Friday, August 10, 2012

Istana Kubang Kerian Catat Sejarah

CATATAN PERISTIWA 

Ketika timbul masalah Ustaz Azhar Idrus dikatakan tidak mendapat kebenaran pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) untuk menyampaikan kuliyyah di Kelantan, (mungkin disebabkan masalah teknikal) saya menyatakan kekesalan atas kejadian itu menerusi sebuah catatan di dalam blog ini.

Dalam catatan itu saya menyebut dan mempersoalkan kenapa masalah itu berlaku. Bagi saya Kelantan sebagai sebuah negeri dikenali dengan serambi Makkah tidak seharusnya timbul soal-soal sebegitu. Apa lagi dengan pembawaan dan keperibadian Tuanku Sultan yang dilihat jinak dengan agama tidak patut sama sekali kalau salah teknikal itu terjadi.

Sultan Mohamad Ke V, Tok Guru dan Nasaruddin khusus mengaminkan doa.
Ustaz Azhar dikatakan perlu memohon permit untuk menyampaikan kuliyyah di Kelantan. Saya persoalkan kenapa perlu memberi syarat-syarat ketat kepada Azhar untuk menyampaikan kuliyyahnya misalnya seperti diperlukan mengambil tauliah. Kata saya apa yang sepatut berlaku, Azhar tidak payah diminta mengambil tauliah sebaliknya Maik perlu memberi tauliah kepadanya. Kerja-kerja baik dilakukan Azhar perlu dipermudahakan bukan kena melalui banyak birokrasi.

Semasa salah seorang mediator Azhar di Kelantan menelefon saya memaklumkan perkara ini, saya menyebut kepada orang itu dan berjanji akan membela kerja-kerja Azhar itu. Saya juga memberi tahu orang itu, Ustaz Azhar tidak sepatutnya dihalang malahan dialu-alukan kedatangannya. Suasana di Istana Kubang Kerian itu juga perlu diubah dan diberi pandangan baru. Ditambah eksesori baru sesuai dengan jiwa dan keinginan Tuanku.

Kalau dulu istana itu boleh dibolosi para penyanyi dan penghibur dan berbagai masjlis keduniaan lain, maka hari ini sesuai dengan keperibadian dan syaksiyah Sultan Mohammad Ke V, maka istana perlu membawa masuk orang-orang seperti Ustaz Azhar. Istana adalah lokasi terbaik untuk menyemaikan benih dan menyuburkan sulur-sulur ad-deen.

Kata kepada orang itu, kita mahu tenguk istana Kubang Kerian bergema dengan ayata-ayat Quran, tahlil dan majlis-majlis penuh keberkatan serta tiada lagi bunyi-bunyian yang melalaikan berkumandang di sekelilingnya. Itu kata saya... dan pesan saya kepada orang itu perkara ini harus didoa dan dilakukan.

Alhamdulilah, apa yang saya idamakan itu telah menjadi kenyataan kini. Semalam telah berhimpunan ribuan rakyat di dalam Istana Kubang Kerian untuk sama-sama berqiamulai bersama Tuanku Sultan, Tengku Mahkota Kelantan dan para kaum kerabatnya berserta para pembesar negeri. Dewan Jubli Intan di istana itu penuh sesak sehinggakan ada yang terpaksa sembahyang di luar dewan. Kehadiran sungguh merujakan sekaligus menunjukkan bahawa menggunungkan kasihnya rakyat kepada Tuanku Sultan.

Semua pemimpin negeri diketuai Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir. Paling menggembirakan dan boleh menitiskan air mata rakyat yang berjiwa damai apabila Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga hadir. Kehadiran Mustapa ini memberi pengertian kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa Tuanku Sultan tidak pernah atau tahu mengasingkan rakyatnya mengikuti ideologi politik.

Peristiwa malam semalam ada sejarah putih dan indah bagi istana Kelantan khasnya dan sejarah juga bagi negeri Kelantan. Bagi Kelantan ia sejarah besar kerana mencatat permulaan itu yang belum pernah berlaku di lapan istana lain di negara ini. Unutk Tuanku Sultan sendiri adalah sejarah peribadi paling manis buat baginda. Ia akan dikenang selamanya oleh setiap lapisan rakyat hingga ke padang Mahsyar apa yang Tuanku perlakukan itu.

Sayang ... saya tidak sempat menghadiri majlis penuh keberkatan Qiam with me itu.  Bertuahlah setiap orang yang berada di istana dan berqiamulail. Semalam adalah malam kedua 21 Ramadhan, malam 10 malam terakhir yang diceitakan banyak membawa berkat. Sebagai rakyat Kelantan merasa bangga apa yang berlaku. Bangga memiliki seorang sultan yang prihatin dan mengambil berat terhadap agama. Mudah-mudahan saja semua orang yang berada di dalam istana malam tadi menerima tempias Lailatul Qadar bersama Tuanku Sultan.

Sejahtra Tuanku Sultan Mohamnaed di atas singgansana pemerintahannya. Sejuring hati dari mana-mana rakyat Kelantan tidak ada yang tidak berkenan dengan apa yang Tuanku lakukan. Semoga majlis-majlis kegamaan seperti itu lebih kerap lagi diadakan dan biarlah rakyat mengenali Istana Kubang Kerian sebagai istana tempat berhimpunnya orang-orang soleh.

Di sini saya cuplikkan beberapa keping gambar di sekitar majlis malam tadi dari album Fb sdr Zam Zamani Mohd Zzain. Semoga dengan pencurian gambar ini dimaafkan dan semua pahala terhasil dari tulisan ini saya harap diterima tuan punya gambar ini. Saya pohon banyak kemaafan kerana mencurinya, tanpa bagi tahu. [wm.kl.2:28 pm 10/08/12]

MB tiba ke Istana untuk diistana.
Orang kenamaan kelihatan Nasaruddin Daud dan Mustapa Mohamed.
Tok Guru Nik Aziz bersalam dengan penyambut tetatamu.
Ustaz Azhar sedang menyampaikan kuliyyah.
Mustapa Mohamaed berbual-bual sementara menanti majlis bermula.
Abdullah Yaacob Adun Air Lanas antara wakil rakyat yang hadir.
Pemandangan dalam dewan Jubli Perak istana Kubang Kerian.
Hadirin mendengar kuliyyah Ustaz Azhar Idrus.
Tuanku bersalaman dengan rakyat selepas solat.
Di dalam penuh terpaksa solat di luar dewan.

2 comments:

amboi said...

Alhamdulillah. Walaupun saya tidak diahirkan di Kelantan dan bukan menjadi rakyat bertuah di bumi Kelantan tetapi hati keci saya amat tersentuh rasa...BILAKAH NEGERI PAHANG INI MENJADI SEPERTI ITU?.

Unknown said...

Rasanya kena tunggu 22 tahun MB bertaraf ulamak memerintah pahang, barulah terdidiknya kerabat diraja jadi mcm sultan kelantan tuuu. . . .