Monday, July 12, 2010

Susupan Tengahari

Saman Ekor: Jejaskan Undi UBN
Sokong Permintaan Hishmuddin Hussein


PERMINTAAN Menteri Dalam Negeri (KDN), Hishamuddin Hussein suapaya Polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) menimbangkan daripada mengambil tindakan dan kuatkuasakan saman ekor ke atas pemilik kenderaan yang terlibat dialu-alukan. Permintaan Hishamuddin itu satu pembelaan kepada rakyat marhaen yang terbeban dengan tindakan berkenaan.

Katanya dia banyak mendengar rintihan rakyat yang tidak berpuas hati dengan saman ekor dan implikasinya apabila tidak menjelaskannya. Apa yang menjadi kesalan orang ramai ialah apabila saman itu tidak diketahui kerana tidak menerima notis. Tindakan sebegini boleh dianggap satu penganiayaan oleh pihak Polis dan JPJ dalam usaha mendisiplin pemandu dan mengurangkan kehilangan jiwa atas jalan raya.

Hishamuddin meminta suapaya tindakan ke atas pemilik kenderaan yang disaman tetapi tidak menerima notis hendaklah dipertimbangan. Bagaimana pun katanya bagi mereka yang menerima notis tidak ada sebab untuk merasa kesal dan enggan membayar saman berkenaan. Memang, kerana mereka boleh membuat perundingan dengan pihak berkuasa berhubung saman berkenaan. Tetapi bagi mereka yang tidak mengetahui mereka disaman tiba-tiba tindakan dikuatkuasakan ke atas mereka satu penganiayaan dan zalim.

Saya sudah luahkan pandangan dalam blog ini mengenai kerenah saman ekor (perangkap laju) sudah tidak relevan dan praktika serta satu penganiayaan secara senyap oleh pihak kerajaan kepada rakyat. Bayaran saman manimum RM300 setiap satu kesalahan juga membebankan. Bayangkan kalau pesalah mempunyai tiga saman bermakna mereka kena menyediakan RM900 untuk membolehkan memperbaharui road tax kereta mereka. Jumlah itu adalah lebih separuh gaji bulan pegawai rendah kerajaan.

Sejak September 2009, 2.5 juta pesalahan tarfik dikenakan saman dan dari jumlah itu sebanyak 1.07 juta pesalah trafik kereta mereka disenaraihitamkan. Mereka harus melunasi jumlah saman sebelum road tax diperbaharui. Jumalah itu bukan sedikit. Lantaran itu ada yang beranggapan penguatkuasaan saman ekor secara tiba-tiba itu kerana kerajaan ketiadaan wang. Jadi jalan mudah untuk kerajaan menambah duit ialah dengan mengikis wang rakyat dengan pelbagai denda dan hukuman atas pelbagai kesalahan.

Adalah wajar kalau saranan Hishamuddin itu diberi perhatian. Menteri dan ahli Parlimen serta badan bukan kerajaan lain juga harus membuat desakan dan menyokong saranan Hishamuddin. Dalam kontkes politik kalau tiada penyelesaian atau pemaafan diberikan kepada persalah trafik ia memberi kesan kepada parti yang memerintah. Apa kata kalau separuh dari jumlah pesalah kenderaan itu marah dengan tindakan itu? Mereka sudah pasti tidak akan mengundi parti memerintan pada pilihan raya akan datang. Tindakan ini tentulah menjejaskan sokongan UBN.

Jadi di samping untuk tidak membebankan rakyat dengan tindakkan saman ekor itu (apa lagi dalam musim ka'at ini) adalah baik kalau kerajaan mempertimbangkan untuk menghapuskan terus saman berkenaan atau memberi potongan hingga 50% kepada mereka yang bersalah.

Pendapat Ketua Trafik Bukit Aman, Abdul Aziz Yusuf mengatakan tindakan saman ekor itu untuk mendisiplinkan pemandu ianya tidak boleh diterima kerana idea itu tidak begitu pratikal dalam konteks sikap pemandu negara ini. Tindakan sebegitu tidak akan memberi apa-apa erti kepada pemandu yang sudah liar dan menunjuk-nunjuk atas jalan raya. Mereka sukar untuk dirubah dengan peraturan berbentu saman dan denda, sebaliknya tindakan sebegitu menyebabkan imej kerajaan akan dipersoal.

Apa lagi saman ekor itu pula dijalankan secara tersembunyi di bawah kolong atau dalam semak di mana seolah-olah polis sengaja mahu main sembunyi-sembunyi dengan pemandu dan senagaja mahu memerangkap mereka. Keadaan menyebabkan mereka tambah mempermainkan saman berkenaan.

Jadi untuk mendisiplin pemandu Polis dan JPJ harus mencari satu pendekataan baru. Mekanisme lain perlu dikaji oleh polis bagaimana hendak mendisiplinkan para pemandu di negara ini. Mungkin dalam melaksanakan saman ini polis dan pegawai JPJ juga perlu didisiplinkan!

Jalan penyelesaian terhadap sesuatu perkara itu sebenarnya luas ia bergantung kepada keupayaan dan keyakinan kita bagaimana mengatasinya. Kalau kita tetap meneruskan keadah yang sudah lapok tidak menyerlahkan perubahan apa juga tindakan itu tidak akan mencapai maksud yang dikehendaki. Sebaliknya ia akan diterjemahkan sebagai satu penganiayaan kepada orang ramai pula. [wm.kl. 2:30 pm 12/07/10]

8 comments:

halim nasir said...

Sokong 100%. Hapuskan aje saman ekor tu. Bebankan rakyat.

siraniep said...

Saman ekor adalah kerja mudah Polis ...

boleh saman ekor tapi selepas 1km buatlah sekatan dan check betul tak pemandu melebihi had laju ?

Pihak berkuasa ada hak tapi biarlah hak itu pada tempatnya. Itu barulah adil namanya.

anafakir said...

Utk memastikan saman itu adil kepada para pemandu..buat je sekatan jalan raya secara berkala atau secara kerap di kawasan yg mmg diakui kawasan pemandu suka memecut melebihi had laju.Jika mendapat surat sama semerta, tidak lah pemandu merasa dianiaya.Berbanding sama ekor, pemandu mungkin terasa mereka diperangkap oleh pihak polis kerana saman tesebut boleh dikeluarkan secara membuta tuli utk mencukupi kuota harian yg mungkin ada utk setiap anggota trafik..jika mmg benar ada target sama utk setiap anggota polis maka saman ekor bolah digunapakai..

Wajar sgt2 kalau saman2 ekor dikaji semula sebelum rakyat bangkit menunjukkan protes terutama menjelang PRU13 nanti..sanggupkah kerajaan kehilangan undi popular?

Hishamuddin said...

Salam,

Nampaknya Pok Mso sendiri dah terperangkap dgn mainan BN. Macam mana Pok Mso bleh sokong kenyataan Hishamuddin Hussin(HH) sedangkan PDRM pun duduk bawah HH?

Ini semua gimik murahan je pada pendapat ambe. Mana mungkin PDRM bleh buat keputusan sesuka hati nk blacklist pemilik saman ekor seandainya tanpa perngetahuan dan persetujuan HH terlebih dahalu.

Ini tandanya PRU ke 13 dah makin hampir. Makin dekat makin byk la gimik yg di buat. Tak mustahil dalam masa 1,2 mggu lagi akan di umumkan pemansuhan saman ekor yg di senarai hitamkan. Dgn cara ini, populariti BN meningkat sedikit kerana prihatin dgn nasib rakyat.

Ambe nk try tgk ambe kena blacklist ke tak. Roadtax mati 18/7/2010/ .Saman ambe ade 11, berjumlah RM1590. Kalau kena blacklist, ambe hold dulu renew roadtax. Tggu HH umum pemansuhan saman ekor di diluluskan DEMI RAKYAT. Hidup BN...hehe

Rillink said...

Assalam Tuan.
Alasan ketua trafik bukit aman kununnya saman untuk mendisplinkan pesalah trafik sudah tidak releven.Yang patut di-lakukan adalah untuk mencegah pemandu dari melakukan kesalahan bukannya suka mencari kesalahan.Sepatutnya penguatkuasa menyaman pemandu yang membahayakan keselamatan jalan raya,bukannya menyaman pemandu yang memandu 72km di kawasan had laju 70km.Dengah melebihi 2km/jam adakah membahayakan?kes saman had laju seperti ini lah yang banyak saya lihat di kenakan pada rakyat marhaen.Inilah yang di katakan zalim bukan nya mendisplin.

dexidle said...

Salam tuan rumah

Saman tak boleh disiplinkan pemandu... bila undang lalulintas ditetapkan hiway 110, jalan biasa 60,70 & 80.. semua warganegara malaysia tertakluk kepada undang2 tersebut.. x kira la menteri ke, pm ke... naik hiway bawak la 110 jugak.. ni.. ni penggubal undang2 pon x ikut peraturan.. mcm mana pulak dgn orang awam?.. kalu betullah mmg nk cari solusi nk disiplinkan pemandu..bukan susah... buat hiway bubuh bumper setiap 1KM,jalan federal, & jalan state.. bubuh bumper setiap 300M... baru adil.. menteri ke.. orang awam ke.. baru reti nk slow... bumper tu jgn buat kemas.. buat kecik pon x pe... biar kalu yg x reti nk slow tu.. bergegar nk runtuh dashboard dia kalu x slow..x kira la.. 4wheel..ke..lori ke.... cuba bayangkan.. di kawasan perumahan.. kalu polis buat speed trap.. ramai kena..(kalau jalan x de bonggol).. boleh disiplinkan orang ke? cuba bubuh bonggol dlm kawasan perumahan tuh.. reti pulok dia bawak slow

.:kaY-Own:. said...

saya masih belum membayar 3 saman ekor dengan kelajuan dicatatkan ialah antara 72-75km/j, kerana RM900 itu amat tinggi nilainya bagi saya.
Bayangkan jalan lurus yang selamat hanya dibenarkan 60km/j sahaja, sedangkan jalan itu lah saya berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Dean smart said...

Saya juga tidak setuju dengan kenyataan ketua polis " Undang2 boleh mendisiplin pemandu " . Polis sendiri pun tak boleh ikut disiplin inikan pula orang awam ?.