Saturday, July 10, 2010

Politik Dua Kali Lima

Pas Parti Sesat, Umno Parti Haram!

NAIB Presiden Umno kuota Sabah, Shafei Afdal mencari modal untuk mempopularkan diri dalam parti itu dengan mengatakan Pas sebagai parti ajaran sesat. Walaupun Shafei bukan Mufti tetapi kata-kata bersifat politik itu menimbulkan kemarahan orang Pas. Pas Johor telah membuat laporan polis terhadap Shafei Afdal. Beliau dilaporkan berkata di Johor ketika merasmikan persidangan sebuah bahagian Umno.

Shafei memberi alasan (dakwaan itu) kerana Pas sebelum ini mengeluarkan berbagai fatwa termasuk menyesatkan golonngan tertentu. Umum sudah mengetahui bahawa fatwa Pas itu tidak sah dan bersifat fatwa politik semata-mata dan tidak lebih dari itu. Fatwa dikeluarkan oleh para pemimpin tidak pun digezetkan oleh mana-mana Majlis Agama Islam Negeri sebagai fatwa. Sepatutnya beliau tidak menggunakan hujah demikian bagi mempertahankan dakwaanya.

Makanya tidak wajar dan tidak kena kalau Shafei mengambil 'fatwa-fatwa' politik Pas itu sebagai satu kebenaran.

Di sinilah menyerlahkan mutu politik orang Malaysia terutamanya orang Melayu. Mereka suka mengambil dan memikirkan perkara yang remeh temeh (furuk) daripada membahas dan mengangkatkan perkara yang boleh menyelesaikan permasalahan (pokok) yang mereka hadapi selama ini. Misalnya, lebih baik bagi Shafei Afdal mengemukakan cadangan bagaimana orang Melayu Biru dan orang Melayu Hijau untuk duduk sekali daripada asyik melemparkan tuduhan yang memedihkan telinga kerana perbuatan itu akan menjauhkan tapak antara Umno dengan Pas.

Begitu juga dengan pemimpin Pas, sudah tahu bahawa mereka tidak sesat mengikut sudut pandangan dan ijtihad ilmu Shafei Afdal itu kenapa nak bising. Pas tidak perlu melayan kenyataan Shafei itu dan patut biarkan saja. Sebelum ini orang tidak ingat dan kenal pun Shafei bila Pas buat laporan polis maka orang akan mengenalinya. Bagi Shafei Afdal beliau mendapat untung di sebalik apa yang dilakukan itu walaupun ia menghamprakkan Melayu. Shafei dianggap hero oleh Umno kerana berjaya menyibukkan Pas dengan kenyataan itu.

Sebagai Naib Presiden, Shafei sepatutnya memberi tumpuan kepada perkara lebih besar. Contohnya daripada menyesatkan Pas, Shafei lebih baik menyelesaikan masalah lebih 2,000 cawangan Umno di Kelantan yang dikatakan sebagai tidak sah dan haram. Perkara ini lebih afdal untuk diselesaikan kerana ia membabitkan soal hidup mati Umno dan maruahnya sebagai sebuah parti politik dalam negara berperlembagaan.

Masalah yang menimpa Umno Kelantan sesuatu yang membahayakan parti berkenaan. Umno Kelantan dalam keadaan sangat parah kini. Sekiranya ada pihak yang membawanya ke mahkamah ia menyebabkan seluruh Umno Kelantan boleh diistyharkan haram. Penghamaraman Umno Kelantan ia boleh membabitkan Umno Malaysia juga haram. Umno berpeluang untuk diharam kali kedua selepas dikenakan tindakan demikian tahun 1987 dulu.

Pada 7 Julai lalu satu laporan polis telah dibuat oleh bekas Setiuasaha Bahagian Umno Tanah Merah, Amran Abdul Rahman (foto) mengenai kedudukan cawangan Umno dalam Bahagian Tanah Merah. Menurut kenyataan akhbar yang dikirimkan kepada saya, hanya lima cawangan saja daripada 131 cawangan Umno dalam bahagian itu sah, manakala yang lain (126) tidak mematuhi akta pertubuhan 1966.

Petikan kenyataan akhbar sdr Amran Abdul Rahman:

"Sebanyak 126 cawangan Umno di bahagian itu tidak sah pendaftarannya mengikut Akta Pertubuhan 1966 apabila telah ditubuhkan melebihi tempoh 3 bulan dari tarikh yang diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan mengikut Seksyen 12(6).

Selain itu 126 cawangan Umno tersebut juga telah ditubuhkan tanpa mendapat perlanjutan masa dan tanpa kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan.

Kerana itu kedudukan 126 cawangan Umno Tanah Merah adalah jelas berstatus sebagai pertubuhan-pertubuhan yang menyalahi undang-undang serta kelulusan Pendaftar Pertubuhan bagi penubuhannya hendaklah disifatkan sebagai mana dijelaskan pada Seksyen 41(1)(c) dan 412(2) Akta Pertubuhan 1966.

Umno bahagian dan juga 126 cawangannya tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti termasuk menjalankan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian dan Persidangan Umno Cawangan sebagai mana Seksyen 6(2) dan adalah melakukan kesalahan jika melanggar pada Seksyen 6(2) sebagaimana dijelaskan Seksyen 6(3).

Kesimpulan daripada semua perkara di atas, Umno bahagian Tanah Merah termasuk 126 cawangannya adalah satu pertubuhan yang meyalahi undang-undang atau tidak sah mengiku Akta Pertubuhan 1966 boleh dihadapkan dengan seksaan-seksaan sebagaimana Seksyen 42, 43, 44, 45, 46, 47 dan 48 Akta Pertubuhan.

Bahagian Pendaftran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Pendaftran Pertubuhan diminta mengambil tindakan segera sebagaimana yang diperuntukan mengikut Akta Pertubuhan terhadap kewujudan Umno bahagian Tanah Merah serta 126 cawangannya yang berstatus sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang."

Dalam konteks pertubuhan politik yang mendaftar dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan, apa yang dinyatakan Amran itu menyebabkan kedudukan Umno sebenarnya lebih mencemaskan daripada kedudukan Pas yang dikatakan sesat oleh Shafei Afdal itu. Kesesatan Pas itu tidak sampai ianya boleh dibatalkan pendaftrannya, tetapi keadaan Umno Kelantan yang boleh diharamkan itu boleh menyebabkan Umno lenyap di atas muka bumi ini. Dan barang sesiapa menyertainya boleh dianggap segai kumpulan haram.

Makanya kepada Shafei Afdal lain kalau hendak bercakap ingatlah pesanan orang tua-tua, cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandangan. Dan berfikirlah dulu sebelum berkata-kata. Sebelum mengata dan memburukkan orang lain bersihkan diri sendiri dulu. Kesimpulannya Pas mengikut verisi Shafei hanya sebagai sesat, tetapi Umno mengikut versi Amran Abdul Rahman ianya haram! Sesat dengan haram kira-kira dua kali lima saja. Ha ha... [wm.kl. 10:15 am 10/07/10]

4 comments:

ANAFAKIR said...

Sebuah pertubuhan haram...seperti yg dipetik oleh MSO,maka UMNO telah menggunakan seluruh wang negara, urusan pentadbiran negara serta segala aset negara di dalam dan di luar negara adalah salah dan wajar didakwa di mahkamah juga.Semua pemimpin dan menteri dari UMNO adalah berstatus haram.Gaji yg mereka sara anak bini dan ahli keluarga juga adalah haram [ wang2 haram lain tu mmg sah2 haram la ]..makanya mahkamah perlu segera membuat keputusan samada UMNO itu mmg haram atau tidak.Ini penting utk mempermudahkan tindakan diambil.Kebetulan PRU13 pun makin hampir, kalau UMNO mmg haram..pakat pembangkang mungkin mudah utk ambilalih pentadbiran negara.Putrajaya dlm bayangan...mungin bakal menjadi kenyataan.

azman said...

Sebagai wadah yang diasaskan di atas Al Quran dan As Sunnah, PAS bukan pertama kali dituduh sesat. Rasulullah sendiri pernah dituduh sesat dan gila oleh ummat Arab jahiliyyah di zamannya. Ini tidak menghairankan sedikit pun. UMNO pernah menuduh PAS sesat sebelum ini dan kini ucapan yang serupa diulang cetak lagi. Dan ianya akan menjadi ajenda berterusan puak-puak sekular UMNO.

Disebalik tohmahan2 tersebut PAS telah dapat melebarkan dakwah dan pengaruhnya dan kini menerajui dua negeri bersama rakan-rakan dalam PR. Makin ramai rakyat negeri Johor yang menerima perjuangan PAS yang dulu amat dibanggai sebagai kubu kuat UMNO. Gol UMNO di Johor telah bolos dan Insyallah akan bolos lebih banyak gol lagi dalam PRU 13 nanti. Yang penting pemimpin PAS dan semua pencinta Islam dan keadilan harus dapat mendekati rakyat dan menerangi mereka dengan cahaya hidayah Islam.

Biarlah Shafie Afdal terjun dengan labu-labunya, mungkin itu lebih afdal untuk dia dan kuncu-kuncunya.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Shafie orang UMNO. Dia kata PAS sesat. Bagi saya munasabah sebab oarang UMNO memang akan kata PAS nsesat. lebih dari itu pun apa masalahnya.

PAS pun kata macam tu. PAS kata UMNO sekular, kebangsaan dan macam-macam lagi. Patut juga sebab itu adalah PAS.

Amran? dia orang UMNO. Dia kata UMNO haram. Jadi memang UMNO bermasalah. Ahli sendiri pun bermasalah dengan UMNO. Nampaknya UMNO memang bukan biru lagi tapi haru-biru.

Jadi, bila Najib nasihatkan MIC sebagaimana yang disiarkan dalam berita tv dan radiohari ini, Ahad suratkhabar pulak. adui! ketam pun kata "ada juga kawan aku dari kalangan manusia. aku selalu suruh anak aku jalan lurus tapi aku pun jalan bengkok."

UMNO pun kalang-kabut, nak tegur MIC.

markmie said...

permainan politik lagu ni la sokmo2 pun.. politik hok sebenarnya cuci bersih molek.. pelakon2 hok berpolitik ni jah busuk, nanah dsb.. heheh