menunjukkan ciri-ciri bengis" itulah pemimpin hebat.
Biarkan program itu berjalan dengan baik dan lancar..anda ada tv1 , tv2, tv3, surat kabar Berita Harian, Utusan Malaysia, jadi anda jawablah apa tuduhan mereka.HUJAH LAWAN HUJAH.FAKTA LAWAN FAKTA.Itulah ciri orang-orang bertamadun!
Tidak perlu ancam, ugut, fitnah dan sebagainya.Ancam, ugut dan fitnah adalah ciri yang diciplak dari jakun sedangkan jakun pun tak membudayakan itu lagi.Jadi jauhilah diri YB dikenali sebagai YB JAKUN!

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Apa pun Tajuddin telah mengotakan janjinya. Malam tadi himpnan FELCRA itu telah pun diganggu oleh pihak kesalamatan. Ahli Parlimen Bukit Gantang pun pergi dengan melalui jalan belakang.

Tahniah kepada Tajuddin kerana anda seorang yang memenuhi janji terhadap para peneroka FELCRA. Ini jiwa seorang pemimpin yang besar dan hebat; tidak memungkiri janji. Janji nak ugut dia ugut. Janji nak sekat dia sekat.

Pokoknya, kalau tidak berada-ada tak kan tempua bersarang rendah. Apa pun belum dikata tapi reaksi dah pun berlebihan. Orang makan lada hitam pun dah panas, inikan pula makan cili api. Mana tak senak perut. Mungkin mereka takut tak jumpa bilik air nak hilangkan senak perutnya.

Mungkinkah akhirnya nanti FELCRA akan saman Harakah setelah FELDA saman Suara Keadilan?