Program Komuniti 1 Malaysia Gua Musang
Agenda Menenangkan Fikiran Tengku RazaleighSaya baru saja mengikuti ucapan perasmian Karnival Komuniti 1 Malaysia peringkat Kelantan yang diadakan di Gua Musang oleh Ha Najib Razak. Sudah tentu kehadiran Najib itu diharapkan memberi sesuatu cahaya baru kepada komuniti Gua Musang khasnya dan rakyat Kelantan amnya. Atas semangat itu jugalah mungkin Ketua Umno Bahagia Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah turut sama 'berangkat' untuk duduk sepentas dengan Najib kandati moodnya kurang penuh.
Tengku Razaleigh Hamzah |
Maslangnya dalam ucapan selama 25 minit itu tidak ada apa-apa pengumuman menyeronokkan oleh Najib, melainkan beliau melempar dan menabur fitnah kepada himpunan Bersih 3.0: Duduk dan Bantah Sabtu lalu. Nampaknya marah betul Najib kepada Bersih sampai menyamakan para himpunan Bersih seperti kera yang lebih teruk dari kera Gua Musang.
"Terloncak-loncak mara kera, keran Gua Musang lebik baik," katanya.
Najib juga munafik terhaap Bersih. Katanya penganjur Besih tidak menerima tawaran agar adakan himpunan itu di stadium negara. Alasan masa kerana tawaran semput yang diberikan kata Najib itu hanya alsan saja. Najib mungkin tidak faham dalam hal ini atau buat tidak faham. Benar ada twiter, sms dan sebagainya boleh memaklumkan perubahan itu. Tetapi Najib lupa logistik sambutan itu seperti baju, banner dan sebagainya sudah dicatat Dataran Merdeka. Semua perubahan ke atas logistik itu bukan boleh dibuat dalam tempoh satu malam.
Najib juga tadi mencabar oposisi sekiranya anak jantan tunggulah pilihan raya, biar rakyat menentukan. Amboi berani bunyinya si Najib ini. Beliau boleh berkata dan berharap begitu kerana daftar pemilihan tidak sah. Kalau Najib benar seorang suaminya bermaruah, bersihkan dulu daftar mengundi dan pilihan raya, baru boleh berkata demikian. Najib kata BN mahu kemenangan bersih, dengan proses pilihan raya kotor kemenangan BN tetap juga kotor.
Tentang Tengku Razaleigh sebenarnya kalau ikutkan perasaan beliau tidak sepatutnya duduk bersama Najib. Tetapi Tengku Razaleigh adalah Tengku Razaleigh tidak mudah terikut dengan perasaan dan sifir dari dendam. Bagi Tengku yang lebih penting kejujuran dan perjuangan untuk rakyat. Tengku adalah seorang ahli politik yang pro dan rasional, di hatinya tiada dendam. Politiknya juga berpaksikan kepada kebenaran.
Kalau ikut hati beliau boleh boikot apa-apa saja program Najib sebab Najib sendiri tidak pernah berlaku jujur dengannya. Najib pernah memperainkannya semasa beliau berlawan dengan Mahathir. Najib juga mensia-siakan sokongan yang diberikannya semasa pilihan raya kecil Galas tidak lama dahulu. Tengku Razaleigh bersetuju dilantik menjadi pengarah pilihan raya bagi memastikan Umno menang demi menjaga maruah dan air muka Umno Kelantan.
Tetapi apa yang dibalas Najib atas kejayaan itu? Tengku Razaleigh yang sebelum itu diuar-uarkan akan dibawa masuk ke dalam kabinet tidak berlaku dan pengorbanan Tengku Razaleigh berlalu begitu saja. Tengku tidak kesal atau dukacita tetapi para pengikut dan penyokongnya sedih dan marah atas apa yang berlaku. Justeru bila Tengku adakan pendekatan dengan Najib ramai penyokongnya bimbang takut tengku dimainkan sekali lagi.
Apabila saya mengetahui majlis hari ini dihoskan oleh Rais Yatim, dapat dibacakan apakah niat di sebalik Rais beriya mengadakan program itu di Gua Musang. Hal ini diakui sendiri oleh Najib yang memilih Gua Musang ialah Rais Yatim, alasannya Gua Musang kubu kuat Umno. Sebenarnya Rais ada strategi serampang dua tiga empat mata dalam hal ini. Dia mahu mengharmonikan Tengku Razaleigh dengan Najib manakala manfaat yang diperolehinya imbuhan dari Najib dengan terus memberi laluan kepada untuk bertanding lagi dalam PRU 13.
Alasan Gua Musang sebagai kubu kuat Umno hanya alasan saja. Hakikat sebenarnya Gua Musang bukan kubu Umno tetapi kubu Tengku Razaleigh. Kalau kubu kuat Umno tidak perlu kisah kalau pun Tengku Razaleigh tidak dilibatkan. Pengaruh peribadi Tengku di Gua Musang begitu besar sekali sehingga tiada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun Pas dapat menandinginya.
Foto yang sempat saya capture dari tv. Mustapa tepok, Razaleigh tunduk, Rais malu, Najib memujuk. |
Tindakan diskriminasi kerajaan UBN ini tidak dapat diterima oleh ahli Parlimen Gua Musang itu.
Soalnya kini berjaya usaha Rais Yatim itu? Bagi Rais pula kalau ia berjaya mengharmonikan pemikiran Tengku Razaleigh terhadap Umno (Najib) ia satu kejayaan. Dan sebagai upah kepada mediator beliau mungkin diberikan kerusi sekali lagi. Itu kerja dan tektik Rais yang dapat dihidu sendiri oleh Tengku Razaleigh. Orang seperti Rais yang sanggup membakar jambatan kemudian memakan debu-debu dan arang bangkai itu sedia menjadi 'brua' politik asalkan dia selamat.Seorang anti tesis dan oportunis akan melakukan apa saja tanpa mempedulikan cacian umum kepadanya. Muka tebal...
Sejauh mana Tengku Razaleigh boleh lendik dan fikirannya tenang kepada Umno? Apakah Tengku Razaleigh selepas ini tidak mengkritik kerajaan Najib. Saya lihat dari gerak bahasa badan Tengku Razaleigh kurang senang berada di majlis itu. Cara dia berpakaian juga, baju putih membuktikan kontradik politik beliau dengan Umno. Saya percaya kalau bukan untuk tidak menampakkan kontradik itu, Najib juga akan memakai baju merah kerana merah adalah simbol lautan bagi Umno Kelantan untuk menyembam bulan sampai lemas.
Tetapi kenapa Najib pakai baju putih adalah untuk mengharmoniskan dia dengan Tengku Razaleigh yang tidak sudi memakai baju merah?
Dalam pada itu saya percaya kunjungan Najib itu ada membisik sesuatu kepada Tengku Razaleigh. Boleh jadi Najib telah mendahulukan Tengku dari orang lain untuk memberi watikah sebagai calon Umno. Pendahuluan itu untuk menyeronokkan Tengku Razaleigh dan dalam masa sama menenangkan pemikiran Najib. Najib juga terseksa dengan karektor Tengku Razaleigh yang tidak konsisten terhadap Umno. Beliau mungkin arif kalau Tengku Razaleigh 'berona' ia akan mendatangkan kesusahan besar kepada Umno.
Kerusi Gua Musang adalah kerusi super putih bagi Gua Musang. Gua Musang sudah diseneraikan salah satu kerusi selamat dari 93 kerusi selamat untuk BN setakat hari ini. Umno sangat takut kalau Tengku Razaleigh tidak distabilkan menyebabkan senarai kerusi selamat itu akan berkurangan satu.
Mungkin Tengku Razaleigh tidak akan banyak mengulas mengenai hal ini. Beliau dijangka akan membuat keputusan disaat akhir sama ada sedia bertanding atas tikit BN atau sebaliknya. Ataupun beliau mungkin akan bertanding atas tikit BN kerana kemenangan adalah pasti. Di sebalik itu juga orang tidak boleh menolak Tengku Razaleigh masih ada niat untuk berlawan sekali lagi merebutan jawatan Presiden Umno.
Kalaulah sahih beliau ada niat itu cara terbaik ialah beliau perlu bertanding atas tikit BN, kerana kalau berlawan atas lambang lain dari itu beliau akan kehilangan peluang itu buat selama-lamanya.
Manakala banyak pemerhati pula beranggapan dengan prinsip dan jiwa dimiliki Tengku Razalkeigh, dialah sahaja dapat menyelamatkan Umno dan meletakkan semua Umno di satas pahar (par) perjuangan Melayu sejati. [wm.kl.12:53 t/hari 04/05/12]
1 comment:
Maafkan saya Tuan MSO kerana skeptikal,kerana kalau KuLi sahaja yang cuba membersihkan UMNO berseorangan adalah satu kerja yang hampir mustahil.Tambahan pula dari apa yang saya nampak,semenjak kes rasuah scorpene menjadi hangat semula,TDM nampaknya makin bersemangat.Mungkin TDM mahu menjadi PM semula dengan alasan untuk menyelamatkan Malaysia.Apa pun saya nampak dan amat bersetuju dengan pandang Tuan MSO bahawa KuLi yang dapat menyelamatkan UMNO dan pilihan paling selamat buat UMNO.Sayangnya cuma mereka yang dari luar sahaja nampak sedangkan yang sedang memegang kuasa sedang mabuk dan leka dengan semua kesenangan dan kemewahan yang mereka kecapi.
Post a Comment