Sunday, July 4, 2010

Kalut Umno Kelantan

Umno Rantau Panjang dan Tanah Merah Tidak Sah?

MENURUT Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor sebanyak 40 bahagian Umno minta tangguh dari mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian. Penangguhan itu kerana bahagian Umno itu menghadapi masalah logistik - tempat untuk menjalankan mesyuarat. Dalam kenyataan sama beliau menyebut mengenai dua bahagian Umno di Kelantan, iaitu Tanah Merah dan Rantau Panjang.

Katanya, kedua Umno bahagian ini menghadapi masalah dalaman. Apabila perkara ini disebut oleh Tengku Adnan masalahnya tentulah serius. Umno Rantau Panjang minggu lalu telah mencatat sejarah apabila dua kumpulan mengadakan mesyuarat serentak. Kedua-duanya sah oleh apabila Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi menghadapi pada kedua persidangan berkenaan.

Sebenarnya kehadiran itu mengelirukan. Ia seolah-olah menandakan Zahid mengesahkan kewujudan kedua-dua kumpulan berkenaan. Yang menjadi masalah kini apakah pula status Umno kawasan itu dari sisi perundangan dan akta pertubuhan. Apakah akta pertubuhan memberi pengecualian kepada Umno boleh melakukan apa saja yang mereka suka.

Dan pendirian Zahid juga menjadi tanda tanya. Apakah beliau lebih menghormati dan menjaga hati ahli kedua kumpulan itu daripada peruntukan undang-undang dan juga akta pertubuhan.

Apakah selagi tidak ada apa laporan dari Umno Rantau Panjang Pejabat Pertubuhan (ROS) tidak boleh bertindak dan beranggapan Umno bahagian itu tidak bermasalah. Apakah laporan media mengenai aktiviti itu tidak boleh digunapakai oleh ROS untuk bertindak? Begitukah?

Atau memang ada ahli Umno bahagian itu telah membawa kes berkenaan ke mahkamah cuma menunggu masa saja untuk meletup?

Umno Tanah Merah pula sudah lama berhadapan dengan masalah apabila bekas Setiausaha Bahagian, Amran Abdul Rahman telah membuat petisyen di mahkamah menghalang Umno bahagian itu menggunakan aset termasuk membekukan dua akaun milik Umno bahagian itu.

Amaran membawa Umno Tanah Merah ke mahkamah kerana kemenangan Akmal Ehsan sebagai Ketua tidak sah kerana kewujudan cawanagan palsu di dalam bahagian itu. Cawangan yang mencalonkan Akmal juga dikatakan sudah lama dibubarkan. Dalam kata lain pencalonan Ikhma Ihasan Abdul Aziz.


Malangnya tindakan Amran itu telah dihukum kejam oleh pihak Umno ibu pejabat. Keahlian Amran telah digugurkan. Pengguran keahlian Amran itu untuk menafikan locus standinya membawa ke berkenaan. Bagaimana pun pengguguran secara back dated itu ditolak oleh mahkamah. Sila rujuk posting ini:

Tindakan ke atas Amran itujuga bukan berlandaskan keadilan dan kebenaran sebaliknya lebih mirip untuk mempertahankan individu yang berkasta tinggi. Tindakan inilah menyebabkan banyak pihak merasakan keadilan dan kesamarataan dalam Umno sudah tidak ada lagi. Umno bersedia bersikap rakus ke atas ahli bawahan marhaen dan membela mereka yang berkasta tinggi dan kaya raya.

Walaupun usaha ibu pejabat Umno menyelesaikan kes Umno Tanah Merah dengan memecat Amran, namun mahkamah tidak semudah itu disihirkan. Mahkamah tetap mengatakan Amran berhak untuk membawa kes itu ada status individu dan sebagai seorang warganegara. Kes itu kini dalam mahkamah.

Adalah memelikkan bagaimana mesyuarat perwakilan bahagian Tanah Merah sudah ditetapkan pada 15 Julai di mana akan dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin sedangkan kedudukan Umno bahagian itu masih dalam pertimbangan mahkamah. Bagaimana kalau mahkamah rayuan kelak memberi kemenangan kepada Amran? Bukankah keputusan hukuman berat sebelah Ibu Pejabat Umno itu terbatal?

Memikirkan implikasi ini rasanya mesyuarat perwakilan Tanah Merah harus ditangguhkan sehingga selesai tuntutan Amran di mahkamah. Bukan itu saja dari maklumat yang boleh diterima sekiranya Muhyiddin bersedia untuk menghadiri mesyuarat bahagian berkenaan katanya akan ada satu laporan politik dibuat ke atas Muhyiddin yang dianggap merasmikan sebuah pertubuhan haram! [wm.kl. 2:00 pm 04/07/10]

2 comments:

ANAFAKIR said...

Pembetulan utk Tuan MSO : Nama sebenar Ketua UMNO Bhgian Tanah Merah ialah Ikmal Hisyam b. Abdul Aziz [ Datuk ].Sekian, seadanya.

ANAFAKIR said...

Sebenarnya tuan MSO..kedua2 pihak di Bhg. UMNO Tanah Merah itu berada dlm kepalsuan dan 'keharaman' belako, kebetulan puak Ikmal menang maka ada protes, jika puak Nik Kamarulzaman [ Nik Amir ] menang pasti puak Ikmal juga akan protes.Apakah antara kedua pihak mereka BERSIH?.Dari segi politik wang..hanya jumlah sahaja yg membezakan.

Kemelut yg melanda UMNO Tanah Merah akan berterusan walau siapa pun menang.Lantaran antara mereka mmg tidak bersih.Jika masih berebut kuasa dan kedudukan, bagaimana mereka ingin menawan Parlimen Tanah Merah dan 3 DUN di dalamnya?...jauh panggang dari api.PAS pulak lemak murni keadaan mereka.Riak perpecahan tidak begitu menimbul..