Ke Mana Dan Untuk Apa Amanah Merdeka
SEJAK dari semalam saya menerima tidak kurang 10 SMS yang memaklumkan Tengku Razaleigh Hamzah akan melancarkan sebuah Ngo yang dinamakan Angakatan Amanah Merdeka (Merdeka). Perlancaran itu akan berlangsung di Dewam Aditorium Mermorial Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Jalan Dato' Onn Kauala Lumpur jam 9:30 Jumaat, lusa.
Sebelum ini saya sudah membuat satu pengeposan dua minggu lalu mengenai sebuah Ngo akan dilancarkan tanpa menyebut namanya dan hanya menyebut ianya dikepalai oleh tokoh politik veteran negara ini.
Tidak ada maklumat lanjut siapakah yang menganggotai Amanah Merdeka ini. Tetapi saya yakin dan percaya mereka terdiri daripada ahli politik Umno yang sudah tidak yakin lagi dengan perjuangan Umno untuk membawa kemajuan dan kesejahtraan kepada negara ini. Mereka juga terdiri daripada para bekas pegawai tinggi kerajaan tidak lagi yakin dengan perjuangan Umno dan juga kepimpinan Najib Razak sebagai PM.
Siapa-siapakah mereka? Memang ada beberapa orang veteran Umno yang bersama Tengku Razaleigh dan menjadi penyokong setianya. Mereka ini termasuklah anak-anak pemimpin Umno yang kini sudah tidak ada lagi percaya kepada Umno yang dilihat sudah jauh menyimpang dan menyeleweng dari prinsip asal perjuangannya.
Persoalannya kini apakah matlamat penubuhan Ngo itu? Apakah ianya akan bergerak menjadi pemangkin kepada Umno ataupun akan bertindak menjadi penentang kepada Umno? Apakah Amanah Merdeka yang dikatakan berpaksi kepada amanah Tunku Abdul Rahman itu akan bergabung dengan pembangkang dalam pilihan raya nanti?
Logiknya mereka, khasnya Tengku Razaleigh tidak akan beriya-iya untuk memimpin Ngo itu kalau bukan untuk memperbetulkan Umno Umno, atau kalau masih sayang dan percaya kepada Umno. Semasa saya mengadakan temuramah khasnya dengan Tengku Razaleigh untuk Siasah, tidak lama dulu beliau sudah memberi gambaran serba sedikit mengenai masa depannya dan ketidakyakinan beliau kepada Umno.
Saya dapat tangkap dari gambaran secara bersiasah itu menunjukkan Tengku Razaleigh tidak akan bertanding atas tikit BN lagi. Beliau seolah-olah memberi gambaran yang beliau sudah tidak menaruh harapan besar lagi kepada Umno sekiranya beliau berhasrat menjadi perdana menteri atau pun kalau ada usaha untuk mendolorkan beliau ke kerusi berkenaan. Justeru satu mekanisme baru perlu dicari sebagai alternatif.
Dalam hal inilah mungkin mereka yang menyokong Razaleigh dan meletakkan harapan besar kepadanya mermelukan sebuah wadah lain dari Umno untuk mencapai tujuan itu. Manakala bagi menyertai Pakatan Rakyat ia dilihat agak kontras dengan jiwa putera raja dari Kelantan itu. Makanya Ngo adalah adalah jalan tengah terbaik dan tidak melampau.
Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat sendiri bagaimana suasana pelancaran dan sambutannya nanti pada Jumaat ini. Semua dijemput hadir. Tetapi terus terang saya katakan di sini kalau Inchek Ibrahim Ali juga termasuk dalam barisan penting Ngo ini mungkin saya akan membatalkan hasrat kerana kehadiran Ibrahim boleh merosakkan niat yang murni ini. [wm.kl.11:25 am 20/07/11]
4 comments:
Salam Tuan Hj. MSO,
InsyaAllah AMANAH akan menjadi tunjang asas kepada Amanah yang diterima ketika negara kita merdeka..
Susahlah lagu tu Tuan MSO nak dapat Anugerah Ibrahim Ali.......
Salam., Setuju dgn Tuan MSO. Anak Allahyarham Tok Penggawa Ali (Allahumagh firlahu) tak payah hadhir kemajlis tu "makhluk perosak"...menantu Haji Mat Ali tentu tak datang kerana beliau "makhluk perosak" disisi Ku LI.
Tuan MSO,
1. Ambo juga ada menerima jemputan ke majlis pelancaran Amanah. Mulanya ingin pergi juga, tetapi ambo tak jadi pergi kerana ingin menghadiri majlis forum di Karangkraft.
rasanya forum ini lebih penting dan relevan lagi berbanding dengan majlis pelancaran Amanah.
2. Dalam senario politik dibawah Najib hari ini, ambo tak nampak Amanah ini dapat membawa impak dan kesan yang besar mengubah kebangkrapan politik yang ditaja oleh Najib. Apatah lagi Amanah akan mengambil approach tidak menyokong arus politik UMNO Baru dewasa ini sebagaimana geng Pekasam Breheng Ali.
3. Amanah menyokong tuntutan bersih 2.0. Persoalannya, sanggupkah pucuk pimpinan Amanah menerima tekanan dari pihak kerajaan sebagaimana yang diterima oleh Dato Ambiga dan rakan-rakan? Yang pasti pucuk pimpinan Amanah akan terdiri dari tokoh-tokoh politik UMNO Baru yang terkeluar dari arus perdana parti itu ( tak mendapat tempat).
Stail orang melayu, bila mereka menekan sesama melayu, tindakan mereka akan lebih keras berbanding terhadap bukan melayu. Tengok bagaimana mereka cuba memusnahkan DSAI dengan cara-cara yabg amat dasyat.
3. Persoalan kedua - bagaimana cara Amanah akan bergerak? Adakah sebagai sebuah pertubuhan yang hanya mengeluarkan ucapan-ucapan bernas sahaja, menganjur seminar-seminar dan wacana sahaja? Lepas tu tak buat apa sehingga buat ucapan, seminar dan wacana lagi...dan lagi...dan lagi!
4. Melihat stail Kuli selama 30 tahun ini setelah menjilat balik UMNO Baru, itu sahaja yang dia buat,cakap,cakap, cakap.....tanpa membawa apa-apa kesan atau impak sebenar.
Maaflah kalau bunyi kasar. Bukan tidak menghormati atau tak sayang Kuli...tetapi lebih kepada rasa kecewa kerana selama 30 tahun ambo menaruh harapan kepada beliau untuk menyelamatkan kita orang melayu...memimpin kita, melayu tulin mengembalikan maruah dan jatidiri kita dari diperkudakan oleh UMNO Baru caca-merba.
5. Kesimpulan ambo, Amanah hanya akan menjadi wadah bagi golongan tak laku, hok penakut nak benar-benar berjuang tapi ado hangin tohor-tohor nok getek...itu sahaja, tak lebih tok kurang! Nok wat gelewa' depan pintu gol jah...
bat8
ps: Kalu sgotti, turun padang, tutun kebawah bersama-sama rakyat berjuang sama-sama. Bukan dok kecek sajo kerana suasana sekarang adalah peluang yang paling ideal untuk membuat perubahan. Rakyat pelbagai bangsa sedang bersatu untuk bowok perubahan.... 30 tahun doh dok kecek sajo, habok pong takdok!
Post a Comment