Wednesday, November 3, 2010

Galas Sebelum Tidur

Pengundian Di Galas dan Batu Dan Batu Sapi Sudah Bermula

[kemaskini] TEPAT jam 8:00 pagi tadi semua 12 pusat pengudian telah dibuka. Petugas atau perayu kedua-dua pihak sejak awal pagi lagi sudah memenuhi bangal panas untuk membantu para pengundi mendapat butiran mengenai diri masing-masing. Sementara perayu undi pula yang siap dengan bendera parti sudah berjujutan jalan-jalan menunju ke pusat pengundian.

Pusat pengundian akan ditutup jam 6:00 petang. Adalah dijangka selepas jam 7:00 petang keputusan awal sudah dapat diketahui. Persoalan kini berapa peratuskan yang keluar mengundi? Peratus keluar mengundi akan memberi bayangan parti mana menawan kerusi berkenaan. InsyaAllah saya akan mencatat dari masa ke semasa perkembangan di Galas untuk penjenguk blog ini.

Sementara itu sesuatu yang menyenangkan sepanjang malam terakhir menjelang hari mengundi pagi ini tidak ada kejadian tidak diingini berlaku. Nampaknya pilihan raya Galas masih mengekalkan sebagai pilihan raya yang aman, mesra dan menyerlahkan pilihan raya anak beranak.

Beberapa Butiran Mengenai Galas

1. Ada dua faktor menolak terhadap BN yang menyebabkan parti itu tenat. Pertama penolakan oleh ahli Umno baru terhadap Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka ini tidak berkerja sepenuh hati, datang hanya tunjuk muka saja. Selain itu Tengku Razaleigh juga yang optimis menang tidak suka kepada ahli Umno baru datang membantu calonnya.

2. Pekerja BN yang datang dari luar baik Kelantan atau luar Kelantan tidak diberikan tugas khas. Mereka datang untuk meramaikan pos-pos sahaja. Kempen dari rumah ke rumah tidak berjalan seperti biasa. Sementara ada kelihatan Pajero atau van yang membawa kotak yang tertera gambar Najib dan Shahrizat yang di dalamnya mengandungi maggi, beras, gula, serbuk dan air mineral. Sebahagian besar peninjau politik BN sudah pulang.

3. Dalam satu kes kotak yang dibahagikan itu diberikan kepada beberapa orang Pas. Mereka menerima seadanya dan menganggap kotak itu dibeli dengan wang kerajaan. Apabila ditanya apakah mereka akan menyokong BN, mereka menjawab mereka orang Pas asal. Jawaban ini menunjukkan kotak berkenaan tidak membawa banyak kesan untuk BN.

4. Pas masih dengan keadaan merendah diri. Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman mengakui BN mempunyai kekuatan untuk menang. Sekali lagi dengan pengakuan ini menandakan Pas akan kalah, tetapi dari sisi strategi kenyataan atau pengakuan itu untuk menggerakan jentera Pas agar berkerja lebih keras. Ini tektik lama yang rasanya sudah tidak relevan lagi.

5. Sekumpulan penjudi Melayu di sebuah pekan di luar Gua Musang sudah membuat pertaruhan dengan kadar 'sali' - sama, iaini bayaran sama kalau masuk RM100 akan dibayar RM100. Penjudi ini berpihak kepada Pas.

6. Apakah pandangan atau pemerhatian kaki judi ini benar?

7. Di pihak Pas kalau Galas mereka berjaya tawan, mereka berjaya membunuh dua ekor burung dengan sebutir batu. Membunuh Tengku Razaleigh dan Umno Baru sekaligus. Sebaliknya kalau kalah ia tidak menjejaskan apa-apa.

8. Terbaru maklumat dari bilik gerakan BN (Baru) sehingga jam 10:00 malam ini BN memerlukan kira-kira 200 undi lagi untuk menjamin kemenangan. Maklumat itu juga selari dengan maklumat beberapa agensi rasmi dan tidak rasmi kerajaan.

9. Kemenangan kepada Pas bergantung kepada jumlah peratus keluar mengundi. Kalau peratus keluar mengundi tinggi mencecah 85% ke atas Pas akan kalah tipis di bawah 300 undi. Kalau peratus mengundi rendah sekitar 82% ke bawah Pas akan menang. Menurut perkiraan Pas dari hasil culaan mereka sehingga petang ini mereka sudah mempunyai 3,547. Ini bermakna Pas memerlukan kira-kira 1,000 undi lagi untuk menafikan BN di Galas. [gmuasang 12:00 t/malam 04/11/10]

4 comments:

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Ikut hati memang hendakPASmenang di Galas. Tetapi akal mengatakan biarlah Kuli yang menang di Galas demi masa depan rakyat kelantan terutamanya dalam mendapatkan royalti minyak.

2. kedua, ambo tak mahu UMNO(Baru) menggunakan kegagalan Kuli di galas sebagai alasan yang paling ampuh untuk membunuh sisa-sisa keunggulan Kuli dalam politik.

Ketokohan dan jasa-jasa Kuli kepada negara begitu besar sekali untuk dimalukan oleh pemimpin=pemimpin UMNO yang ada hari ini. Jika dibandingkan secara borong jasa pemimpin-pemimpin UMNO(Baru) yang ada hari ini dicampur dengan jasa ahli MKT - sebesar taik kutu Kuli pun tak boleh.

3. Biarlah PR menang di Batu Sapi. Kemenangan ini amat-amat diperlukan untuk menjadi momentum untuk memecahkan FD BN selama ini.

bat8

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Saya juga secara ikhlas berpendapat amat molek sekiranya DUN Galas ini dipulangkan kembali kepada BN sebagai tanda penghormatan buat YBM Ku Li selaku Pengarah Jentera PRK BN. Ini adalah suatu percaturan yang boleh memberikan faedah kepada rakyat DUN Galas Khasnya dan rakyat Kelantan Amnya.

Saya berpendapat sedemikian kerana apabila PAS gagal mempertahankan kerusi DUN Galas ini secara tidak langsung membuka mata parti PAS bahawa rakyat telah memberikan signal jelas agar isu setempat terutama isu tanah dapat diberikan perhatian penuh kepada mereka dan diselesaikan. Secara tidak langsung ia akan menguntungkan rakyat. Maka sekiranya isu ini diselesaikan sebelum PRU akan datang nanti, pasti rakyat akan mengembalikan kerusi ini kepada PAS.

Sekiranya kemenangan diberikan kepada pihak BN melalui YBM Ku Li, ia juga menguntungkan terutamanya dalam mendapatkan royalti minyak kerana ini akan memberikan signal bahawa kemenangan BN kali ini adalah kerana rakyat mahu YBM Ku Li meneruskan usahasama berunding dengan kerajaan persekutuan walaupun isu ini telah dibawa ke Mahkamah. PRK DUN Galas ini perlu dilihat sebagai tunjang permulaan kepada kebijaksanaan rakyat dalam menzahirkan kehendak melalui kuasa undi yang perlu diberi perhatian oleh parti bertanding dan yang akan memerintah bagi kepentingan rakyat seluruhnya.

Selamat Mengundi.

Wasalam.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

PAS rendah diri sebab nak pastikan pengundi PAS di luar balik mengundi...undi pengundi PAS di luar sangat diharapkan...jika yakin PAS menang mereka mungkin tak ambil berat untuk balik...apatah lagi ianya tak memberi kesan kepada kerajaan Kelantan

O Kel Enterprise said...

Ya Allah Permudahkan lah segala urusan...Amiinn