Tolak Anugerah Ibrahim Ali
[kemaskini] SEPERTI mana kata Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man tindakan UITM menerima cadangan untuk Ibrahim Ali mengadakan Anugerah Ibrahim Ali untuk beberapa ketogori boleh menyebabkan mereka yang berjasa kepada penubuhan institusi penganjian tinggi itu tersenyum. Sebenar ia bukan saja tersenyum tetapi menyebabkan nama UITM juga akan menjadi buruk, busuk dan hanyir kalau anugerah itu dilaksanakan.
Iya siapalah Ibrahim Ali sehinggakan UITM perlu mewujudkan anugerah atas nama Ibrahim Ali. Apalkah jasa-jasa besar beliau kepada UTIM. Ibrahim Ali selalu mendabik dialah orang yang berjuang menaikan taraf UITM dari institiut kepada universiti. Beliau galak menyebut dan mengulang hal itu tanpa menyebut langsung nama orang lain. Betulkah?
Nilai sendiri apa jenis manusia ini sebenarnya. Arwah Tun Razak pun tidak pernah mewujudkan anugerah untuk apa-apa kategori semasa beliau masih hidup. Anugerah Tun Razak yang diadakan hari ini adalah diuruskan oleh badan-badan tertentu sebagai mengenangi kehebatan Tun Razak dalam memimpin negara dan membawa pembangunan.
Mahathir juga tidak pernah iseng memberi apa-apa anugerah atas namanya. Rasanya Mahathir hebat lagi berbanding dengan Ibrahim Ali. Bila Inchek Ibrahim berbuat begitu ini bermakna beliau mahu menjual dirinya sebagai hebat sampai ada anugerah atas nama dirinya. Perbuatan Inchek Ibrahim itu seperti masuk bakul angkat sendiri. Selalunya begitulah sikap dan perangai orang yang tidak mendapat sokongan dia akan berusaha untuk mengangkat dirinya sendiri agar dilihat oleh orang ramai.
Mereka yang tahu maruah dan juga moral politik seorang Inchek Ibrahim tidak akan sedia untuk menerima anugerah itu. Cemarkan tangan saja. Saya tidak fikir ada orang mementingkan maruah dan intergriti yang sedia menerima anugerah bernilai RM5,000 walaupun orang itu bangsat sekali pun. Apalah sangat hendak dikira RM5,000 kalau dibandingkan dengan cemar dan kotor terpaksa diterima dengan menerima anugerah itu. Hanya orang yang ngor... saja atau pelahap duit akan sedia mengambilnya.
Di sini saya ingin memesankan kalau ada anak buah saya dicalonkan menerima anugerah itu agar menolaknya. Biarlah tidak makan duit Inchek Ibrahim pun tidak mengapa. Rasanya kita boleh hidup lagi dan hidup kita tidak akan jatuh darjat kalau tidak menerima anugerah Inchek Ibrahim. Dan darjat kita juga tidak akan naik kalau menerima anugerah berkenaan.
Dengan ada berbagai pehak yang membantah perwujudan anugerah itu oleh UITM, elok kalau IPTA itu mengkaji balik keputusan untuk mewujudkan anugerah itu. Pihak senat UITM patut mengkaji semula demi menjadi wibawa IPTA itu. Jangan mudah terpadaya dengan Ibrahim yang hendak menjual dirinya yang sudah semakin tidak lakukan sekarang ini menerusi anugerah berkenaan. Sebagai sebuah IPTA yang sudah ada prestaj tersendiri jangan sesekali hendak dilomori dengan kotor bernajis dengan anugerah itu. [wm.kl.7:32 pm 18/07/11]
7 comments:
Tuan MSO,
Manusia ni...kalu jenih gong gak...pah ke-sut gong dok abih-abih.
Rasanya itulah ulasan paling cocok untuk mengambarkan tindakan terbaru Breheng ni.
Dia faham ke tak...dia dah takde value seke-peng abok dah setelah gagal keluar memimpin puak-puak perkasam berarak pada 9 julai lalu.
Tak payah naki buat kerja gong lah....
bat8
antara ciri-ciri yang layak menerima anugeraj tersebut...cakap mesti keras tp penakut...mesti tunjuk berani depan geng sendiri...mesti cakap tak serupa bikin...mesti takut pada bini...mesti jadi pengkhianat pada orang yang pernah menolongnya...
salam tuan mso,
encik brahim ni memang kita semua dah maklum akan KEBANGANGAN NYA, MERAPU KEHULU KEHILIR, MELOMPAT KESANA KEMARI, MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI, DAN SEMUANYA MENARIK 'KEBELAKANG' MARUAH/HARGADIRI BANGSA MELAYU (..MAAF RASIS SIKIT)..TETAPI YANG SANGAT2 PELIK/MENGHAIRANKAN IALAH BAGAIMANA AHLI2 SENAT YANG BIJAKSANA DIKHABARKAN TELAH MENG'ENDORSE' PENAULIAHAN ANUGERAH TERSEBUT..TAK KAN LAH AHLI2 SENAT YANG KITA AMANAHKAN MENDIDIK ANAK BANGSA BANGANG SEBANGANG NYA JUGAK !!!
heran betul uitm ni..rasa mcm malu pulak nak mengaku pernah jadi student uitm..wei..malu betul la..mcmana la senat uitm ni boleh syok terima idea anugerah berahing ali ni?aduiiiiiii....
rasanya zulkiflee nordin paling layak terima anugerah berehing ni..
Satu anugerah yang paling bangang dalam sejarah negara. Buat malu uitm saja.
Inilah petanda membawa keruntuhan martabat UITM.Jika pihak senat sayangkan UITM yang telah memartabatkan anak bangsa,buangkanlah jauh-jauh kelumpur yang dalam lagi busuk cadangan anugerahkan ini.Akan ditertawakan oleh kaum bukan Melayu dan dikutuk oleh kaum Melayu.
Post a Comment