Pemimpin Pas Perlu Berjiwa Besar
SEORANG rakan lama yang menjawat ketua sebuah kawasan Pas di Kelantan menelofon saya sekejap tadi bertanya khabar hal Kuala Lumpur. Sengaja dia telefon, bukan sangat tidak tahu perkembangan di Kuala Lumpur, tetapi atas budi untuk mengingati kawan, bertanya khabar kerana lama tidak berhubung. Terima kasih.
Terlanjur bercakap, biasalah orang politik tidak dapat lari dari memperkatakan isu yang riuh 'randah' kini, soal perpaduan Umno – Pas yang saya sudah anggap menjadi tahi.
Beliau juga tidak berminat untuk sentuh isu tetapi hanya memberi reaksi kepada mereka yang ‘lacat’ – ghairah bercakap mengenainya. Beliau merujuk kepada dua orang Naib Presiden Pas yang memberi reaksi berlebihan berhubung isu perjumpaan Hassan Ali dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria.
Katanya kenapa pemimpin Pas itu ‘berdoah’ (berlebih-lebih) benar membuat teguran atau bingkas mengenai perkara itu. Sepatutnya mereka diam saja dan tidak memperpanjangkan begitu rupa. Masih banyak isu lain yang boleh diketengahkan dan relevan untuk kebaikan bersama ditimbulkan.
“Padsa ana mereka tidak bijak dan tidak faham politik. Umno sengaja lontar isu itu untuk memerangkap Pas dan menimbulkan perhatian umum. Umno hendakkan orang ramai simpati kepadanya, itu saja.
“Untuk apa kita ulas panjang-panjang, macam perkara itu iya-iya berlaku?” Tanya beliau kesal.
Sambungnya lagi di sinlah tidak bijak orang kita. Ana nampak gopoh sangat dalam memberi reaksi atau tidak pandai memilih isu untuk diperkatakan akhirnya menyusahkan diri sendiri saja. Kalau nak popularkan diri bukan dengan cara memainkan isu itu.
Lalu kata kawan itu membuat anolagi atas apa yang berlaku itu tak ubah seperti anjing pemburu yang suka menyalak tidak tentu fasal sehingga mengelirukan pemburu.
“Ana nampak cara mereka tak ubah seperti anjing pemburu yang akan menyalah apa saja yang lintas di depannya. Orang lontar kayu pun terus disalak. Keadaan ini mengelirukan pemburu..” katanya.
Kalau nak salah pun ujarnya biarlah yang melintas depan kita itu, mangsa besar sikit. Macam pemburu nak buruk rusa atau kijang, janganlah biawak lalupun kata salak. Nampak sangat kita tidak pandai menilai isu atau mangsa. Pada ana isu perjumpaan Harussani dengan Hassan Ali itu macam biawak saja,” tambahnya selamba.
Katanya, akhirnya kerana kita tidak berhati-hati dan tidak berhemah kita jadi letih sendiri. Apa yang kita timbulkan itu menyeronokkan Umno. Sebaliknya ahli kita yang penat dan letih kerana terperangkap dalam isu yang dimainkan oleh pihak Umno disebabkan kurang berhemah di sebalah kita. Kita kena ingat katanya isu perpaduan Melayu Umno - Pas jadi phobia kepada sesetengah ahli.
Mengenai pertemuan Hassan dengan Harussani itu kata ketua bahagian itu ia tidak perlu dibimbangi apa-apa. Pertemuan itu hanya biasa saja dan tidak boleh mengubah keadaan. “Kalau pun Hassan berjumpa bincang masalah Melayu ia tidak akan membawa erti apa-apa kerana Hassan atau sesiapa saja kena bawa ke dalam mesyuarat Pas.
“Jadi untuk apa nak bimbangkan dengan perrtemuan itu, apa lagi ianya berlaku secara tidak formal dan khsusus,” tambahnya. Apa yang berliau tampak mereka yang mempersoalkan pertemuan Hassan itu mereka yang dengki dengan beliau (Hassan) dan tidak yakin kepada parti serta ada agenda peribadi.
Bukankah parti sudah memutuskan dalam beberapa muktamar, bahawa tidak akan ada rundingan, kerjasama dengan Umno. Jadi kalau pun seribu kali Hassan Ali atau sesiapa saja berjumpa, ia tidak akan memberi apa-apa erti. Apa benak sangatkah mereka ni?, tanya beliau.
Begitu juga katanya, nak berbalas tembak dengan Mufti rasanya kurang bijak. Sepatutnya biarlah bloger saja yang serang dan tembak Harussani bukannya pemimpin tertinggi. Kalau bloger serang tak menjadi kesalahan kerana bloger, bukan pemimpin yang akan membuat keputusan ke atas parti.
Dalam pada itu ketua kawasan itu meminta supaya pemimpin Pas berjiwa besar. Jangan sampai nak jumpa pemimpin Umno pun tidak boleh. Kalau kita berjiwa besar kita tidak perlu gerun di mana dan dengan siapa kita berjumpa. Katanya tidak semestinya bila kita berjumpa seseorang kita akan terpengaruh dan mengikutnya. Sebaliknya kalau kita bijak kita boleh mempengaruhi mereka bersama kita.
Anihnya juga ada pemimpin Pas berjumpa dengan pemimpin Umno tidak jadi masalah, tidak hebuh pun tetapi kalau pemimpin lain hebuk. Ini satu double standard?
Beliau juga kenapa prejudis begitu sesetengah ahli Pas sampai nak berjumpa dengan Mufti pun tidak boleh. Kalau kita boleh duduk sekali dengan Padri, masuk gereja ataupun makan dengan Tok Cai, kenapa tidak boleh dengan Mufti,” Tanya beliau menyesali apa yang berlaku.
Saya bersetuju seratus peratus dengan ketua Pas berkenaan. Hanya mereka yang berhemah dan berjiwa besar saja boleh menjadi pemimpin besar yang hati kecil eloklah berhenti atau jangan sokong lagi. [wm.kl.7:00 pm 25/07/10]
2 comments:
Tanpa memiliki jiwa besar apa pun yang dibuat akan jadi kementot dan gagal walaupun nampak da kita rasa berjaya.
Samapai sekarang pun saya ketawa sendiri terkenangkan masa bekerja dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) alangkah kementotnya pemikiran, kalau pakai baju biru sudah dianggap Umno.
Kerana kementot jiwa dan tidak kukuhnya pegangan, nak jumpa dan berbual dengan orang Umno pun takut, kononnya takut terpengaruh. Kalau kepada diri sendiri tidak berapa percaya, macam mana nak mempercayakan orang lain supaya sokong Pas.
Saya pernah ke Perlis dalam siri kempen pilihanraya kecil bersama aruan Ustaz Mustapha Ibrahim, bekas ADUN Salor yang ketika iu adalah pegawai penerangan UPKn. Sampai dimarkas, saya tidak dibenarkan masuk. Sambil ketawa Ustaz Pa jelaskan kepada saya punca saya tidak dibenarkan masuk ke markas. Sebabnya kerana saya pakai songkok, bukan kopiah. Petugas markas ingat saya agen Umno, pakai songkok.
Demikianlah betapa kementotnya pemikiran orang politik berjiwa kementot. Mereka tifak pernah ambil konsep macam mana cara Jepun masuk ke dalam musuh dalam uusaha tawan tanah Melayu. Aksar Kamekazee datang ke Tanah Melayu menyamar sebagai penjual aiskrom. Bila ada yang mati dihantar balik ke Jepun. Tak siapa pun yang tahu ketika itu kenapa mayat dihantar balik ke Jepun. Rupanya perut ayat dbelah dan diisi dengan kertas laporan hasil risikan.
Walaupun ada yang kawin dengan gadis-gadis Melayu, orang Jepun tetap laksanakan tugas mereka, hantar maklumat risikan. Untuk dapat maklumat, tntera Kamekazee masuk ke tengah-tengah musuh.
Orang Pas lain halnya, pakai baju biru, pakai songkok, bertemu dengan orang Umno sudah dilihat sebagai suatu kesalahan. Akhirnya Pas akan tenggelam dalam syk sendiri, beraso biso tetapi sebenarnya berada diambang binasa oleh sikap tidak yakin kepada diri sendiri dan juga syak terhadap rakan-rakan.
Sepatutnya tarbiah politik terutama skill dan muslihat politik perlu dibuat utk pendokong2PAS,kalangan pemimpin pun masih ada yg mudah terlepas mulut.Ada jawatan lagi la mudah dipandang sinis bila mereka terlepas mulut, tebulah dlm bertindak dan seumpamanya.Setuju dgn Tuan Ramlikapakjangak...kena pandai bermain arus kalau ingin berjaya.Kita kena 'masuk' ke dalam khalayak ; mendengar, memerhati, menganalisa, mengkaji kekuatan dan kelemahan musuh bukan berkokok dari luar.Kalau berkokok dari luar musuh mudah kenal.Mereka akan terus tutup mulut.Kalau 'bersama tetapi tidak bersatu' kita lebih byk dpt maklumat,kemudian salurkan utk parti.
PAS kena ada dan mungkin sudah pun ada 'intellegent' atau bahasa kasar 'tali barut dlm UMNO' tugas mereka mendapatkan apa jua perancangan, pelan bertindak, kekuatan, dan kelemahan dalam UMNO dah sekutunya.Kemudian salurkan kepada PAS..jika tidak,pemimpin PAS mudah termakan jerat UMNO.Sekali terkena..makan masa utk lendik [ aman ] sbb pelbagai pun pendapat dan pandangan akan keluar dari pelbagai sumber..PAS perlu mengehadkan siapa yg perlu mengeluarkan kenyataan.Pemimpin utama jgn sesuka hati bercakap sbb itu akan melabelkan suara parti..sikap terburu2 PERLU dijauhi oleh pimpinan PAS.Sikap berhati-hati dlm saat genting [ masa utk PRU13 bila-bila masa ] begini jgn mudah celupar mulut.
Post a Comment